finale :: seventeen

157 26 23
                                        

■💎■

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

■💎■

" ha  , barulah nampak cantik kawan aku lagi satu ni  ... " puji jisoo sambil tangannya melingkari lengan haesol dengan eratnya  . Mana tak kembangnya buntut si haesol bila dirinya dipuji oleh jisoo  . Biasalah  , nak jumpa treasure punya pasal dia terpaksalah pakai-pakaian yang cantik malam ni  , kalau tidak memang gaya biasa-biasa je . 

Haesol memandang suasana di sekelilingnya yang nampak meriah dengan kadatangan orang ramai  , kebanyakkannya pelajar-pelajar daripada sekolahnya dan adalah segelintir orang luar datang melawat ke padang sekolahnya ini . Ya  , pesta ni telah dilancarkan dekat padang sekolahnya  .

Ramai betul orang dekat sini sampaikan dia tak tahu nak pergi mana dulu  . Banyaklah juga gerai-gerai yang buka dekat sini dan ada juga kedai permainan  . Huh—boleh dikatakan banyak tempat dekat sini  . Bibir milik haesol tidak lekang daripada mengukir senyuman  . Tak percaya betul pesta kali ni sangat meriah daripada pesta sebelumnya  . Memang rugi kalau dia tolak tawaran jisoo tadi . 

" wei  , lawa betul lampu warna warni yang berbelit dekat pokok sakura tu  .. Apa kata jom kita selfie buat kenangan  " ajak jisoo sambil dia menarik haesol menghampiri ke arah cahaya lampu berwarna-warni  . Cantik sungguh kawasan ni kalau waktu malam  , haesol memang suka tempat-tempat yang meriah macam ni  .

" okay  .. One two three  .. KIMCHI  ! " pelbagai posing yang mereka gayakan .  Handphone jisoo ni kamera dia lawa tu kalau selfie takkan henti-henti  .

" lawa siot muka kau jisoo  , cemburu aku tengok  ..  " kata haesol sambil dia sibuk membelek-belek hasil tangkapan mereka  . Jisoo dah mula kembangkan diri  .

" hey  , korang berdua dekat sini rupanya .. " lantas kedua-dua haesol dan jisoo menoleh ke arah gerangan yang menegur mereka itu . Yedam , aera dan yeji  . Tak lupa juga dengan si junghwan tu , haih dia tu datang ke sini asyik cari makanan je . Habis penuh kedua belah tangannya dengan plastik makanan  . Junghwan  , junghwan  .. Gemar betul dia makan  .

" amboi yeji  , kau pula yang lawa hari ni apahal  .. " jisoo menyiku lengan yeji  , budak tu menjeling si jisoo  . Orang nak berlawa pun takkan tak boleh juga kan  .

" harini kan hari paling special bagi aku  .. Kali ni  , aku boleh lupakan pesta ni  " kata yeji dengan senyuman lebar  .

" sudahlah tu  , apa kata kita pergi duduk dekat dalam dewan tu  , nanti ada persembahankan  .. So  , jomlah cari tempat duduk  " ajak aera  , dah letih dia berjalan dari tadi  . Ini semua sebab si junghwan tu  , asyik nak singgah gerai je  .

" ha gaja  ..  " lalu mereka pun berjalan masuk ke dalam dewan  , dekat dalam dewan tu sudah penuh dengan orang ramai duduk di sana  . Masing-masing nak cari tempat duduk awal  .

【C】Seventeen :: 17 Year Old |I 김도영Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang