"Khai tu OK ke, Zul?" tanya Amir tiba2. Mereka kini di dalam kereta Zul, sedang parkir dalam kawasan universiti, agak jauh dari pandangan orang tapi masih boleh nampak jelas lampu2 dari blok kediaman.
"Hmm entahla Mir, susah nak cakap," jawab Zul.
"Ni pasal si Joe tu ke?"
Zul jeda sementara sebelum dia mengangguk.
"Bukan dia dah janji takkan kacau korang lagi?" Amir hairan.
"Ingat lagi apa yang kau nampak masa kau menyorok dalam almari dulu?"
"Yang....kau,Man dan Zack bogel depan Bang Joe tu ke?" teka Amir awkward. Jujur kata kalau dia berbual dengan lelaki lain, memang perkataan "kau" dan "bogel" tak akan disusun dalam satu ayat.
Zul mengangguk.
"Kau pernah tengok Maahad dia kan? Pengetua diorang walaupun ada bisnes kecik2 macam jual madu dan kismis, tapi kewangan masih tak cukup untuk handle Maahad tu.
Segala duit belanja tu semuanya atas ehsan diorang sebagai parents angkat. Tapi Khai tak boleh mintak lebih sebab budak2 kat situ pun nak kena jaga kebajikan jugak. Jadi orang2 yang seusia Khai, biasanya akan bergerak sendiri dan terus bekerja. Tak ramai yang ada belajar tinggi macam Khai. Dan Khai sendiri limitkan perbelanjaan dia kat benda2 perlu je.
Kalaulah aku, Man dan Zack halang dia awal2 dulu, dia dapat hidup sepertimana student2 lain. Tapi aku terlalu takut, Zack terlalu optimis dan Man, tak silap aku dia still taktau apa2 waktu tu."
Amir terdiam.
" Memang aku, Zack dan Man ada terfikir nak bantu, tapi kitorang sendiri pun tak mampu nak bantu diri sendiri selesaikan semua ni kadang2. Kadang2 aku rasa aku ni selfish, "luah Zul.
Amir memegang bahu Zul.
" Zul, jangan salahkan diri kau, dan diri korang sangat. Khai ada cerita kat aku, yang dia nampak Bang Joe lenjan korang kat dapur, dan dia siap pukul dengan penyapu.
Its true, mungkin dia takut semua ni, tapi dia tak pernah nak tinggalkan korang hadap sendirian. Aku rasa dia tak pernah pun salahkan korang. Yang bersalah dalam hal ni adalah Bang Joe," kata Amir.
Zul menongkat dagunya di tepi cermin, memandang bintang di langit.
"Kadang2 aku rasa gerun dengan takdir sebegini. Macam kau meniaga kat lorong samseng, terpaksa bayar duit perlindungan supaya kedai kau selamat."
"Zul," Amir memegang tangan kiri Zul.
"Ingat apa kita kata kat Bukit Ampang?"
Zul tersenyum.
"Harap2 hari itu akan datang suatu hari nanti,"kata Zul.
Dia memegang tangan Amir dan bercumbu dengannya.
Dari jauh, dua lelaki dari tempat berlainan ternampak aksi mereka.
Seorang daripadanya hanya melihat dengan pandangan biasa, cuma dengan wajah bersalah.
Seorang lagi, agak terkejut beruk.
---------------------------------------------------------
Dorm Amir..."Hey Ilham, tak tidur lagi?" tegur Amir.
"Ayyyy Mirr. Tak tidur lagi. Duk sibuk buat assignment Madam Afiyaa ni," balas Ilham yang leka di depan lappy.
"Kau pergi mana tadi?" tanya Ilham.
"Tak pergi mana pun, lepak rumah senior," jawab Amir bersahaja.
"Aik,baru awal sem dah kenal senior?" Ilham pelik.
YOU ARE READING
Punca:Tolong Aku Keluar (Amir #2) [BxB]
Teen FictionHey guys.... So how, korang enjoy novel Amir? Novel Punca basically adalah sequel kepada novel Amir. (Warning:Novel ni mengandungi beberapa adegan 🔞 samada melibatkan hubungan hetero mahupun homo. Proceed kalau korang tak kisah dengan genre ni) -A...