CT;22

210 9 0
                                    

Sambil berjalan tiba tiba ada seorang wanita melanggar Rayyan dan beg tangan wanita itu terjatuh.Rayyan menunduk untuk mengambil beg itu dan pada masa yang sama wanita itu juga turut ingin mengambilnya membuatkan tangan mereka bersentuh.Rayyan cepat cepat menarik tangannya,tidak selesa bersentuhan dengan bukan muhrim.

"Sorry"kata gadis itu.Rayyan mengangkat kepalanya."Aisya?kau buat apa dekat sini?"tanya Rayyan."sini kan public area so sapa sapa je kan boleh ada dekat sini"ujar Aisya dengan suara gediknya.Menyampah nak!!."ouh ye jugak kan err aku gerak dulu"balas Rayyan dah terus berlalu dari situ."oii Rayyan sapa tu?lawa siot"tanya Izat."Aisya.Exclassmate kita masa form3"balas Rayyan."so dia lah Aisya yang kau cakap tu?"tanya Akif.Rayyan hanya mengangguk."Aisya?aku tak cham lah"kata Zarul berkerut dahi dia.Sapa eh?lawa tu eh tapi lawa lagi Farzana aku hehe.Tapi gedik semacam je.

"Ouh budak tu.Bapak lah seksi gila"terkejut Zarul.Yelah setahu dia Aisya Alisya semasa dalam kelas pendiam tudung labuh bukan main.Sekarang tak cukup kain pulak."hmm lantak dia lah"malas Rayyan hendak membahas tentang perkara itu lagi dia terus berjalan laju.

~~~~

"Weyy jom pegi rooftop dah nak pukul 5 ni.Aku nak tangkap gambar banyak banyak heheh"ajak Sofea."haahlah jom"sokong Ria.Sampai sahaja dirooftop telefon Ria berdering.

"Hello"

"Assalamualaikum"

"Waalaikumusalam.Perli nampak"

"Hehehe janganlah marah"

"Ni kau dekat mana?kitorang dah on the way pegi rooftop"

"Kitorang dah selamat dah sampai dekat rooftop.Ha mai lah sini cepat"

"Dah sampai tak reti nak call"

"Saya baru nak call awak.Dah awak yang call dulu so saya biar jelah hehe.Jimat internet saya"

"Berkira nampak.Dah tunggu sana,bye sayang!"

Ria menjuling matanya ke atas dan terus memutuskan talian.Gedik nak mampus.Tumbuk kang baru tahu.

"Sapa call?"tanya Sofea."Rayyan.Dia cakap dah on the way datang sini.Jomlah tangkap gambar"ajak Ria.Pelbagai gaya mereka buat dan akhirnya sampai juga lima jejaka itu.Melihat penuh makanan ditangan masing masing.Wanita wanita itu terus serbu ke pasangan masing masing.Tapi hanya Farhana sahaja tidak kerana tiada pasangan.Single lah katakan.Mesti korang pelikkan Fazrul tu sapa?Fazrul tu hanya crush Farhana.

"Nah"hulur Izat kepada Farhana"err takpe kau makanlah"tolak Farhana."ambillah aku beli banyak ni"dengan segan Farhana mengambil makanan yang dihulur Izat."err kau dah berpunya ke?"tanya Izat teragak agak."hmm belum.Lagipun aku malas nak fikir pasal ni.Semua pasal jodoh aku serahkan suruh mak aku cari"jelas Farhana."kalau aku masuk minang kau nak tak?"tanya Izat.Straight to the point kan senang.Tak payah nak kias kiss nanti orang tak faham."hahah kau ni lawak lah.Bergurau pun agak agaklah haha"gelak Farhana untuk tutup gugupnya.

"Aku serius Farhana.Err aku dah lama suka kau tapi tu lah aku takut kau dah berpunya je"jujur Izat.Memang benar dia sudah lama pendam sukanya terhadap Farhana.Walaupun dia tahu Farhana seorang yang kasar tapi dia tak kesah cukup sekadar menutup aurat dengan sempurna dan menghormati orang tua.

"Wow tak lama lagi dapat makan nasi minyak lah kita"usik Ria."yeayy aku dah lama mengidam nak makan gulai kawah"kata Sofea sambil membayangkan makanan itu."amboi kau mengidam siap mengandung ke sis?"tanya Farzana.Sofea terus terus tersenyum malu."betul ke?"tanya Ria.Senyum dia lain maciam."haah sebulan"balas Syafiq bagi pihak Sofea."what!!seriously?!waa aku dah nak jadi makcik yeayy!!"jerit Farhana dan terus memeluk Sofea.Ria,Syasya dan Farzana juga turut serta.

"Ehem ehem aku rasa Rayyan yang khawin dulu macam mana ni Syafiq lekat dulu.Kuat bekerja bro"ujar Akif sambil menepuk bahu Syafiq.Terus meletus tawa mereka.Merah habis muka Sofea kerana malu.Melihat muka Sofea seperti udang bakar terus dipaut bahu isterinya.

"Kita bila nak start?"tanya Rayyan berbisik."awak jangan nak gatal sangat eh.Kang ada yang jatuh bangunan kejap lagi"balas Ria tegas dengan nada berbisik."uii tengah buat perancangan ke tu?"usik Akif.Syasya hanya menggeleng melihat suaminya suka mengusik."haah tengah fikir nak buat berapa orang.Kau bila?"ujar Rayyan selamba.Terkejut Ria dengan Rayyan yang selamba berkata begitu.Ya Allah perangai!!!.

"Esok melekatlah"balas Akif.Syasya menepuk kuat bahu suaminya"aduh sayang sakitlah"adu Akif."itu makan dia"balas Syasya."taknak kawan"rajuk Akif."mengada"balas Syasya.

~~~~

"Huarghhh penatnya"menguap Ria seraya merebahkan tubuhnya ke katil."woii pegi mandi dulu pastu baru boleh landing atas tilam tu"ujar Rayyan."alah awak pegilah mandi dulu kejap lagi saya menyusul"ujar Ria."ouh malas eh?".Rayyan terus mencepung badan Ria dan menuju ke bilik air."Rayyan!!!turunkan saya!!!"jerit Ria.

~~~~

Dia masih geram dengan Rayyan.Selepas solat maghrib tadi kelam kabut dia mencari telefonnya.Dia fikir hilang.Rupa rupanya ada di poket seluar Rayyan.

"Alolololo panjangnya muncung.Nak kena cium ke tu?"tanya Rayyan dalam nada mengusik."diamlah tengok tv tu diam diam"marah Ria."alah biarlah mulut aku kan"ujar Rayyan sinis.

Malas hendak dilayan Ria terus ke dapur untuk mengambil kerepek kegemarannya.Tingginya aduh!!.Terjengkek jengkek Ria dibuatnya.Malas betullah nak ambil kerusi aduh!!.Terkejut dia apabila pusing belakang melihat Rayyan sedang merenungnya."dapat?"tanya Rayyan sinis."dah tahu rendah tak reti minta tolong hm?"ujar Rayyan lagi saja nak barakan api yang sudah membara.

"Dah tahu tolonglah ambil.Tengok je ke?"marah Ria.Mentang mentang aku pendek tapi pendek ke aku paras hidung dia je pun.Tak pendek kan?."nak minta tolong pastu marah marah kau period eh?"usik Rayyan.Memang cari nahas betullah bahenol ni."yelah tuan puteri patik menurut perintah tapi patik nak upah jugak ye"kata Rayyan."buat tak ikhlas"gumam Ria.Rayyan yang baru hendak menghulur makanan menarik semula.

"Apa kau cakap?ulang balik"tegas Rayyan"err hehe mana ada saya cakap awak baik"ujar Ria tersenyum paling manis."ye ke?"tanya Rayyan seraya mendekatkan mukanya ke muka Ria."eyy awak ni memang saja kan nak tayang muka awak yang terlebih hensem eh"kata Ria menolak dagu Rayyan supaya jauh dari mukanya.Jantungnya tak usah dikata seperti hendak meletup sahaja.Malu titew!!mama!!.

"well aku tahu aku hensem takyah lah puji.Malu kita tau awak ni"ujar Rayyan gedik sambil menepuk lembut bahu Ria lembut."eyy awak ni kenapa?gedik semacam nak makan penumbuk ke?"marah Ria.Meremang pulak bulu roma bila Rayyan buat begitu.Syewram mak!!geli geleman aku!!."gurau sikit pun tak boleh terkam kang baru tahu"jeling Rayyan dan terus berlalu."gatal!!bagi kaki kang baru tahu ishh"ujar Ria sambil menghentak kaki."aku dengar okay.Aku bagitahu mama kau mengumpat suami sendiri"jerit Rayyan dari ruang tamu.What!!dia dengar?!memang sah lah dia ni telingan gajah.Macam lah aku takut tapi kalau ingat balik seram jugak muka mama.Haishhh sabarlah Ria dapat suami kuat mengadu.Sokay aku ada mummy yeayy!!fair and square kan wuhuuu!!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

,STAY TUNED👌🏻!

Cinta Yang KembaliTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang