CT;16

234 12 0
                                    

Sedang Ria berjalan di bumi Korea,dia terlanggar seorang jejaka"auchh"."mianhe".Ria terus mengangkat muka dan.....

Kring!!!! Kring!!!!

Ria terus tersedar dari tidurnya.Aduhh kau ni jam spoillah.Aku baru mimpi mamat Korea tu.Mesti hensem laki tu.Eyy dah lah terlanggar aku auww!!.Ria yang ingin baru terus terkaku apabila terasa seperti ada sesuatu disebelah.Ya Allah apa tu?ya Allah aku takut.Ria terus meraba disebelah.Terasa seperti sesuatu yang bergerak.

"ARGHHHH!!!!!!"

Gedebuk,(bayangkan buah nangka busuk jatuh)

"Aduhh bontot aku.Sakit!!".Rayyan yang terkejut dengan jeritan itu terus bangun."oii yang kau duduk atas lantai tu kenapa?kau berkelah ke kat bawah tu?".Ria terus bangun walaupun punggungnya sekarang berdenyut.Dahlah katil dia tinggi.Mama!!bontot Ria sakit!!.

Rayyan hanya menggeleng melihat telatah Ria dipagi hari.Pagi pagi dah bising aihh.Nasib kau lah Rayyan dapat bini mulut bontot ayam.
 
~~~~

Selesai solat subuh,Ria terus turun ke bawah untuk membuat sarapan tetapi sebaliknya dia melihat mak mertuanya sudah berada di dapur."selamat pagi mummy"ucap Ria riang."eh Sarah,good morning sayang.Awalnya Sarah bangun"."hehe Sarah memang tak suka sambung tidur lepas subuh nanti badan jadi lemah"."betul tu.Akak nanti tengah hari teman Qai pergi mall boleh?"belum sempat Ria ingin menjawab"tak boleh"Ria terus berpaling untuk melihat gerangan yang menjawab.Melihat Rayyan turun bersama dato Helmi.

"Alah along kau ni kedekut tahi hidung masinlah.Nak pinjam bini kau pun tak boleh bukan aku nak bawak lari pun eyy.Along bolehlah?"kata Qai."eleh biarlah bini aku.Kau tu gi khawin cepat cepat pastu ajak laki kau teman"."apa along ni eyy.Daddy tengok along ni"."dah dah adik pegi tolong mummy dengan kak Sarah dengan dapur"."yelah daddy".Qai berjalan ke dapur dengan lemah.

"Ha tak baik muncung pagi pagi ni.Nanti takde orang nak"."diamlah along.Kang ada yang makan kuali"balas Qai dengan marah.Dah lah tak bagi pinjam bini dia pastu sibuk nak kianat orang.Takpe aku culik bini kau kejap lagi haha.

~~~~

Selepas sarapan Ria terus naik ke bilik untuk mengambil phonenya.Dia memusingkan badannya untuk keluar tetapi tak sangka Rayyan sedang memandangnya tajam."kau nak keluar ke dengan Qai?"."err awak bagi ke?kalau awak bagi saya okay je"."ermm pergilah tapi aku ikut"."okay.Ikhlas ke tak tu?"."nak suruh aku tarik balik ke?"."eh janganlah"."Kesian bini awak ni dah lah awak tak reti nak senyum pastu hadap pulak muka awak 24 jam"gumam Ria.

"Apa kau cakap?ulang balik"."ma...mana ada saya cakap awak handsomeeeee sangat pagi ni"tersengih Ria."yang tu aku tahu sebab memang aku dari dalam perut mummy dah tersedia handsome"."err perasaannya.Dahlah saya nak turun layan awak esok pun tak habis".Ria terus melulu keluar dari bilik."tak habis tu kalau kita buat anak"jerit Rayyan.Laki aku ke tu?haishh otak dia tak cuci ke tadi gatal tahap tak boleh bawak bincang.

~~~~

Seperti yang dikatakan tadi Ria bersiap untuk menemani Qai ke Kuantan City Mall."kau ni takyahlah pakai lawa lawa sangat bukan nak pegi jumpa boyfriend pun"ujar Rayyan."eh lawa ke.Hehe thankyou syuben"."perasaan"."eh awak yang kata saya lawa kan".Ria menaikkan keningnya.Rayyan hanya membiarkan dia terus berlalu keluar dari bilik.

"Adikk kau dah siap belum?".tanya Rayyan."dah kejap"jawab Qai."waa cantiknya akak.Eh memang dah cadang eh ngan along pakai baju sama warna.auww so sweet both of you"ujar Qai."ha?ma..mana ada kebetulan kot"nafi Ria.Memang dia perasan dari dalam bilik tadi tapi tak tergerak nak menegur lelaki itu.

"Dah lah jom"kata Rayyan untuk memberhentikan usikan adiknya yang menjadi jadi.

~~~~

"Along jom tengok wayang.Adik dah lama tak tengok eh eh?"kata Qai sambil membuat muka comel.Ria dari tadi hanya memerhati.Comel betullah adik Rayyan ni.

"Yelah yelah nak tengok cerita apa?"."kita tengok cerita jodoh syaitan lah"."ermm okay along pegi beli ticket dulu.Tunggu sini jangan pergi mana mana"kata Rayyan tegas."eleh macamlah orang nak culik bini dia".

Ria hanya menggeleng."akak jom pergi beli air Qai dahagalah"."tapi kan along suruh tunggu"."ermm yelah"

"Jom pegi makan dulu.Cerita 30 minit lagi baru start"."yeaayy jom adik dah dahaga ni".Qai terus pergi meninggalkan Rayyan dan Ria."jom".Ria hanya mengikut Rayyan dari belakang.

~~~~

"Huarghhh!!penatnya"."ha balik dah anak anak menantu mummy.Amboihh banyak borong"."heheh"tersengih Qai.Mana taknya lepas sahaja keluar dari pawagam terus dia menarik tangan Ria untuk ke East Coast Mall untuk membeli baju.

"Macam mummy tak kenal anak dara mummy.Kalau boleh satu mall dia nak borong"ujar Rayyan."diamlah kau along".Dia masih merajuk dengan Rayyan kerana dia ingin membeli hoodies tapi dihalang oleh Rayyan.

"Kenapa tu?lain macam je bunyi"tanya dato Helmi.Sudah lali dengan perangai anak perempuannya kalau merajuk."merajuk sebab tak dapat beli baju"balas Rayyan.Qai memang tidak minat membeli kasut tinggi beg mahal mahal tapi dia gemar membeli kasut vans,fila dan seangkatan dengannya serta hoodies dan seluar jeans.Boleh dikatakan Qai ini seperti lelaki.Jika disuruh pakai baju kurung ada sahaja alasannya tetapi alasannya takkan termakan oleh datin Rina."adik adik"kata dato Helmi sambil menggeleng.

~~~~

Malam itu,dimeja makan Qai hanya berdiam diri.Selalu suaranya akan bising tapi tidak pula malam itu kerana masih merajuk dengan Rayyan."adikk oo adiik"panggil Rayyan.Qai hanya diam.huhhhhh Rayyan hanya mengeluh."Qaisara amalin"panggil Rayyan tegas.Qai hanya pandang abangnya dengan bosan.Langsung tidak getar melihat muka Rayyan."what?"balas Qai acuh tak acuh."lepas makan tunggu dekat ruang tamu atas"arah Rayyan."huhh untuk apa?Qai nak rehatlah"."along cakap tunggu tunggu jelah"kata Rayyan tegas."fine"balas Qai terus sambung makan.Orang lapar lapar ni ajak borak pulak.Dato Helmi dan datin Rina hanya memerhati.Sudah lali dengan Rayyan yang kadang tegas kadang manja dengan adiknya.

~~~~

"Haa kenapa nak suruh orang tunggu sangat"Tanya Qai malas padahal malas nak hadap muka abangnya."nah"Rayyan menyerahkan satu beg kertas padanya."apa ni?"tanya Qai pelik."bukak jelah".Dengan bersemangat Qai membuka.

"waaa thankyouu along"kata Qai dan terus memeluk Rayyan

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

"waaa thankyouu along"kata Qai dan terus memeluk Rayyan."sekarang baru nak peluk along tadi bukan main panjang muncung"."eyy along ni.Along tu jahat tak bagi adik beli baju ni.Tapi along beli jugak hehe.Thankyou againn along"ujar Qai dan memeluk Rayyan lagi sekali."dah lah pegi main jauh jauh.Sibuk je peluk orang,bye!!along nak pegi peluk kak Sarah pulak".Ria yang kebetulan lalu disitu untuk ke bilik terus berpaling"akak habislah akak malam ni kena makan dengan along.Yeayy cepatlah Qai dapat anak buah wuhuu"usik Qai terus berlari masuk ke bilik.

Ria yang terpinga pinga terus memandang Rayyan.Tetapi teringat akan ayat Qai dapat anak buah terus meremang bulu romanya.Rayyan yang sedang berjalan menghampirinya terus dipandang seram."a..awak kenapa?"."kenapa apa?"."sa...saya masuk bilik dulu".Ria terus berjalan laju ke bilik tidur mereka.

Rayyan hanya menggeleng memandang Ria.Hmm kenapalah kau ni comel sangat hah Ria?haishh!!macam manalah aku nak teruskan mission tu aduhh.Rosaklah plan aku macam ni ish!!.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

,STAY TUNED OKAY👌🏻!

Cinta Yang KembaliTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang