CT;28

187 8 0
                                    

"Hai Rayyan"Aisya mula melangkah masuk ke dalam pejabatnya."maaf encik Rayyan saya dah halang tapi.."."no it's okay.Awak boleh sambung buat kerja"ujar Rayyan dan Mia mengangguk dan terus berlalu."kau nak apa datang office aku?"tanya Rayyan.Matanya tak lari dari file file diatas meja."saja i dah lama tak jumpa you.You mesti rindu i kan?"kata Aisya gedik."ha ha ha aku rindu kau?sorry dari aku rindu kau baik aku rindu bini aku"balas Rayyan.Nampak sangat ketawa tak ikhlas.

"Dahlah keluar aku sibuk ni"ujar Rayyan malas.Dahlah make up kalahkan badut.Bini aku lawa lagi.Nature beauty."Rayyan"panggil Aisya menggoda.Fikir aku tergodalah.Dahlah baju tak cukup kain.Aisya datang mendekati Rayyan.Tangan naik menyentuh dada Rayyan.Rayyan menepis kuat."kau jangan melampau eh perempuan"jerkah Rayyan.

"Heyy chill lah.Janganlah marah kenapa you tergodakan i buat macam tu"ujar Aisya sinis."sorrylah aku bukan macam lelaki dekat luar sana yang jenis pantang nampak perempuan terus jadi semut"kata Rayyan dan terus berlalu keluar dari pejabatnya.

"Mia pegi halau perempuan tu balik.Kalau dia taknak balik panggil security.Saya nak balik harini saya half day"kata Rayyan dan terus berlalu.What!!aku nak kena hadap minah tu?!aduhh bencilah huh!!.

~~~~

Rayyan tiba dirumah.Aik dia tak pegi kerja ke?.Rayyan keluar dari kereta dan terus melangkah."Ria oo Ria"panggil Rayyan.Tiba dibilik kedengaran seperti orang muntah.Dia bergegas memasuk ke bilik dan terus mendapatkan Ria yang lemah."eh kenapa ni?kau okay tak?"tanya Rayyan cemas.Ria hanya mengangguk tak mampu untuk berkata kata."jom pegi klinik".Ria menggeleng laju."takpa...payah saya o..okay"balas Ria lemah.

"Nak muntah lagi?"tanya Rayyan sambil mengurut belakang Ria.Ria menggeleng.Rayyan terus memapah Ria ke katil."kau rehat dulu.Aku buat bubur untuk kau"ujar Rayyan seraya menukar baju kerjanya kepada baju t-shirt.

Setengah jam kemudian,Rayyan naik dengan menatang dulang.Masuk sahaja dalam bilik kelihatan sekujur badan yang lemah akibat muntah tadi.Dia juga kasihan melihat isterinya begitu.Nak kejut ke tak?nak ke taknak?haishh."Ria bangun jom makan dulu"kejut Rayyan perlahan.Ria hanya menggeleng.Dia penat untuk bangun."nanti kau lapar makan tau"ujar Rayyan seraya meletakkan dulang diatas meja lampu ditepi katil.Tangannya naik mengusap dahi Ria.

Sleep well sayang,get well soon!.Rayyan terus mencium dahi Ria.Taknak menggangu tidur lena si isteri.Dia bangun untuk bersihkan diri.Ria tersenyum bahagia.Tak pernah Rayyan secaring itu.Rayyan awak dah sayangkan saya ke?dah cintakan saya?kalau tak please jangan bagi harapan.

~~~~

Malam itu,Ria kelihatan sedikit sihat.Dia turun untuk menonton televisyen.Rayyan yang baru keluar dari dapur menegur."eh asal turun aku dah suruh tunggu dekat atas kan"ujar Rayyan."alah bosanlah dekat atas.Saya nak tengok tv"matanya dikelipkan banyak kali.Nak bodek orang haruslah kena buat muka comel haha."awak,so cute"ujar Ria tersengih."cute?"blur Rayyan.Ria menunjukkan ke arah apron yang dipakai Rayyan.Banyak apron dekat dapur apron hello kitty jugak dia pilih haha.

Rayyan cepat cepat mencabutnya.Malu mak!!.Tergelak Ria melihat telatah Rayyan.Comel!!!!!."dah pegi dekat depan tadi cakap nak tengok tv kan ha pegi"halau Rayyan terus menyambung kerjanya.Tersengih Ria.Malulah tu!!.Tanpa banyak kata Ria terus berlalu ke ruang tamu.

Dia mencapai remote.Tv3 terus ditekan.Sekarang kan pukul lapan so berita jelah yang terpampang.Dia ralit mendengar berita,yelah dia memang suka dengar berita terkini tapi bila masuk part berita luar negara dan sukan terus dialihnya.Rayyan datang membawa sepinggan mee goreng basah serta milo ais.

"Waaa"teruja Ria."nah rasalah"hulur Rayyan.Ria menyambut huluran Rayyan.Dengan lafaz bismillah dengan menyuap makan ke dalam mulut."hmm sedap!!"ujar Ria.Rayyan?memang sahlah dah kembang bontot tu orang puji masakan dia.Melihat berselera Ria makan dia tersenyum.Comel je!!."Ria"panggil Rayyan."hmm"gumam Ria.

"Esok kita pegi rumah mama nak?"tanya Rayyan.Ria terus berpaling"betul ke?"tanya Ria teruja."ye sayang"balas Rayyan.Ria tersengih malu.

Dup dap!!

Sayang??aku nak pengsan sekarang boleh kan.Ah jantung aku nak tercabut!!.Ria terus menyambung makanan.Rasa lain pulak mee ni.Rasa manis kasih sayang auww!!oii Ria kau pahal tiba tiba jiwang pulak.Tak makan ubat lah ni.

~~~~

"Assalamualaikum mama!!"jerit Ria dari luar rumah.Puan Zahra yang sedang memasak terkejut.Ya Allah anak aku ke tu?astaghfirullah al-azim.Tergeleng kepala puan Zahra melihat Ria melangkah masuk seperti perompak.

Puan Zahra mengetuk kepala Ria dengan sudipnya yang sentiasa berada ditangan."mama!!sakit lah"muncung Ria."ha tahu pun sakit.Mama ni terkejut macam nak tercabut jantung tak tanya pulak"bebel puan Zahra.Ria hanya tersengih."ni korang datang tak kerja ke?"tanya puan Zahra.Yelah nak harap dua orang ni datang memang berjanggutlah jawabnya."tak!!"jawab mereka serentak.Tersenyum puan Zahra.

"Dahlah duduk dulu mama nak sambung masak"puan Zahra terus melangkah ke arah dapur.Ria juga turut melangkah ke dapur."mama adik mana?"tanya Ria sambil meneguk air sejuk yang baru diambil tadi."ada tu ha tengah tidur"balas puan Zahra."aik dia takde class ke harini?"tanya Ria."takde"balas puan Zahra sepatah.

Mentol bercahaya.Inilah masanya untuk pedajal adiknya itu.Ria terus berlari ke bilik Syakir.Puan Zahra menggeleng tahu sangat perangai Ria yang suka menyakat adiknya.

Ria masuk ke dalam bilik Syakir perlahan lahan.Dia merapati Syakir yang terbongkang atas katil.Ria menggeleng.Perangai tak pernah berubah dengan tak berbaju seluar pendek haish.Dia mengambil make up dan terus touch up muka Syakir dengan cantik gituw!!

Setelah siap dia mengejut Syakir."adik!!!!!bangun!!!!!!api!!!!!!"jerit Ria ditepi telinga Syakir."ha??api??cepat lari!!!!"jerit Syakir kuat dan terus berlalu keluar dari bilik dan turun menuju ke arah dapur.Berdekah Ria melihat adiknya lari seperti lipas kudung.Dia cepat turun melihat apa yang jadi."Kakak!!!!!!!!!!!"bergegar rumah.Ria ketawa lagi.Rayyan juga turut ketawa sampai terkeluar air matanya."hahahahha joker is here hahahahahah"ujar Rayyan sambil ketawa."astaghfirullah al-azim kakak!!apa kamu buat dekat adik?!"marah puan Zahra.Ria hanya tersengih.

Melihat encik Zaki pulang ini sahaja kesempatan Syakir untuk Ria kena marah.Encik Zaki masuk ke dalam rumah.Terkejut encik Zaki melihat anak bongsunya seperti pontianak.Dengan bibir merah pekat."ya Allah adik!!kamu kenapa?"tanya encik Zaki."kakak tu dia yang buat adik macam ni"adu Syakir.Eyy dasar anak manja.Berani kau guna abah eh siap kau!!.Encik Zaki menggeleng.Ni baru Ria belum lagi Amirul anak sulongnya pulang.

"Kakak kakak dah khawin pun perangai tak berubah aih nanti dah jadi mak orang jangan buat perangai macam ni tak elok nanti anak ikut"tegur encik Zaki.Ria tersengih.Anak?dia memegang perutnya.Dah enam bulan perkhawinan dia dan Rayyan tapi masih belum dikurniakan zuriat.

Melihat muka mendung kakaknya,Syakir datang memeluk dari tepi.Dia menggosok belakang kakaknya.Ria tersenyum."kakak minta maaf"ujar Ria."takpe Syakir dah biasalah.Lagipun kakak ada je boleh meriah macam ni"balas Syakir.Ria membalas pelukan adiknya.Encik Zaki tersenyum.Dia tahu Ria terasa dengan tuturnya tapi dia mahu Ria sedar akan perangai kebudak budakannya.Suasana menjadi sunyi.

Puan Zahra datang memecahkan kesunyian."jom makan"ajak puam Zahra.Yang lain mengangguk.Syakir terus bergegas ke dapur untuk mencuci mukanya.Encik Zaki menepuk bahu Ria."abah minta maaf sebab buat kakak terasa"ujar encik Zaki.Ria tersenyum"takpelah abah.Abah dah sedarkan kakak"balas Ria tersenyum lagi.Rayyan yang melihat tersenyum bahagia.Keluarga yang senang menutur kata maaf,senang menegur,tidak mudah tarik muka dan yang penting keluarga yang mudah tersenyum.

"Jom Akmal kita makan"ajak encik Zaki.Rayyan mengangguk.Mereka jalan beriringan ke dapur bersama sama.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

,STAY TUNED👌🏻!

Cinta Yang KembaliTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang