Bab 3: Afiyaa

755 18 5
                                    

5 tahun kemudian...

Indah sedang menimang2 anak lelakinya sambil diperhatikan Lopeng yang tersenyum. Seminggu sekali dia akan membawa anaknya bertemu Lopng. Lopeng pula sedang memberi makan kepada ayam2 peliharaannya. Sebahagiannya diasingkan untuk menggantikan ayam yang dicuri dari kampung sekitar.

Penduduk kampungnya semakin bertambah, hasil anak2 lelaki dari kampung Indah yang telah meningkat remaja. Lopeng termenung sebentar, masih terngiang2 wajah berkerut anak lelaki Dipang yang merupakan antara barisan remaja pertama yang melalui adat itu.

Sudah tentulah, dia dan lelaki2 dewasa lain perlu menjalani adat itu terlebih dahulu dan memaku kayu2 kecil sebesar gabus itu di tiang2 pancang di bawah beringin laknat itu. Selepas itu, mereka terpaksa berbuat cerita kepada anak lelaki remaja yang akil baligh kononnya ini adalah adat keberanian kaum mereka yang perlu ditempuh untuk menjadi lelaki sejati, sambil menunjukkan tiang itu sebagai bukti adat ini dilalui bergenerasi. Hanya sesiapa yang menjalani adat ini diterima masuk ke dalam kampung lelaki.

Lopeng tak dapat membayangkan anak lelakinya itu akan melalui perkara yang sama. Dia merenung beringin bedebah itu dengan pandangan berapi. Pokok itu juga seakan 'tak senang duduk' kerana sudah tiada lagi remaja yang tinggal, yang bermakna dia terpaksa menunggu sekurang2nya berbelas tahun lagi untuk anak2 ini meningkat remaja. Oleh kerana tenaganya datang dari rasa lapar dan bernafsu kepada induk lelaki, tempoh itu dirasakan terlalu lama. Penduduk kampung itu juga seakan cuba sehabis baik untuk tidak melakukan sesuatu yang boleh membawa kepada hukuman untuk memuaskan nafsunya. Ini tidak boleh jadi, mangsa masih perlu dicari.

Tiba2 dia merasakan kehadiran yang agak asing di situ.

"~ada peluang hehe~"

Pang!! Bunyi tembakan kedengaran. Unggas2 mula terbang bertempiaran dari dusun yang ditanam Lopeng dan anak2 buahnya. Indah menjerit kerana terkejut dengan bunyi yang asing padanya,memeluk anaknya.

"Sial betul, tak kena pulak burung tu," kata seseorang berambut panjang ala2 mat rock, bersenapang patah. Lelaki di sebelahnya, tersengih sambil memandang keliling lembah itu. Dia memakai solekan celak mata sambil membuang puntung rokok.

Lopeng berang dengan kehadiran orang asing itu,apatah lagi mereka menyebabkan isterinya ketakutan.

"Hei, kamu berdua, ini bukan kawasan kamu. Keluar dari lembah ini,"Lopeng memarahi mereka.

" Hek eleh der. Kawasan ni ada cop nama lu ke der? " lelaki berambut panjang mengejek Lopeng.

" Ntah, kecoh la lu, "kata lelaki celak metal pula.

Anak2 buah Lopeng mula berkumpul melihat kebiadapan orang luar itu.

" Hah, tu, tu, burung tu hinggap atas beringin tu la der, "kata lelaki celak itu lalu tembakan mula ditembak pada dahan beringin.

Pangg! Burung dari dahan itu jatuh ke bawah, mengenai patung Bunda Retu, mengotorinya dengan darah. Lopeng dan anak2 buahnya terkejut dengan tindakan yang sangat biadap itu. Lelaki mat rock dan lelaki celak itu ketawa melihat buruan mereka jatuh dan berjalan ke arahnya.

"Sudah cukup apa yang kamu buat ini. Keluar cepat sebelum kami menggunakan kekerasan," Dipang menolak bahu lelaki berambut panjang.

"Woii kau pahal der?! Memang mintak kena hentak kau ni," marah lelaki berambut panjang lalu memukul Dipang dengan senapang. Lopeng dan yang lain bergegas ke arahnya sebelum lelaki celak melepaskan tembakan ke langit. Lopeng dan yang lain tak berani mara.

" Hoi pokok, kami dah taat setia kepada kau! Bantu kami kalahkan dua orang ni!" laung Lopeng kepada beringin itu. Beringin itu senyap membatu.

"Kesian. Dengan pokok pun kaum bercawat ni nak mintak tolong,"sindir lelaki bercelak.

Punca:Tolong Aku Keluar (Amir #2) [BxB]Where stories live. Discover now