CT;53

255 8 2
                                    

"Hey termenung apa tu?" tanya Rayyan sambil menongkat dagu dibahu Ria. Ria memandang Rayyan disebelah sambil tersenyum. "mana ada termenung" nafi Ria. "ye ke? kalau tak termenung kenapa waktu abang panggil tak sahut?" ujar Rayyan sambil mendekatkan wajahnya ke wajah Ria.

Ria segera menahan dada Rayyan. "betullah, yang awak rapat rapat kenapa? nak kena lempang?" marah Ria. Rayyan tersengih. "garang eh. Makan apa tadi?" usik Rayyan. "makan bapak harimau" balas Ria geram. "ushh sayang lapar sangat ke sampai bapak harimau awak telan" ujar Rayyan pura pura terkejut. Ria hanya menjeling. Malas hendak dilayan.

Sudah dua minggu dia berada dirumah encik Zaki. Rayyan pun sudah mula bekerja seperti biasa. "awak dah makan?" tanya Ria setelah lama berdiam diri. Rayyan yang sedang bermain telefon menoleh sekejap. "dah" jawabnya sepatah lalu matanya terus melekap pada skrin telefon.

Ria menjenguk sedikit kepalanya. Apa yang dia tengok? aku cakap dia jawab macam tu je ishh. Alah tak nampak. Mana nak nampak kalau si Rayyan pakai screen protector privacy. "awak tengok apa? taknak layan saya ke? saya bosan ni" ujar Ria sedih.

Segera telefon ditutup dan diletakkan di atas meja tepi katil. Rayyan duduk menghadap Ria yang sedang menundukkan kepala. Alahai manja betul isteri aku ni. Nasib lah tengah pantang kalau tak haishh. "iya sayangku kenapa?" tanya Rayyan lembut. Ria menyandarkan kepala di dada Rayyan.

"Awak sayang saya tak? awak mesti kecewakan dengan saya sebab tak pandai jaga anak kita. Saya ni ibu yang tak guna kan? kenapa anak kita tinggalkan kita terlalu cepat. Saya baru nak rasa macam mana perasaan bila ada anak. Salah ke saya nak rasa semua tu? awak mesti benci saya kan? awak layan saya baik sebab awak taknak saya meroyan je kan" luah Ria. Air matanya tidak dapat ditahan juga turut mengalir.

Rayyan mengusap belakang Ria lembut, Cuba untuk menenangkan isterinya. "sayang, sayang nak tahu tak kenapa Allah tarik nyawa anak kita?" Ria segera mendongak memandang Rayyan. "Allah tarik nyawa anak kita dan masa tu jugak kita berjumpa. Cuba sayang bayangkan kalau anak kita masih ada, sayang ada ke dekat sini? sayang duduk ke dekat dada abang? sayang main ke jari abang? dan abang tak pernah kecewa pun dengan sayang. Mungkin Allah tarik nyawa anak kita untuk kita sedar yang kita banyak lalai. Abang abaikan saya waktu mengandung. Abang takde disisi sayang waktu sayang perlukan abang. Jadi hari ni, jam ni, minit ni, saat ni, det..." Ria menekup mulut Rayyan.

"Abang nak bagi ayat romantik ke nak ajar saya matematik ha?" tanya Ria geram. Dia main jam, minit, saat, detik pulak. Ingat aku ni tak tahu matematik ke?. "heheheh sayang ni abang baru nak ambil feel romantik sayang dah potong" rajuk Rayyan. "okay okay teruskan" ujar Ria. Rayyan menjulingkan atas ke atas.

"Abang buruklah buat macam tu. Janganlah merajuk abangku yang sado lagikan kacak bergaya" pujuk Ria. Ceh pujuk ke macam ni?. Rayyan menepuk pinggang Ria. "Mengadakan" ujar Rayyan sambil mencuit hidung isterinya. Ria ketawa senang.

~~~~

"Qai, pagi esok ikut daddy ngan mummy pegi Melaka" ujar dato Helmi. Qai yang sedang bermain telefon mengangkat kepala. Dahinya berkerut. "Melaka? buat apa?" tanya Qai. "auntie Lina buat majlis kesyukuran. Kak Qina kan baru bersalin bulan lepas" terang datin Rina. Qai mengangguk.

"okay kita pegi berapa hari?" tanya Qai pula. "kita pegi tiga hari. Mummy nak bercuti sekali" jawab dato Helmi.

"okay bye, Qai masuk dulu eh nak packing baju" pinta Qai dan menyalam tangan orang tuanya lalu memenjat tangga. Wuhuu!!! boleh jumpa baby!.

~~~~

Pagi itu mereka bertolak jam 8 pagi memandangkan majlis itu diadakan pada belah malam. Qai memakai iPod ditelinga. Ralit dia mentatal meneroka di instagram, matanya tertacap pada satu gambar. Lelaki ni macam aku kenal. Segera dia menekan nama Instagram milik gambar itu.

"What!!" jerit Qai tiba tiba. "eh Qai kenapa?" tanya datin Rina risau. Mana tak risau elok elok tengah berborak dengan dato Helmi tiba tiba terdengar anak daranya menjerit. "err a..ada lipas" jawab Qai gagap. Aku rasa aku jerit dalam hati aduh macam mana boleh terkeluar ni? aduhai.

Matanya kembali terarah pada skrin telefonnya. Makin galak jarinya mentatal akaun itu. Zayyan rupanya nama kau. Patutlah orang tu panggil dia Yan. Ehek comel betol!!. Followers dia perghh 50k oemji!! alah aku 49k kurang satu je.

Aduhai hensemnya dia dalam gambar!! ya Allah iman aku tak kuat. Kenapa dia terlalu hensem aduhai melting terokk. Jarinya menekan cerita pada gambar itu. What!! dia pilot?!!!. Mummy Qai nak pengsan boleh tak? aaaa hensemnya dia pakai baju pilot ni. Nak nangis!!!!!

~~~~

"Ha sampai pun orang Pahang ni" usik auntie Lina. Datin Rina tergelak kecil. Qai menyalami tangan auntie Lina. "dah besar anak kau ni. Dulu last tengok baru form 1" ujar auntie Lina sambil menggosok kepala Qai.

Qai tersengih. "mana kak Qina auntie?" tanya Qai. "ada dekat dalam. Pegilah tengok" jawab auntie Lina. Qai mengangguk dan terus berlalu. Kelihatan kak Qina sedang mendodoi anaknya. "Akak" tegur Qai. "Ya Allah budak ni datang jugak" kak Qina mendepakan tangannya. Qai segera memeluk tubuh itu.

"Rindunya kak Qina" ujar Qai. "iye akak pun rindu Qai. Ni Rayyan tak datang ke?" tanya kak Qina. "tak, kan isteri along baru lepas gugur" jawab Qai. Kak Qina hanya mengangguk. Umur kak Qina dan Rayyan jaraknya lebih kurang lima tahun. Jadi mereka sudah memganggap kak Qina seperti kakak sendiri.

"Hello baby" ujar Qai sambil mencuit pipi tembam itu. Alahai comelnye. Ni kalau anak aku dah lama aku peluk puas puas. "Qai bila nak khawin? nanti boleh dapat baby" tegur kak Qina. Qai menoleh "jodoh tak sampai lagi lah kak" jawab Qai. Khawin?? awal lagi. "ke Qai memilih ni" teka Qina. Qai tersengih.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

,STAY TUNED👌🏻!


























____________________________________________

HALLU GAIS.. HUHU SETELAH SEKIAN LAMA YE SAYA TAK UPDATE HEHE. SORRYLAH BUSY SIKIT. HUHUHU MINGGU NI EXAM MAYBE JUMAAT NI SAYA UPDATE LAGI. JUST STAY TUNED!!

ENJOY🦋VOTE♥️COMMENT💌

Cinta Yang KembaliTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang