■💎■
—Haesol's Pov
" HAESOL ! YAH HAESOL ! SINI SEKEJAP ! " Laung Haemin yang berada dekat ruang tamu . Aku yang tengah memberus lantai tandas terus aktiviti tu terhenti apabila dia memanggil nama cantik berseri aku ni .
Aku berdecit perlahan , bila dia ni asyik panggil-panggil nama aku tak henti-henti . Dia tak tahu ke yang aku ni sibuk , lepastu penat nak bersihkan satu tandas ni . Letih siot buat kerja ni , lepastu si Haemin ni pula mengarah-arahkan aku macam-macam , padahal kerja aku pun belum selesai lagi .
" ya ya kau nak apa lagi ? " balas aku dengan muka yang malasnya .
" boleh kau keluar tolong belikan barang dapur tak ? Sebab stok dah habis nanti tak dapat aku nak masak untuk eomma dengan appa nanti bila diorang dah sampai .. Bolehkan haesol ? " Minta Haemin sambil membuat muka minta bersimpati daripada aku ni . Astagaa .. Aku ni dah lah letih bersihkan tandas tu lepastu dia suruh aku beli barang dapur pula . Kau kena tahu , rumah aku dengan kedai jauh dia memang tak boleh dibayangkan .. Kena jalan kaki tau disebabkan dekat sini tak ada pengangkutan seperti bas dan tempat perhentian bas pun tak ada .
Bongoklah dia ni , aku nak je sumbat berus dalam mulut dia tu .. Kalau dah tahu stok barang dah habis apasal dia tak nak beli petang semalam , iyelah semalam kan dia keluar melepak dengan kawan-kawan dia , dah alang-alang keluar tu pergilah beli barang dapur .. Hesy , ni nak buat aku maki hamun dia tak henti-henti .
Buat pengetahuan kau , aku ni dahlah pemalas orangnya lepastu nak keluar pergi kedai yang jarak jauh nak mampus tu .. Lagilah aku ni malas nak jalan kaki .. Kalau ada tempat pengangkutan boleh lah lagi ni kena jalan kaki . Dia ni memang nak suruh aku lari marathon ke apa .. Waduh lahanatnya dia ni ..
" kau kan dah mandi , alang-alang tu pergilah kedai beli barang .. Aku ni belum mandi lag—" belum sempat dia nak cakap ayat terakhir , aku dah menapak keluar daripada rumah dengan hati yang memendam perasaan maki hamun tu , geram siak . Kalau kau adik aku lah memang dah sepak terajang nasib pangkat dia tinggi daripada aku .
Aku berjalan kaki keluar daripada kawasan perumahan ni dengan langkah yang berat macam ada batu dekat atas kaki aku ni .. Pemalas aku tu tahap dewa maksimum tau .. Apa yang aku merepek ni . Suka sangat hancur jalan cerita author ..
Beberapa jam kemudian , aku akhirnya tiba dekat kedai serbaneka yang berada tepi jalan raya .. Kau tahulah kan tak payah buat-buat bodoh . Ha korang pula kena maki hamun dengan aku .. Ah mianhae .. Saya terlepas cakap ni pun sebab masih ada sisa geram tu di sudut hati ..