■💎■
—Haesol's Pov
Selepas selesai je teman doyoung tukar pakaiannya , kitorang pun membawa diri menuju ke arah pekan makanan yang tidak seberapa jauh daripada kawasan sekolah . Sebuah gerai yang menjual pelbagai jenis snek yang nampak menyedapkan dan menyelerakan menjadi tempat kami berdua mengisikan perut yang kosong ni . Iyelah , kitorang masih belum makan lagi tu perut asyik berbunyi minta diisi je . Dan lagi sekali , doyoung dengan hati yang pemurahnya belanja aku makan disebabkan aku lupa bawa duit , ni jisoo punya pasal lah . Dia pegang dompet aku sebab lupa bawa duit harini . Tu duit aku kena kebas dengan jisoo . Ah , tak mengapa janji ada orang yang pemurah nak belanja kita makan harini .
Kami berdua duduk dimeja bentuk segi empat tepat yang terletak digerai tersebut , meja yang mempunyai dua tempat duduk menjadi tempat untuk kaki duduk melabuhkan punggung .
" imeo kami nak tteobeokki cheese satu dan yang pedas satu .. " pesan doyoung kepada pemilik gerai tersebut , ahjumma itu mengiyakan saja.
Sementara menunggu makanan yang kami pesan tu tiba , kami berdua meluangkan masa dengan berbual kosong . By the way , aku tak sangka yang doyoung ni begitu selesa bila aku bersamanya . Aku pun tak tahu lah kenapa .." yah , doyoung aku nak tanya sikit soalan dekat kau ni " alang-alang aku dah bersama dengan dia secara berdua-duaan , lebih baik aku tanya soalan yang sudah lama dipendam dalam hati aku ni . Soalan ni memang asyik terngiang-ngiang di dalam kepala otak aku .
" apa ? Tanyalah " katanya yang ingin tahu .
" apa hubungan kau dengan aera eh ? Sebab aku nampak kau dengan aera macam ada something special je dibelakang kami .. Well , sejak kali pertama kau masuk sekolah tu lagi . Kau macam dah kenal aera lebih .. Aku bukan nak sibuk pasal urusan kau but aku tertanya-tanya juga .. Kau suka aera eh ? " pftt—aku tahu soalan ni betul-betul mengarut tapi memang benda merepek ni yang selalu terngiang-ngiang saja . Bila aku tanya soalan macam tu , doyoung terhambur tertawa .
" hahahaHAHAHA ! apa yang kau merepek ni " doyoung mengelap air matanya yang tiba-tiba terkeluar . Syok benar sebab ketawakan aku ni .
" asal kau ketawa pula ? Aku bukan buat lawak pun sekarang " aku tayang muka yang langsung tak faham dengan dia ni . Iyelah , tetiba je gelakkan aku ni .
" mana adalah , aku dengan aera just kawan je .. aku hanya menganggap aera sebagai kawan biasa je .. Kau jangan salah faham pula .. " jelas doyoung .
" ah ... Begitu "
" dan mana ada aku suka aera .. Kenapa kau tanya soalan macam tu eh .. " kali ni dia pula mengajukan soalan tu dekat aku ni . Terus aku menelan pahit air liur ni , bibir diketap perlahan sambil anak mata cuba untuk mengelak daripada menjawab soalan dia tu pula .