13 :: seventeen

99 21 9
                                    

■💎■

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

■💎■

—Doyoung's Pov

" jauh betul dia berjalan  " mengomel aku yang berada dalam keadaan yang tercungap-cungap  . Puas aku mencari bayangan haesol rupanya gadis itu tengah duduk dibawah pokok sambil merenung air tasik dihadapan  . Hurmm  , kesian dia  .

Perlahan-lahan aku mahu menghayunkan langkah untuk menghampiri ke arah bayangan haesol yang duduk dibangku situ tanpa menyedari akan kehadiran aku  .

" hishhh  .. " tak jadi aku nak tegur haesol apabila aku dapat dengar suara halus keluhan gadis itu  , niat aku automatik  terbantut  . Aku berhenti di belakang haesol  , aku hanya merenung bayangan haesol yang duduk dihadapan itu  .

" apa salah aku  .. Aku hanya suka dia je tapi kenapa dia fitnah aku macam-macam  ... Lelaki tak guna tu  .. " kali ini aku dengar suara dia membebel  . Dan pada waktu tu  , aku perasaan yang dia tengah  ...

Tengah menangis sebab daripada pandangan bahunya sahaja aku dah dapat tahu yang dia ni tengah menangis  .
Disebabkan aku rasa amat kesian terhadap dia  , aku terus melabuhkan punggung disebelahnya  . Dia yang menangis itu terus terhenti bila dia perasan akan kehadiran aku  . Air matanya cuba dia mengesar dengan hujung jarinya  .

Dia menunduk kepala ke bawah dan langsung sedikit pun tak nak memandang aku yang muncul dihadapannya ini  .

" kau janganlah nangis ... " aku cuba untuk menepuk bahunya , dia masih dalam keadaan tersedu-sedan  . Ini merupakan pertama kali  , aku nampak haesol menangis  . Iyelah  , selama ni dia hanya ceria je  . Kalau menangis memang tak pernah  .

" kau lah ni  ... Naluri kau tu jahat betul  ... " katanya sambil memuncungkan bibir tanda merajuk  . Haih  , aku dah kata naluri aku ni memang tak pernah nak salah  . Ini memang merupakan nasib malangnya  .

" itulah  , tak percaya sangat  .. Aku dah cakap dengan kau ... Tak payah beria kasi harapan dekat budak lelaki tu  .. Tengok dia dah buat kau jadi macam ni  .. Dia memang lelaki tak guna  ... Kau memang patut marah dia tadi  ... Tapi tak adalah sampai kau nak ungkitkan bab spendar tu  .. Karang marah bapak dia tu  .. "
Panjang lebar aku membebel dan dia hanya buat muka toya je  . Haih  , buat penat aku je cakap dengan orang macam ni  .

" betul kata kau tu dia memang lelaki jahat  .. Nasib baik tadi aku tak starlight kepala dia  .. "
Kata haesol lalu dia menongkat dagu memandang wajah kacak aku ni  . Apabila anak mata kami berdua bertembung terus aku dapat rasakan sesuatu yang luar biasa timbul  . Perasaan ni seumur hidup tak pernah muncul  . Waktu aku berkahwin pun tak pernah muncul apatah lagi jadi muda ni  .

【C】Seventeen :: 17 Year Old |I 김도영Where stories live. Discover now