CT;3

286 12 0
                                    

"okay kelas, itu sahaja untuk harini. Ingat apa yang cikgu pesan korang ada lagi tiga minggu untuk prepare apa yang patut sebelum exam pertengahan tahun ni. Cikgu taknak murid kelas cikgu ada yang gagal okay" ujar cikgu Azna dengan tegas.

"okay cikgu!!"

"okay hm Ria,Farzana sini kejap" mereka berdua bangun menuju ke arah cikgu Azna.

"boleh tolong cikgu tak?"

"Mestilah boleh cikgu" balas Ria tersenyum.

"haa tolong hantar barang cikgu ke pejabat ye" sejurus itu Ria dan Farzana terus mengambil barang yang dihulurkan kepada mereka.

Semasa Ria dan Farzana sedang menuju ke bilik guru, Farzana sengaja mahu lalu di hadapan kelas Syasya atau lebih tepat kelas Rayyan. Ria perasaan yang Rayyan menjelingnya.

"eh Ria kau tak perasaan ke yang Rayyan pandang kau?" soal Farzana dengan memandangnya sekilas.

"Haa? errr tak perasaan lah pulak" balas Ria dalam menahan getaran suaranya.

"Eh kau okay tak ni?lain macam je suara"

"Ishh apa kau ni! aku okaylah" Ria terus berjalan laju meninggalkan Farzana.

"Eh perempuan tunggu akulah! ish dia ni" omel Farzana sambil berlari mengejar Ria yang sudah jauh meninggalnya.

~~~~

"Weyyy petang ni kita lepak nak? aku bosanlah duduk dekat rumah" cadang Farhana sambil menguap kerepek yang dibeli di koperasi.

"Haa okay gak, aku pun bosan. Nak study feel tu tak sampai" balas Ria.

"Okay set, kul 5 eh kita keluar" celah Farzana. Sejurus itu mereka semua balik mengikut haluan masing masing dengan selamat.

Petang itu, mereka keluar dengan motor masing masing. Ria dengan motor kesayangan iaitu avantiznya. Mereka mengambil keputusan untuk lepak di bakso.

"Bihun separuh dua, mee penuh dua. Satu lagi air teh ais lima" pesan Sofea kepada pelayan yang mengambil pesanan.

Setelah Sofea selamat duduk di kerusinya, Farzana mula membuka cerita apa lagi kalau bukan gosip haishhlah.

"Weyy kau nak tahu tak waktu Ria jatuh kan aku perhati ada budak perempuan ni dia pandang Ria macam nak telan tho" cerita Farzana.

"Jatuh?yang mana eh?aku lupa"

"Bodohlah kau ni, Ria baru jatuh depan kita sekali tau. Takkan kau lupa kot" marah Farzana dengan nada geram.

"Ouh haa, yang dia jatuh depan Rayyan tu eh? sorrylah aku terlupa semalam minum air ada semut kot"

"Ria oo Ria, hoii Ria kau kenapa? ada masalah?" tanya Farhana sambil menepuk tangan di hadapan muka Ria.

Ria hanya memandang sahabat sahabatnya dengan riak yang biasa. Dia juga perasaan tentang perempuan itu tetapi dia malas ambil kesah kerana baginya perempuan itu tidak penting.

"Aku..aku okaylah. Hmm aku ada juga perasan budak tu sebab setiap kali kita lalu depan kelas Syasya mesti dia pandang tak puas hati tapi biarlah budak tu aku malas amik spot" balas Ria tenang.

"Budak? budak mana? kenapa aku tak tahu?" tanya Syasya yang baru sedar namanya dipetik.

Haishh tulah layan korea sampai aku cerita pun dia tak dengar perempuan ni.Dia memandang tajam ke arah Syasya.

Mereka semua bertepuk dahi kerana baru mendengar kata Syasya tadi. "woii kau layan apa yang syiok sangat tu?aku cerita dah macam kutbah kau boleh tanya kenapa?" tanya Farzana  geram sambil menampar bahu Syasya dengan kuat.

"Adoii sakitlah bodoh!! ish" adu Syasya sambil menjeling Farzana.

"Syasya kau mesti kenal kan budak yang satu kelas ngan kau tu" celah Sofea.

"Siapa?"

"Perempuan yang duduk kat depan meja kau dalam kelas" balas Ria.

"Ouh haa, perempuan tu. Nama dia Aisya Alisya. Kenapa? ouh wait! dia ke yang korang cakapkan tu?" Ria hanya mengeluh.

"Budak tu....."

Pesanan yang dipesan tadi tiba dimeja membuatkan Farzana tidak jadi ingin berkata kata.

"Terima kasih" ucap mereka serentak.
Pelayan tersebut menunduk sedikit tanda sama sama dan terus berlalu.

setengah jam mereka lepak disana jadi mereka mengambil keputusan untuk bersiar siar keliling taman perumahannya.

Jam sudah menunjukkan pukul enam setengah petang. "weyy aku balik dulu,dah nak maghrib ni. Byee!!" ujar Ria terus menghidupkan motor avantiznya.

"Ha okay aku pun nak balik jugak takut ayah aku marah" balas Farzana sambil berlalu ke motornya

"Okay jomlah gerak sama" ajak Sofea.

~~~~

Selepas mandi dan solat, Ria turun untuk makan malam. Semasa makan malam Ria tidak banyak bercakap membuatkan ayahnya pelik.

"Eh kakak kenapa ni diam je? selalu suara Ria paling bising" ujar encik Zaki membuatkan semua orang memandangnya.

"Ha? eh kakak okaylah abah. Jangan risau" balas Ria untuk menyedapkan hati orang tuanya.

"Err kakak dah habis. Mama, abah kakak masuk bilik dulu nak buat homework" ujar Ria sejurus itu berlalu meninggalkan meja tersebut.

"Adik, kat sekolah adik tak perasan ke akak ada buat apa apa?" tanya encik Zaki pada anak bongsunya.

"Ha? err takde pun abah, adik tengok kakak okay je" balas Syakir dengan berdebar.Dia juga ada dengar tentang kakaknya terjatuh atas seorang lelaki. Dia memang ingin bertanya tetapi memandangkan kakaknya seperti tiada mood dia tidak berani pula.

"Hmm betul eh? jangan tipu pulak" celah Mirul seakan dapat merasa yang adik adiknya menyembunyi sesuatu darinya. Kalau tidak mereka mana pernah berahsia. Semua cerita mereka akan berkongsi.

"Betullah buat apa adik nak tipu" balas Syakir untuk meyakinkan orang tuanya dan abangnya.

"Dahlah makan, nanti biar mama sendiri tanya kakak ye" celah puan Zahra pula sambil tersenyum ke arah mereka.

~~~~

'aduh kenapa eh aku rasa macam tak senang duduk lately ni?' omel Ria seorang diri.

Dia selalu memikirkan tentang Rayyan dan seorang gadis yang baginya mencurigakan. Ria mengeluh kerana dia sangat serabut memikirkan hal tersebut.

"Ahhh!! biarlah diorang bukan buat apa apa pun dekat aku, baik aku tidur" kata Ria.Sedang dia berjalan ke arah katil,dia tersepak kaki katil

"adoiiii kaki aku. Sakitlah katil. Kau ni tuan kau pun kau nak ajak gaduh ke ah?" ujar Ria geram.

Dengan katil pun jadi nk bergaduh Ria oii. Dia terus membaringkan tubuh ke katil. Kaki yang masih terasa berdenyut dihiraukan. Dengan bacaan doa dan lafaz bismillah, Ria tidur dengan lenanya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

,STAY TUNED OKAY👌🏻!

Cinta Yang KembaliTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang