■💎■
Keesokkan harinya ..
" okay kalian semua , saem nak kamu semua siapkan kerja khursus ni dalam kumpulan yang telah saem agihkan tadi .. So , untuk tarikh penghantaran kerja khursus ni , seawal-awalnya sebelum ujian semester nanti .. Araesso ? Saem harap kamu semua dapat selesaikan dengan baik .. Sebab kerja ni akan dimasukan ke dalam markah ujian nanti , okay .. " jelas saem nakhyun dengan panjang lebarnya , budak kelas itu hanya mengangguk faham .
" nae saem "
" hesy , aku nak kumpulan dengan goori , dia tu je yang pandai dekat kelas ni .. " rengek jisoo sambil bermain-main dengan pen miliknya . Jisoo berada dikumpulan kedua , iaitu aera , doyoung , haesol dan yedam .
" tch , macamlah kita ni bodoh benar " berdecit yedam sambil menggeleng kepalanya , apalah si jisoo ni . Memang asyik kerjanya nak bersama kumpulan dengan budak goori tu je .
" sudah-sudah , cepat kita agihkan kerja untuk masing-masing buat , dan jangan pula ada yang curi tulang je .. Kita lakukan bersama , okay " doyoung mula membuka kotak suaranya , dia memandang rakannya itu silih berganti . Masing-masing tayang muka seposen ..
" okay-okay , kalau macam tu aku lantik kau sebagai ketua kumpulan ni , ha anda se—"
" SETUJU ! " balas doyoung dengan penuh keyakinan , akibat dia menjerit setuju tadi terus membuatkan rakan sekelasnya menoleh ke arah doyoung . Haesol menutup mulutnya sebab tak lepas nak lengkapkan ayat dek doyoung yang menyampuk tu .
" korang bertiga ? " haesol pandang tiga lagi kawan sekumpulannya itu , masing-masing hanya mengangguk kepala .
" okay , disebabkan aku ketua kumpulan ni , biar aku yang agihkan tugasan buat korang semua .. "
" hurmm , idea bagus leader nasib ada kau " jisoo tersenyum puas , tak adalah nanti jadi kucar-kacir seperti waktu-waktu sebelum ni , dan dia juga bersyukur sebab sama kumpulan dengan Doyoung yang nampak macam genius je .
" hurm—korang , apa kata kita selesaikan tugasan ni dekat rumah aera , nak ? Kita buat sama-sama " cadang haesol , aera yang mendengar namanya dipetik itu terus terbuntang anak mata .
" yah , buat apa nak siapkan tugasan ni dekat rumah aku pula ? Buatlah dekat t-tempat lain ke ? ... Asal rumah aku pula .. Tak boleh ... Tak boleh " bantah aera sambil menggeleng kepalanya . Tanda dia tidak setuju dengan cadangan haesol , mengapa rumahnya ? Waduh ..