Bab 14: Malam 3

520 21 10
                                    


Gudang, somewhere in KL...

Bukk!

Satu tumbukan diberi ke muka.

Tersembur darah dari mulut Bang Joe. Dia cuba merenung muka orang2 yang menumbuknya tapi tiada yang dikenalinya. Bang Joe cuba melawan, tapi tangan dan kakinya diikat. Mulutnya juga diikat, jadi jeritannya dan makiannya tidak jelas.

Kenapa mamat2 ni bersungguh2 memukulnya, sedangkan seingatnya dia tak pernah berurusan dengan mereka. Kepalanya ligat memikirkan punca dia dibelasah seperti sekarang.

Kalau kes rompakan, dah tentu dompet di poket kirinya sudah dikeluarkan. Mungkin juga dia sudah dicampak ke tepi jalan.

Kalau atas dasar nak bergocoh, tentunya mereka ini akan mengajaknya one by one atau kalau dengan gaya pengecut sekalipun, memukulnya di kedai makan tadi saja. Untuk apa nak dibawa sejauh ini hanya untuk dipukul semata2? Bukan ke banyak kerja macam tu? Malah dalam kekecohan tadi, sebarang kecederaan adalah expected dan motif juga tak jelas untuk disiasat di balai polis.

Culik? Mungkin juga. Mr. Tan walaupun perniagaan dah jatuh merudum, tak mustahil masih ada pesaing yang tak berpuas hati, samada dengan bisnes halal atau bisnes haramnya. Masalahnya, kalau betul nak menculiknya, kenapa mamat2 ni tak menutup matanya sekali?

Seorang lelaki bertopeng hadir ke dalam dewan. Dia membawa kayu rounders yang sengaja diheret di lantai. Bang Joe hanya memerhati langkahnya. Dia menutup mata menerima takdirnya.

Seperti dijangka, dia menghayunkan kayu itu ke seluruh badan Bang Joe.

"Hmphhhhhhh Hmphhhhhhh hmphhhhh!!" Bang Joe merintih minta simpati. Namun lelaki itu hanya memandang dengan cara yang dingin. Tapi dari gaya matanya, Bang Joe tau dia sedang tersengih puas.

Seorang lagi lelaki bertopeng masuk ke dalam gudang. Dia menghampiri lelaki bertopeng pertama. Lelaki pertama itu menghulurkan kayu rounders kepadanya , namun lelaki itu menolak. Dia cuba menggeliat sambil mengetap kuat buku lima. Sambil2 itu dia lari setempat sambil menumbuk angin,bagaikan atlet tinju sedang berlatih.

"Hey, korang!" lelaki kedua bersuara. Namun suaranya bukan dalam bentuk yang asli. Ianya sudah diubah dengan helium.

Mamat2 yang lain yang tadinya sekadar melihat, menumpukan perhatian kepada lelaki kedua.

"Bukak semua baju dia. Bagi dia bogel," arah lelaki kedua.

"Tapi, tali ni, bro?"

"Rentap je sampai koyak. Kalau susah sangat, kau potong pakai pisau," jawab lelaki kedua itu.

Mamat2 itu saling berpandangan. Mereka melihat ke suatu arah. Kelihatan terdapat seorang lagi lelaki, di dalam gelap, mengawasi dari jauh. Lelaki itu menggerakkan kepalanya sebagai isyarat " ikut korang" atau "buat je". Seakan faham, dua lelaki dari kelompok mamat2 ini tampil dan menuju ke Bang Joe. Pisau lipat dikeluarkan dari seluar jeans masing2.

"Jangan terfikir nak buat benda pelik2. Kalau tak memang terbenam pisau ni kat perut kau," kata salah seorang dari mereka, membuka seluar jeans Bang Joe.

Seluar itu ditarik dengan kasar hingga ke betis. Selepas itu ia ditoreh dari bahagian kangkang sebelum dikoyakkan menggunakan tangan. Baju Tshirt Bang Joe ditarik ke atas dan ditoreh dua.

"Jangan lupa seluar cerut dia," kata lelaki kedua tersengih.

Seluar dalam Bang Joe jugak dikoyak dan direntap. Kini dia terbogel seorang diri, terikat sambil diperhati lelaki2 di dalam gudang ini. Mereka melihat Bang Joe yang dalam keadaan hina itu dengan pandangan sinis.

Lelaki kedua itu mara ke arah Bang Joe, sambil tak semena2 menyepak badan Bang Joe dengan sungguh kuat. Bang Joe jatuh terbaring impak tendangan itu. Dia terbatuk2, cuba mengambil nafas. Bang Joe cuba bangun, sebelum lelaki kedua itu menarik rambutnya sebelum menumbuk mukanya berdas2. Dia dilempar ke lantai semula.

Punca:Tolong Aku Keluar (Amir #2) [BxB]Where stories live. Discover now