Bab 13: Malam 2

627 17 5
                                    

Bangunan...

"Zack, are you really sure about this?" Yvonne teragak2. Mereka kini berdiri di depan jalan menuju bangunan itu. Disebabkan lot rumah kedai itu rata2 terbengkalai, jadi kawasan itu agak gelap.

Beberapa kawasan rumah kedai lain disyaki turut dimiliki oleh Papa Yvonne untuk dijadikan sebagai gudang. Kedai lain pula samada turut menjadi gudang oleh pemilik lain, atau dibiarkan begitu saja. Hanya satu saja kedai yang nampak janggal, iaitu "bangunan" yang kelihatan lebih kemas pada pandangan mata.

Kalau di tempat lain, mungkin tempat2 seperti ini akan jadi port mat pet, tempat beromen atau sarang gangster. Tapi tempat itu agak aman dari perkara2 begitu, seakan ada yang lebih dahsyat dari itu sehingga tiada siapa berani nak buat apa2 di kawasan tidak berpagar atau berpengawal ini.

"Ye Yvonne. Lagipun you sendiri nak kepastian apa yang Papa you buat kan?" Zack meyakinkan.

Yvonne menurut. Dia, Zack, Daniel dan Zuki mendekati kawasan itu.

"Ada orang berjaga tak?" tanya Daniel.

".... Takde. Hari ni tak ada mana2 orang yang nak datang jumpa Papa, means hari ni bangunan ni tutup macam biasa. Uncle Chen dan Shen, dan workers Papa pun mesti dah balik," jawab Yvonne.

Mereka tiba di belakang bangunan. Yvonne mengeluarkan kuncinya dan membuka mangga pada pintu lipat besi. Agak kuno memandangkan rata2 kedai memakai pintu shutter sekarang. Zack memerhatikan sekeliling. Lorong belakang kedai ini juga agak kosong dari sebarang manusia2 aneh. Boleh dikatakan ini kali pertama dia merasa selamat berada di lorong belakang di Lembah Klang.

Pintu lipat dibuka. Yvonne membuka sedikit sahaja, cukup2 untuk saiz lelaki dewasa masuk. Dia juga memetik suis lampu. Lampu yang agak malap menerangi kawasan belakang itu, menampakkan tangga dan dinding yang berjubin kecil. Memang nampak klasik, macam zaman 70an.

"So far nampak normal," kata Zack.

"Not really. Ruang kita ada ni asalnya ruang utama , tapi dah modify jadi ruang tangga kecemasan yang tersorok. Means, kalau tetamu masuk dari depan, diorang takkan jumpa tangga ni. Diorang kena naik lif untuk ke tingkat atas,"terang Yvonne.

" Weird, kenapa nak sorokkan tangga kecemasan?" Zuki bersuara.

" Maybe... Senang nak lari dari polis? Lagi satu tangga baru sama macam design rumah kedai lain, ada kat tepi, " teka Yvonne.

"Kita tak boleh terus buat andaian. Kita kena dapatkan lagi banyak bukti," kata Daniel.

"Let's go higher then," ajak Yvonne.

"Naik tangga?" Zuki bertanya.

"Yup. Kalau nak naik lif, agak bahaya sebab lampu depan akan menarik perhatian kalau2 ada sesiapa datang. Ikut tangga ni, sekurang2nya lampu malap ni tak dedahkan kedudukan kita," jawab Yvonne.

"Haih," Zuki mengeluh.

"Apa salahnya naik tangga? Exercise sikit," usik Daniel. Zuki mencebik.

---------------------------------------------------------

Oval Lawn, Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam.

"Ramai betul ye orang kat sini. Korang taknak jalan2 masuk mall ke?" tanya Zul.

"Takpelah, Zul. Nak rilek2 dulu," jawab Amir, melabuhkan punggung di atas padang rumput berbentuk bujur itu.

"Ermm... Aku ingat nak pergi food truck la," kata Ilham.

"Pergilah. Kitorang tunggu sini," kata Amir.

Ilham baru nak pergi sebelum tiba2 Amir memanggil kembali.

Punca:Tolong Aku Keluar (Amir #2) [BxB]Where stories live. Discover now