Bab 8: Semester Baru

556 19 3
                                    

Amir memerhati sekelilingnya. Dia, Makcik Milah dan Pakcik Ibrahim kini berdiri di padang luas yang menempatkan puluhan kereta yang hadir untuk mendaftarkan anak2 mereka. Bangunan2 universiti megah berdiri di atas bukit mengelilingi mereka.

Perpustakaan Hamzah Abdullah megah berdiri dengan reka bentuk brutalism serba kelabu sambil bumbungnya mempunyai senibina pemeles ala2 Muzium Negara, dengan kayu buton menghiasi bumbung piramid tertinggi. Bangunan Syeikh Abdullah Fahim seperti biasa bangunan moden islamik dengan beberapa sentuhan Moghul dan Moorish yang ringkas.

Makcik Milah lebih tertarik dengan Bangunan Syed Alwi Alhadi yang baru saja ditambah ande2 pada tepi bumbungnya. Dia membawa keluar phonenya dan menangkap beberapa gambar.

"Macam kat Taiping ye bang," kata Makcik Milah.

"Ish awak ni Milah, kot ye pun selesaikan hal Amir ni dulu," tegur Pakcik Ibrahim.

Abang Adam melihat Amir dan ibubapanya dari kejauhan menuju ke dewan kuliah. Terkejut dia bila mendapati Amir juga melanjutkan pelajaran di universiti ini.

"Kejap, Safiq. Kejap abang nak betulkan rambut Safiq jap."

"Hah, rambut Safiq dah elokla. Lagipun kita dah lambat ni,"kata Safiq membantah. Abang Adam tak mengendahkan. Rambut Safiq disikat belah tepi. Abang Adam menanggalkan spek matanya dan menyelitkan di telinga Safiq. Dia memakai spek gelap sebagai ganti.

" Eh apa ni bang? Taknakla pakai spek ni," Safiq menolak.

" Pakai je dulu. Takut2 ada senior yang kenal Safiq, kenal Bang Joe dan abang nanti target Safiq," pujuk Abang Adam. Safiq hanya terdiam. Kini dia kelihatan macam budak nerd.

"Dah, jom. Kita daftar," kata Abang Adam memegang bahu Safiq. Mereka berjalan ke arah Dewan Kuliah.

---------------------------------------------------------

Seminggu sudah berlalu. Bermakna tamatlah minggu orientasi. Amir mula memasuki dewan kuliah. Dewan yang menempatkan kerusi bertingkat itu hampir dipenuhi pelajar. Amir terjenguk2 mencari2 kerusi kosong.

"Mir, sini!" jerit Ilham, kawan sekelasnya yang baru. Amir terperasan lambaian Ilham dan tersengih menuju ke kerusi sebelah Ilham. Nasib baiklah ada Ilham, dapat dia duduk. Kebetulan, Ilham juga adalah roommatenya. Memang bertuah Amir.

"Nasib kau ada, kalau tak,taktau duduk mana," kata Amir kepada jejaka tinggi Chinese look yang tinggi dan memakai sweater itu.

"Hehe takde hallah. Asal kau lambat?" tanya Ilham.

"Aku gi jamban tadi," jawab Amir.

Belum sempat Ilham membalas, seorang wanita muda memasuki dewan kuliah itu, memakai abaya berwarna cream dengan shawl lilit hijau.

"Good morning class. Saya adalah pensyarah untuk subjek awak kali ni. Just call me, Madam Afiyaa."

Beberapa suara pelajar lelaki mula memuji kecantikan Madam Afiyaa manakala pelajar perempuan dah tertanya2 apakah skincare yang dia pakai. Amir pula terkejut melihat Afiyaa, isteri Bang Ryan ada di sini.

"Quiet, class. Bukak buku kamu untuk topik 1, Teori Generasi Strauss-Howe. Hari ini kita akan bedah tentang beza pemikiran setiap generasi,"arah Madam.

" Alaa Madam, first class dah kena study ke? "laung seseorang dari kerusi atas kanan.

" Of course. This is university, guys. Ini bukan sekolah, saya suruh seorang2 bangun perkenalkan diri bagi nama semua. Ini yang membezakan awak sebagai student university,"ceramah Madam.

Beberapa keluhan mula kedengaran.

" Relax, Teori Strauss-Howe is kinda fun. Who can tell me , awak semua generasi apa?" tanya Madam Afiyaa, meneruskan sesi pembelajaran.

Punca:Tolong Aku Keluar (Amir #2) [BxB]Where stories live. Discover now