"🎶Pagi yang gelap, kini sudah terang,
Aku adikmu, dan engkau abang,
Ku amat merindui kamu.🎶Pagi yang gelap, kini sudah terang,
Aku adikmu, dan engkau abang,
Inginku ulang masa dulu."Lagu nyanyian Hujan berkumandang di dalam bangunan itu, melalui radio lama yang dipasang di situ. Dicipta pada 2007, pernah membuatkan ramai lelaki geli kerana dikaitkan dengan budaya " jambu/adik angkat" di asrama, yang dikatakan menjadi punca kepada rata2 pelajar berasrama menjadi gay ketika dewasa.
Amir dan Safiq terlentuk di atas lantai. Mereka terlalu keletihan dari segi fizikal dan emosi malam tadi. Ketika 2007, umur mereka baru 5 tahun, jadi lagu ini tiada kesan nostalgia kepada mereka.
Zul, Zack, Man, Khai, Zuki, Daniel, Ariz, Pami dan Nick juga diikat tangannya. Mereka lena dibuai mimpi, sambil cahaya matahari menembusi bilik melalui lubang angin. Usia mereka hanya 6 tahun ketika lagu ini mula dikeluarkan pada 2007.
Jimi, Boy, Amri dan beberapa mat rempit berdengkur di atas lantai. Silau matahari dan siulan murai di waktu pagi langsung tidak dihiraukan.
Kalau pernah mereka mendengar lagu ini tika kecil, mungkin pada 2007, mereka sekitar 7-12 tahun pada waktu itu. Bang Mat yang sedang terlena bersandar di bucu dinding mungkin mengingati dengan jelas liriknya. Lagipun dia 16 tahun ketika itu.
Rentak yang pernah didengari 13 tahun dahulu oleh Bang Joe ketika mencecah darjah 6, langsung tidak mengganggu tidurnya.
Bang Adam baru sahaja bangun dari tidur, bersandar menemani Bang Joe yang tidur beralas tikar plastik. Dia juga keletihan seperti yang lain, namun dia lebih risau jika Bang Joe menggila seperti malam tadi.
Seorang wanita menghampiri bilik yang menempatkan Bang Joe dan Bang Adam. Dia tersandar di muka pintu, berpeluk tubuh. Vape dikeluarkan dari poketnya lalu dihisap. Sab kemudiannya menghembuskan asap vape-nya ke udara sambil diperhatikan Bang Adam.
"Kenapa kau bukak lagu ni, doh? Geli gila. Dahla ada bunyi2 depression, dah macam lagu2 pop zaman sekarang. Nama pop tapi gloomy," ulas Sab sambil mencampak seluar dan baju ke arahnya.
Bang Adam baru tersedar dia berbogel di hadapan seorang perempuan, lalu dia cepat2 menyarung pakaiannya sambil tersengih2. Sab pula mengalihkan pandangan ke arah lain.
"Saja, teringat zaman dulu. Paan mana?" tanya Bang Adam.
Sab mara dan bersandar di sebelahnya.
"Dia tidur kat bilik sebelah. Kau sorang je lelaki yang berani masuk bilik ni, lagi2 lepas apa yang berlaku malam tadi," balas Sab.
Bang Adam terdiam, kemudian tersenyum simpul. Dia melihat wajah kawannya yang tertidur itu, masih sama dengan wajah yang biasa dilihatnya dulu.
" Dam, aku nak cakap sikit, boleh?" pinta Sab.
" Hmm," Bang Adam mempersilakan.
"Nowy lari kan malam tadi?"
Bang Adam jeda seketika. Dia memejamkan matanya. Terbayang detik semalam, ketika mereka menghampiri gudang itu untuk menghentikan si Joe yang dirasuk Hyang Tua.
Budak Nepal itu lari meninggalkan mereka selepas tidak tahan dengan apa yang ditatapnya. Entah di mana Nowy sekarang ini pun dia tidak tahu.
Soalan Sab itu hanya dibalas dengan bahu diangkat. Dia kemudian menukar topik.
"Chen dan Shen ada mana? Mr. Tan tau semua ni?"
"Diorang tidur dalam van. Kalau kau tau apa yang diorang hadap semalam, kau akan faham kenapa diorang tak berani langsung masuk dalam bangunan ni. Pasal Mr. Tan, aku tak sure," kata Sab.
YOU ARE READING
Punca:Tolong Aku Keluar (Amir #2) [BxB]
Genç KurguHey guys.... So how, korang enjoy novel Amir? Novel Punca basically adalah sequel kepada novel Amir. (Warning:Novel ni mengandungi beberapa adegan 🔞 samada melibatkan hubungan hetero mahupun homo. Proceed kalau korang tak kisah dengan genre ni) -A...