CT;66

167 8 0
                                    

°flashback°

Selepas keluar dari kelas tadi, mereka bercadang untuk pulang kerana mereka tiada kelas pada waktu petang. Semasa mereka lalu di laluan susur gajah, mata Zayyan menangkap Qai yang sedang bertepuk tampar dengan seorang lelaki.

Matanya memandang mereka tajam. Hatinya panas!! Habis merah mukanya. Bukan main lagi mereka bermesra kalau dengan dia memang taklah Qai nak senyum macam tu. Mana tak sakit hati dia?

°endflasback°

"Hoii aku tanya ni. Boleh kau mengelamun?" tanya Adam sambil menepuk bahu Zayyan kasar. Zayyan mengeluh. "Aku tak tahu kenapa aku sakit hati sangat bila tengok dia rapat dengan lelaki tu. Dah lah siap pegang pegang tampar tampar. Kang ada yang aku tampar lelaki tu" ujar Zayyan geram.

"Sabar lah. Aku faham perasan kau" celah Syahir yang dari tadi hanya mendiamkan diri. Syahir bukanlah seorang yang banyak mulut. Tapi apabila dia selesa mudah juga kalau hendak diajak bersembang.

Zayyan menghembus nafas kasar. Marahnya sudah berkurang tapi sakit hati masih tersisa.

~~~

"Qai, janganlah menangis macam ni. Nanti kalau mummy tanya habis akak kena marah pulak" pujuk Ria. Mereka sedang dalam perjalanan pulang ke rumah. Qai masih tersendu sedan. Kata Zayyan sangat menyakitkan hatinya. Terasa jijik pula dengan diri sendiri.

Ria jatuh kasihan melihat Qai. Dia masih tertanya tanya apa hubungan Qai dengan Zayyan. Mahu ditanya keadaan Qai pula tidak mengizinkan.

Setelah tiba dirumah, Qai terus masuk ke dalam dan menuju ke bilik. Langsung tidak menyapa mereka yang berada di ruang tamu. Jelas riak kehairanan terpancar dan pandangan seterusnya adalah ke arah Ria. Ria mengeluh dan menjungkitkan bahu.

Rayyan bangun dan menarik tangan Ria menuju ke bilik mereka. "Kau buat apa hah dekat adik aku?!!" tanya Rayyan kasar. Terkebil kebil Ria dibuatnya. Dah lah dia sendiri tak tahu apa yang jadi pastu balik kena marah? APAKAH?.

"Eh aku tanyalah kau apa kat adik aku?!" Tengking Rayyan. Terhenjut bahu Ria. Bahu Ria di tolak kuat sehingga dia jatuh ke lantai. Kepala Ria ditunjal kasar. "Kau ni kalau aku tahu macam ni memang aku tak bagi adik aku keluar dengan kau!!" Tengking Rayyan lagi. Kini hatinya tidak dapat menahan sebak. Air matanya mengalir laju.

Pintu bilik mereka dibuka kasar. Qai datang ke arah Ria dan membantu Ria bangun. "Bukan salah kak Sarah lah. Kak Sarah tak tahu apa apa. Abang jangan bertindak melulu boleh tak?!" jerit Qai. Ria menggenggam tangan Qai dan menggeleng. Dia tidak mahu kecoh kecoh.

"Apa yang bising sangat ni? Qai? Sarah? Akmal? Kenapa sampai nangis nangis ni?" tanya datin Rina sebaik sahaja tiba di depan bilik Rayyan. Sedang mereka syok melayan drama di televisyen. Terkejut mereka mendengar suara Qai seperti sedang bergaduh.

"Tak.. takda apa mummy. Maaf ganggu mummy tengok tv" ujar Ria lembut. Suaranya serak dek kerana menangis. Rayyan menjeling. Acah baik!. "Kalau ada masalah bincang elok elok jangan bergaduh macam ni" nasihat dato Helmi.

Mereka bertiga hanya mengangguk. Datin Rina dan dato Helmi melangkah pergi. Qai menarik tangan Ria agar mengikutnya. Rayyan mendengus kasar.

~~~~

Ria masih tidak lena tidur. Selalunya dia akan tidur dibilik Rayyan walaupon tanpa mengetahuan Rayyan. Dia bangun dan menuju ke pintu. Dia terus menuju ke bilik Rayyan. Setelah tiba, pintu dibuka perlahan lahan agar tidak mengganggu Rayyan tidur.

Melihat Rayyan tiada di katil membuatkan dia pelik. Berkerut dahinya. Lampu tandas pun tak bernyala. Dia melangkah masuk dan tiba tiba dia ditarik menuju ke katil. "Arghh!!" Jerit Ria terkejut.

Walaupun tidak nampak wajah lelaki itu tetapi dia kenal bau lelaki itu. "Kenapa kau selalu masuk bilik aku hah waktu malam? Kau tak takut ke kalau aku apa apa kan kau?" tanya Rayyan sinis. Ria masih terkejut. Langsung dia pergerakan daripada dia.

Rayyan mula berani merangkul tubuh kecil itu. Tangan kanannya mula mengelus lembut pipi gebu si isteri. Entah kenapa kehendak dia terhadap Ria semakin mengganas. Dia mahukan Ria tapi Ria kawannya dari universiti.

Wajahnya didekatkan di telinga Ria. "Be mine" bisik Rayyan. Habis menggeletar satu badan Ria. Meremang bulu roma huh. Ria mengangguk perlahan lahan. Tubuhnya dibaringkan.

Maka malam itu terlunaslah tanggungjawab mereka sebagai suami dan isteri seperti pasangan lain. Ria berharap agar hubungan mereka akan berkekalan hingga ke Jannah.

~~~~

Silauan cahaya matahari telah mengganggu lenanya. Tangannya bertindak meraba raba disebelah. Yang tinggal hanyalah bantal peluk. Dahinya berkerut. Ingatannya kembali menerjah perkara semalam. 'ya Allah apa aku dah buat semalam? aku dah sentuh dia' Rayyan meraup mukanya.

Dia segera bangun dan menuju ke bilik air. "Macam mana kalau mummy tahu? Macam mana kalau dia mengandung?" tanya Rayyan sendiri. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa boleh buat? Semua tu pun dah jadi. Hah biarlah.

~~~~

"Good morning mummy" ucap Rayyan yang baru melabuh punggung di kerusi. "Lambat bangun harini? buat apa semalam?" tanya datin Rina garang. Cuak habis muka Rayyan. "Err Ra.. Rayyan tak boleh tidur semalam" balas Rayyan. "Ha yelah, mummy naik dulu nak bersiap. Mummy nak keluar kejap lagi. Jangan buat benda mengarut pulak" pesan datin Rina dan berlalu pergi.

Pinggan di atas meja dicapai dan mengisi nasi goreng. Dengan lafaz bismillah, dia mula menyuap makanan. Dia memandang ke kiri dan kanan. Sunyi saja rumah agam itu. Kalau ada kanak kanak mesti riuh. 'eh apa kau mengarut ni Rayyan' dia menggeleng.

~~~~

Ria hanya termenung. 'kenapalah aku tak lawan semalam? Kenapa aku perlu ikut arahan dia? Why?!'. Macam mana dia nak hadap muka Rayyan? Malunya!!.

'tapi kenapa dia sentuh aku semalam? dia kan tak tahu yang aku isteri dia? takkan dia dah pulih? baru sebulan dia lupa ingatan takkan semudah tu dia boleh ingat? Arghhh!! Kusutlah macam ni!!'

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

,STAY TUNED👌🏻!













___________________________________________

heyyo geng!! maaf buat korang tertunggu ;'). tahu memang dah lama saya tak update sorry🤧 and thankyou jugak untuk 11.5k reads💖 semoga korang semua terhibur dengan cerita saya. Daaa!!.

Cinta Yang KembaliTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang