CT;55

199 6 0
                                    

Qai segera keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah. Padan muka kau urghh puas hati aku!!. "eh Qai kenapa biarkan Yan angkat sorang sorang barang tu?" tegur dato Helmi. "eh takpe uncle sikit je ni" ujar Zayyan. Dato Helmi hanya menggeleng. Apalah buat perangai macam tu haishh.

"Eh Qai, Zayyan dah balik. Meh meh barang tu letak dekat dapur" ujar auntie Lina sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam rumah. "ya Allah budak bertuah kenapa suruh Zayyan angkat barang tu sorang sorang. Zayyan meh sini barang tu biar auntie angkat. Kesian dekat kamu" tegur datin Rina. Asal semua nak back up dia ni? Urghhhhhhhh

~~~~

Malam itu Qai mengenakan baju kurung riau berwarna peach. Kelihatan ayu sahaja.

Ting!! Tong!!

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Ting!! Tong!!

Qai segera membuka pintu. Kelihatan mummynya memakai jubah berwarna hijau. "Qai dah siap? kita nak gerak dah ni" ujar datin Rina. "kejap Qai ambil beg" Qai segera mencapai beg sandangnya dan menyarung kasut sneakers.

Itulah Qai pakailah apa pun kasut wajib dipakai. Pernah dato Helmi menegurnya kerana memakai sneakers dan baju kurung tapi seorang Qai mana ada perasan.

"eh Qai kejap ni pakai heels ni" ujar datin Rina sambil menghulurkan heels itu. "are you serious mummy?" tanya Qai curiga. Heels? tak pernah seumur hidup aku pakai heels. Aduhaii.

Teragak agak Qai ingin mengambil

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Teragak agak Qai ingin mengambil. Dah macam kena pegang darah dia punya takut tu. Dengan malas dia membuka sneakersnya dan menyarung heels tadi. Uuu muat muat pandai mummy pilih. Dia berdiri perlahan lahan. Ceh bukan tinggi pun kasut tu.

"Mummy Qai tak selesa lah pakai ni" ujar Qai. "takde takde daddy yang suruh pakai. Cepat jom" balas datin Rina lalu menarik tangan anak daranya. Ya Allah mummy!! nasib tak jatuh.

~~~~

"Assalamualaikum" mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Qai masih terkial kial mencabut heels itu. Eh tadi aku rasa nak pakai senang je asal nak bukak susah pulak ni aduhai. "ehem tak boleh bukak kasut ke?" tegur seseorang.

Qai segera menoleh tapi malang dia terus tidak dapat mengimbang badannya dan "arghh!!!" namun nasib menyebelahi dia Zayyan sempat menyambut Qai dari jatuh ke atas lantai. Mereka seakan berpelukan.

"Ya Allah Qai, Zayyan!!"

~~~~

"Now bagitahu kitorang macam mana korang boleh berpelukan?" tanya Aryan selaku abang kepada Zayyan.Majlis sudah pun berakhir. Kedua ibu bapa mereka sudah meninggal dunia jadi segala urusan Zayyan, Aryan akan uruskan.

"Okay Yan cerita. Tadi masa Yan nak masuk, Yan nampak budak kecik ni terkial kial bukak heels dia dekat depan pintu. Yan pun tegur lah. Lepastu entah macam mana dia boleh hilang imbangan lepas tu nak terjatuh. Yan sambut jelah kang kalau Yan tak sambut dengan Yan Yan sekali jatuh" terang Zayyan. Qai mengetap rahangnya. Budak kecik?!. Datin Rina dan dato Helmi hanya menggelengkan kepala. Tak tahu nak salahkan siapa.

"Dah dah uncle tak salahkan sesiapa tapi cuma kedudukan korang tadi boleh menimbulkan fitnah" celah dato Helmi. "maafkan Yan uncle" mohon Zayyan. "Takpe dah jom balik dah nak tengah malam ni" ajak dato Helmi.

"Jamal kami balik dulu ye" ujar dato Helmi sambil bersalam dengan Tan Sri Jamal. "iyelah" balas Tan Sri Jamal. "maafkan aku ye sebab buat kecoh dekat majlis anak kau" mohon dato Helmi. "eh takpe. Kita tak duga kan" balas Tan Sri Jamal.Dato Helmi mengangguk.

Selepas menyalami tangan auntie Lina dan kak Qina, Qai segera keluar menuju ke kereta. Sempat juga dia melanggar bahu Zayyan tanda tidak puas hati. Dato Helmi dan datin Rina hanya menggeleng. Bilalah nak berubah?.

"Uncle minta maaf atas kelakuan Qai. Dia memang kasar. Cepat sangat protes bila orang tegur" ujar dato Helmi. "takpe uncle, biasalah tu. Dia malu kot" gurau Zayyan. "hahah okaylah uncle balik dulu" ucap dato Helmi. Mereka membalas lambaian tangan.

Mata Zayyan masih tidak lepas dari memandang Qai yang sedang bermain telefon ditempat duduk belakang. Cantik cantik dah tapi tulah garang betul haishh.

"Oii ralit tengok anak dara orang. Nak ke? kalau nak abang boleh suruh babah masuk minang" usik Aryan. Zayyan baru ingin menumbuk bahu abangnya tapi sempat abangnya melarikan diri.

"Baba Yan suruh masuk minang!!" jerit Aryan sambil berlari masuk ke dalam. Zayyan turut mengejar abangnya. Itulah keluarga mereka. Walaupun sekadar mentua dan menantu hubungan mereka seperti darah daging sendiri.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

,STAY TUNED👌🏻!

















_________________________________________

HALLU, SEPERTI MANA SAYA CAKAP. 2 CHAP DONE UPDATE TODAY. HUHU PKPP DILANJUTKAN LAGI GAIS HM. SO PAKAILAH MASK KALAU TAKNAK MELAYANG SERIBU HOHOHO. PAPE PUN STAY SAFE😍

ENJOY🦋VOTE♥️COMMENT💌

Cinta Yang KembaliTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang