CT;24

195 8 0
                                    

Petang itu,Rayyan pulang seperti biasa.Selepas masuk ke dalam rumah dia terus melulu ke arah sofa untuk merehatkan dirinya."huh penatnya"keluh Rayyan.Astaghfirullah al-zim tak baik keluh Rayyan.Kau patut bersyukur sebab Allah bagi kau segala yang kau ada.

"Rayyan"."Ria".Serentak mereka memanggil antara satu sama lain."kau cakaplah dulu"ujar Rayyan."nope you first"balas Ria pula."yelah yelah mummy suruh datang rumah dia malam ni"."seriously?yeayyy!!!"."takpayah lah nak jerit jerit.Ha kau nak cakap apa pulak"tegur Rayyan.Ria tersengih malu."takde apa apa lah.Kita pegi kul berape?"tanya Ria."sekarang dah kul enam.Enam setengah kita gerak so kau pergi siap siap"arah Rayyan."okay"Ria terus berlalu ke bilik untuk bersiap.Pantang sebut nama mummy laju je bersiap.Haishh!!

~~~~

"Assalamualaikum mummy"dengan sopan Ria memberi salam.Yelah rumah mertua kan takkan nak terjah masuk macam rumah mama kang kena halau pulak."waalaikumusalam ha masuk masuk sampai dah anak menantu mummy ni"sambut datin Rina.Ria menyalami tangan mertuanya"mummy sihat?"tanya Ria."alhamdulillah sihat je sayang"balas datin Rina."Sarah sihat?"tanya datin Rina pula"alhamdulillah sihat".Rayyan yang baru melangkah masuk tidak dihiraukan.Itulah mummy bila jumpa menantu dilupanya kita.Campai hati isk isk..

Rayyan menyalami tangan datin Rina"mummy sihat?daddy mana mummy?"tanya Rayyan sambil mata melilau mencari dato Helmi."ada tu dekat atas baru balik kerja nanti daddy turunlah tu"jawab datin Rina."ni kamu berdua dinner dekat sini kan mummy masak banyak tau,favourite Akmal dan Sarah pun mummy masak"ujar datin Rina."ye ke mummy waa tak sabar nak makan hehe"ujar Ria teruja.

"Ni kamu berdua pegilah rehat pastu siap siap untuk solat maghrib nanti kita berjemaah.Mummy naik dulu ye"ujar datin Rina lagi."okay mummy"balas Ria."eh kau nak pegi mana?"tanya Rayyan."naik ataslah"balas Ria."jom"ujar Rayyan dan terus menarik Ria sekali menuju ke bilik mereka.

"Aduhhh kenapa kau datang sekarang jugak,dekat rumah tadi taknak pulak kau datang aduhai"rintih Ria.Patutlah dia tak selesa rupa rupanya dia datang bulan."Rayyan oo Rayyan"panggil Ria."apa"jawab Rayyan.Nasib baik dia ada dalam bilik."Rayyan tolong ambil tuala kejap"ujar Ria."buat apa kau nak mandi ke?"tanya Rayyan."err tak lah eyy bagi jelah ishh"."eh eh dah lah minta tolong orang pastu nak marah marah.Aku tak tolong kang baru tahu"gumam Rayyan geram.

"Nah"."thankyou Rayyan hehe"tersengih Ria.Walaupun dia tahu yang Rayyan takkan nampak dia tersengih.Selepas membaluti tuala ke pinggangnya.Ria keluar dengan selamba.Mak aii perempuan ni selamba dia je pakai macam tu.Aku terkam kang baru tahu.Dia terus menuju ke arah beg tangannya dan ke almari untuk mengambil apa yang patut.Pelik Rayyan apabila melihat Ria seperti menyorokkan sesuatu darinya."Ria kau kenapa?"tanya Rayyan."ha?kenapa apa?"tanya Ria blur.

"Kau sorok apa dekat belakang kau tu?"tanya Rayyan lagi."err adalah hal perempuan sibuk je"balas Ria dan terus berlari masuk ke dalam bilik air.Rayyan hanya menggeleng.

~~~~

"Eh Sarah kenapa tak bersiap lagi ni?"tanya datin Rina yang baru turun.Dia sudah siap bertelekung.Dia turun untuk pesan pada pembantu rumahnya yang mereka akan ke masjid sebentar lagi."err Sarah cuti mummy"balas Ria malu.Tiba tiba malu pula."lah ye ke?hmm Sarah nak ikut ke mummy pergi masjid ke nak duduk rumah"tanya datin Rina."takpelah mummy Sarah duduk dekat rumah je boleh teman mak Mah hehe"balas Ria.

"Hmm yelah,mak Mah saya pergi dulu"ujar datin Rina dan terus berlalu."eh Sarah mana?"tanya dato Helmi."biasalah perempuan"balas datin Rina dan terus berlalu.Dato Helmi hanya mengangguk tapi berkerut pula dahi Rayyan.Apa yang biasa?."apa maksudnya daddy?"tanya Rayyan."ouh hmm nanti kamu fahamlah"balas dato Helmi.Malas hendak bertanya lagi Rayyan terus mengikut daddy dan mummynya.

~~~~

"Waaa sedapnya bau ayam masak merah nyum!! nyum!!"kata Ria."datin cakap Sarah pun suka makan ayam masak merah,samalah macam Rayyan"."haah Sarah memang suka makan ayam masak merah nak pulak makan dengan nasi minyak uu sedapnya.Kecur air liur"tersengih Ria.

Mak Mah hanya menggeleng.Melihat telatah Ria membuatkan dia teringat arwah anaknya.Satu satu anaknya yang dia lahirkan sebelum mereka kemalangan."mak Mah oo mak Mah"panggil Ria.Mak Mah yang baru sedar dari lamunan hanya tersenyum"mak Mah kenapa?okay tak?"tanya Ria cemas."takdelah.Tengok Sarah mak Mah teringat dekat arwah anak mak Mah.Kalau dia hidup mesti umur dia sama macam Sarah"ujar mak Mah sedih.

Ria mengusap belakang mak Mah lembut."janganlah sedih mak Mah,nanti Sarah pun sedih.Takpe kalau macam tu mak Mah boleh je anggap Sarah sebagai anak mak Mah ye"ujar Ria sayu."eh apa pulak sedih sedih ni.Maaf ye Sarah mak Mah terbuat drama pulak"ujar mak Mah.Ria ketawa lucu.

~~~~

Dimeja makan,Ria amat berselera.Itulah dia kalau datang bulan.Makan tak ingat dunia."Ria dekat rumah Rayyan ada buli kamu?"tanya datin Rina.Ria mengerling Rayyan disebelah.Hmm kalau dekat rumah mama sedap kau kena kan aku kan.Tunggu kau!!."eh mana ada Akmal baik tau"tak sempat Ria ingin membalas Rayyan menyampuk."betul ke ni?Sarah?cakap je"."betullah mummy Akmal tak pernah pun buli Sarah.Dia baikkkkkkk sangat"balas Ria meleret."lain macam je baik tu"sampuk dato Helmi.Yang lain tergelak kecil.

"Bila mummy dengan daddy dapat cucu?"tanya datin Rina lancar.Tersedak Ria.Ya Allah tekak aku perit weyy!!.Rayyan cepat cepat menghulurkan air kepada Ria."eh awak ni Rina kesian Sarah sampai tersedak dibuatnya"tegur dato Helmi pada isterinya.Datin Rina serba salah"maafkan mummy ye sayang"pohon datin Rina."eh takpelah mummy sikit je"ujar Ria tersenyum.Sikit?ushh boleh tahan jugak perit tekak aku dah lah makan benda pedas.

"Mummy nak cucu bila?"tanya Rayyan.Berkerut dahi Ria.Apa punya soalan dia ni?nak cakap tak sekolah dulu tu apa?haishh!!."kalau boleh nak esok"jawab datin Rina.Makin teruja dia."Malam ni kena kerja keras sikitlah sayang"ujar Rayyan sambil memandang Ria dengan senyuman yang nakal.Meremang woii bulu roma.Ria terus mencubit pinggang Rayyan."adoiii sakit!!"jerit Rayyan.

"Eh eh kenapa?"tanya datin Rina gelabah."ada semut betina besar ni ha gigit"balas Rayyan sambil menggosok tempat dicubit.Erkk sakit sangat ke?aku buat slow je, slow kan?."tulah Rayyan cakap tak berlapis lagi"sampuk dato Helmi.Dia hanya menggeleng melihat telatah anak dan menantunya.Tak silap dia jodohkan Ria dan Rayyan kerana dua dua saling melengkapi.Rayyan tersengih.

~~~~

Melihat Ria ralit bermain telefon Rayyan terus merampas."Rayyan apa ni?bagilah balik"marah Ria."tak boleh,jom sayang kita jalankan mission mummy,daddy,mama,abah"berkerut dahi Ria.Mission?mission apa?nak pergi cari harta karun ke?."mission?mission apa awak ni?"tanya Ria."mission untuk dapatkan anak"bisik Rayyan."awak jangan nak gatal sangat eh dah pegi tidur.Telefon tu bagi balik"ujar Ria seraya merampas telefonnya balik tapi malangnya Rayyan makin meninggikan lagi tangannya.

"Rayyan!!bagilah"marah Ria."setuju dulu dengan mission tu baru aku bagi"ujar Rayyan sambil mengangkat keningnya sebelah."tak boleh"."why?"tanya Rayyan."err saya kan hmm saya"."saya apa?"."saya uzurlah awak lupa ke saya tak solat tadi ishh"marah Ria lantang."a..aku lupa.So..sorry"pohon Rayyan.Dia tahu perangai perempuan bila datang bulan.Cepat marah kalau termarah sikit cepat menagis.

"dah lah saya nak tidur"rajuk Ria."Ria aku minta maaf"pohon Rayyan lagi.Ria hanya memejamkan mata malas hendak dilayan."Ria"panggil Rayyan lagi."Ria oo Ria"."sayang"."baby sayang".Tersenyum Ria mendengar Rayyan memanggilnya seperti itu.Gatal kau eh Ria.Rayyan mengeluh.Dia terus merebahkan badannya.

Mendengar dengkuran halus Ria terus memusingkan badannya menghadap Rayyan.Jarinya bermain sekitar wajah kacak Rayyan.Hensemnya laki aku.Untung aku dapat berlakikan lelaki macam kau,tapi hati kau untuk aku ke?dah empat bulan kita khawin kau still takde perasaan ke dekat aku?hmm aku nak kau tahu yang aku sayang dan cintakan kau sampai bila bila.Aku harap biarlah ajal yang memisahkan kita bukan lafaz cerai.Menitis air mata Ria.Dia terlalu sayang dan cintakan Rayyan.Dari dulu hingga kini hanya Rayyan bertahta dihatinya,tapi mampu ke dia yang raih hati Rayyan?hmm.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

,STAY TUNED👌🏻!

Cinta Yang KembaliTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang