Kompilasi = (compilation) gabungan sesuatu maklumat secara tersusun
Komplikasi = (complication) kekusutan/kerumitan
------------------°°°°°°°°°°°°°----------------------
"Hah kenapa hang ni, Khai? Kalut semacam ja mai ni. Ni mesti lapaq sangat ni tiba2 mai jumpa makcik. Nasi lemak sarapan tadi ada ja makcik masak lebih, yela kot tak cukup. Budak2 ni kalau nasi lemak depa suka makan banyak," bebel Makcik Limah.
Makcik itu menguruskan dewan makan itu dengan 2 orang lagi makcik. Dia telah menguruskan dewan makan itu lama sebelum Ummi dan Walid mengambilalih urusan pentadbiran.
" Eh, takdaklah makcik. Ni nak tanya sat, betui ka kat sini dulu ada student nama Adam dan Johari?" tanya Khai.
"Adam? Johari? Tak ingatla makcik. Dah beribu budak sini, makcik pun pening nak ingat aih."
"Hat lari dari Maahad," Khai terus memberi klu besar.
"Lari maahad? Sat, makcik nak ingat...... Budak lari maahad, lari maahad....... Haaaa ada, ada, Adam, Johari, tak silap makcik 10 tahun dulu. Tapi nak kata lari sangat tu takdaklah,"ujar Makcik Limah.
" Awat, makcik?"Khai tak faham.
" Lagu ni,hang perasan tak nama2 kat Maahad ni, ada berapa nama?" Makcik Limah cuba menguji Khai.
" Ada 3 nama kan? Sekolah Wustho, Maahad Mahmoodiya dan Baitul Aishah?"teka Khai.
"Sebenaqnya ada 2 ja. Wustho tu maksud dia 'menengah'. Sekolah Wustho tu asalnya milik Maahad ni jugak. Tapi sebab ada krisis dulu, sekolah tu dilepaskan kat kerajaan, jadi SMK Wustho. Nama Wustho tu dikekalkan sebab dasar hormat kat sekolah lama," terang Makcik Limah.
" Habis, Mahmoodiya dan Aishah tu? "
" Haaa, hat tu makcik nak cerita ni.. "
Khai membuka telinganya, berminat menyingkap semula apa sebenarnya yang terjadi berbelas tahun lalu.
---------------------------------------------------------
7e, somewhere in Shah Alam.
Ariz menjenguk2 ke luar 7e.
"Apa yang kau terjenguk2 tu, Ariz?" tegur pengurusnya.
"Err, takde apa," Ariz kembali ke kaunter.
Dalam fikirannya, dia berasa hairan kenapa mat rempit minion Abang Joe yang suka pow barang2 dalam 7e ni dan ugut suruh bayar sewa on time dah lama tak datang.
"Bosan kan? Siang2 camni memang tak ramai customer. Selalu waktu2 camni, samada susun stok, atau rehat2 tengok Youtube," kata rakan sekerja Ariz.
"Nak tengok Youtube pun dah tak best. Kalau dulu ada jugak channel Golddigger-cide,yang prank gold digger tu. Orang kata owner channel tu kena ugut. Aduuuu.... Kaum kita ni tak rilek la," kata Ariz.
"Bukan pasal tak rilekla, Ariz. Aku dengar sebab diorang tu ada menyebabkan perempuan yang kena prank tu kena dera. Kakak aku la cakap camtu," kata seorang lagi pekerja.
Ariz hanya mengangkat bahu. Dia membuka satu app dan bermain watak 'impostor'.
---------------------------------------------------------
Seputeh, Kuala Lumpur,malam..
.Mr. Tan sedang bersiap2 untuk keluar. Kemeja putih beserta kot dipakai sambil ditatap cermin.
Dua pembantu peribadinya, Chen dan Shen menunggu di depan pintu.
"Ah Pa! Why so late... The dinner will start at 9!" laung Yvonne Tan berpakaian dress hitam memeluk tubuhnya.
YOU ARE READING
Punca:Tolong Aku Keluar (Amir #2) [BxB]
Teen FictionHey guys.... So how, korang enjoy novel Amir? Novel Punca basically adalah sequel kepada novel Amir. (Warning:Novel ni mengandungi beberapa adegan 🔞 samada melibatkan hubungan hetero mahupun homo. Proceed kalau korang tak kisah dengan genre ni) -A...