CT;2

417 15 0
                                    

Keesokan harinya adalah hari Selasa dimana kelas Ria ada pendidikan jasmani dan digabungkan dengan kelas crushnya.Mata pelajaran pendidikan jasmani dan reka bentuk & teknologi memang akan gabungkan kelas.Ria sangat excited hendak ke sekolah kerana hendak menjumpa pujaan hati dinda auchh gituw!!

"Akak,yang akak melompat macam beruk kenapa?"soal Syakir.Dia baru nak masuk tanya kakaknya tentang kerja sekolah alih alih tengok kakaknya melompat macam beruk dapat pisang.

"Oii terkejut aku!!kau ni asal tak ketuk pintu.Aii ada yang makan kaki jap lagi kang!!"marah Ria.Marah manja manja gituww,eh manja ke?.Dia paling pantang kalau adik beradiknya masuk biliknya tanpa izin.Nak privasi lah katakan,ye dak?haha

"Heheh alah akak janganlah marah,adik masuk nak tanya pasal kerja sekolah ni"kata Syakir sambil tersengih.Gerun juga tengok muka kakaknya itu.Tadi lompat macam beruk sekarang garang kalah singa betina nak beranak.

"Ha kau nak apa?"kata Ria sambil berjalan ke meja belajarnya.

"Ni ha math ni boleh ajarkan tak?"kata Syakir.Walaupun dia tahu kakaknya itu paling tak suka math.

"Adoii, kau tahu kan akak tak suka math ish!!mehlah akak tengok dulu"dalam garang garang Ria dia takkan biarkan adiknya tergapai gapai seorang diri.Selagi dia boleh ajar,dia akan ajarkan.

"Hm yang ni akak tahulah juga sikit"kata Ria sambil membelek buku tersebut.Ria mengajar adiknya yang baru form one itu.

"Ha faham tak?"tanya Ria sambil mengerling adiknya yang terpinga pinga.

"Err hehe fahamlah sikit-sikit"kata Syakir serba salah.Salah dia juga sebab tak fokus semasa kakaknya mengajar.

"Sikit je?ha ikut kau lah,dah fahamlah kiranya dah keluar akak mengantuk ni"kata Ria sambil menguap besar.

"Aik nak tidur dah,taknak sambung lompat macam beruk dapat pisang ke?heheh"kata Syakir sambil memecut keluar apabila melihat kakaknya yang seperti hendak meletup itu.

"Banyaklah kau punya beruk,kurang asam jawa punya adik"omel Ria sambil menutup lampu dan membaringkan badannya di tilam.Selepas membaca doa,Ria terus memejamkan mata niatnya agar hari esok adalah lebih baik dari harini.

~~~~

Keesokan paginya,Ria bangun pada pukul lima setengah pagi dan dia terus bergegas ke tandas untuk mandi dan solat subuh.Selesai solat subuh,Ria bersiap untuk ke sekolah.

"Awalnya anak mama bangun"kata puan Zahra sambil tersenyum ke arah anak perempuannya itu.

"Heheh alah mama ni,nak perlilah tu"kata Ria sambil memuncungkan mulutnya.

"Heh akak panjangnya muncung tu,nak kena sangkut hanger ke?"perlian daripada Syakir membuatkan Ria rasa macam nak telan orang je pagi ni.

"Adik dah lah usik kakak tu,tengok dah makin kedepan dah tu muncung dia hahaha"kata Amirul sambil ketawa.

"Eyyy apa ni,spoil mood orang lah erghh!!"kata Ria dengan nada merajuk plus marah."Dah dah makan cepat nak pergi sekolah pulak nanti.Kalau lambat abah tinggal pergi sekolah jalan kaki"kata encik Zaki apabila melihat adik beradik itu sibuk menyakat si kakak.

Selesai makan Ria bersalaman dengan puan Zahra dan abangnya."Duduk rumah elok elok tau sayang.Jaga diri"kata encik Zaki sambil mencium dahi isterinya.

"Ye bang,lagipun Mirul ada dia tak kerja harini"balas puan Zahra pula sambil mencium tangan suaminya.

~~~~

Mata pelajaran pendidikan jasmani akan bermula lagi sepuluh minit membuatkan Ria tidak sabar.Setelah habis masa pendidikan Islam.Ria cepat mengemas buku yang berselerak di atas meja.Ria mengeluarkan buku pendidikan jasmani dari beg kesayangannya itu.

"Ha cepat cepat,nak usya crushlah tu"kata Sofea yang dari tadi perhatikan Ria.

"Heheh mana ada"kata Ria sambil tersengih sengih.

"Heyyow!jom turun nanti cikgu marah pulak"kata Syasya yang baru tiba di depan kelas Ria.Haa si Syasya ni sama kelas dengan si Rayyan tu sebab tulah diorang pj sama.

"Okay semua dah ada kan?bukak muka surat 100.Harini kita akan belajar pk ye sebab minggu lepaskan kita dah pj."kata Cikgu Sazi.Selepas Cikgu Sazi memberi penerangan tentang gender.Kami semua diminta untuk salin nota yang diberi.

"Okay class,ingat apa cikgu pesan lelaki dan perempuan haruslah menjaga batas dalam pergaulan.Boleh rehat"sekali lagi Cikgu Sazi memesan.

"Yeayy!!"ramai murid mula mengemas peralatan yang sudah digunakan dan berpusu pusu ingin ke kantin untuk membeli makanan tapi tidak Ria.Dia jarang ke kantin kerana dia tidak minat dengan keadaan orang ramai.Baginya sangat rimas.Melainkan dia betul betul lapar dia akan ke kantin juga.

Selesai membeli makanan,mereka duduk ditempat biasa.

"Weyy Ria crush kau lah!"kata Farzana.Sekelip mata Ria menoleh ke arah yang tunjuk.Rayyan sedang makan bersama rakan rakannya.

"Woi!!agak agalah tengok anak teruna orang"kata Sofea.Ria kembali menoleh ke arah sahabatnya dengan sengihan.

"Pantang nampak terus tak tengok kiri kanan eh kau"kata Farzana sambil menyedut minuman yang dia beli tadi.

"Heheh korang ni janganlah marah.Aku kan dah lama tak tengok dia sebab dia ada sukan dekat stadium seminggu.Bagilah aku chan nak lepaskan rindu"kata Ria dengan riak yang sedih.

"Eleh kalau aku pergi mssp sebulan kau tak rindu pun kan"kata Sofea.Dia adalah atlet bola jaring.

"Eh mana ada aku rindulah"kata Ria.

"Yeye je kau ni"kata Sofea lagi.

Bunyi loceng menunjukkan rehat sudah habis.Mereka bergerak ke kelas masing masing.Semasa hendak masuk ke kelas.Ada orang merempuh Ria sehingga dia tidak dapat mengimbangkan badan dan menyebabkan dia terjatuh di atas kaki seseorang.

"Aduh sakitnya badan aku"kata Ria

"Aduh sakitnya kaki aku"serentak itu Ria terus melihat gerangan yang bersuara.

"Awak?"bertapa terkejutnya Ria kerana dia sudah terjatuh atas kaki Rayyan.Cepat cepat Ria bangun kerana ramai yang melihat adegan tersebut.Sahabat sahabatnya yang menonton iklan pendek tersebut memandangnya sambil tersengih sengih.Eeyy bukan nak tolong aku,aku dah lah tengah malu ni Ya Allah!! Mama,abah tolong Ria,Ria malu huwa!!.Ria berasa terlalu malu dan terus masuk ke kelas tanpa meminta maaf.

"Wehh Rayyan kau okay tak?"Melihat Rayyan yang sukar berdiri Zarul terus menolong rakannya itu.

"Aduh slow slow, sakitlah bangsat"kata Rayyan kasar kerana Zarul mengangkatnya terlalu laju.

"Eleh orang nak tolong bukan nak terima kasih"kata Zarul dengan nada perli.

Rayyan hanya mendiamkan diri sambil mengurut kakinya yang sakit.Eyy perempuan tu buta ke tak nampak aku dekat sebelah dia haishh habis kaki aku.Takpa nanti kau perempuan,dah lah tak minta maaf.Dasar tak sedar diri.Kalau cantik takpa lah jugak erghh!!bodoh!!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

,STAY TUNED OKEYH👌🏻!

Cinta Yang KembaliTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang