Bab 4: Dendam 1

720 22 2
                                    

Solaris Putra Drive Thru, Serdang, 9 malam

"Afiyaa, Afiyaa betul2 ke nak teruskan?" tanya Ryan risau di tempat parkir. Afiyaa membisu. Kereta mereka diparkir masuk dari arah Jalan Sungai Besi.

"You sure this guy nama Johari ni baik orangnya? Kenapa dia ajak jumpa kat sini, kat Serdang bapak punya jauh ni. Boleh je kita ajak jumpa area2 Petaling ke? I tak senang hati la you," kata Ryan lagi.

"Dont worry, Ryan. I dah kenal Joe sejak I kecik lagi,"kata Afiyaa dengan nada memujuk. Mukanya masih lagi dingin.

Seseorang dengan baju putih, rayban dan gelang koka datang dari arah parkir melalui Lebuhraya Utara Selatan.

" Thats him" kata Afiyaa gembira. Dia keluar daripada kereta Ryan. Ryan juga keluar. Jujur kata dia sedikit risau. Bukan sahaja risaukan Afiyaa, tetapi arah kereta mereka masuk dari lebuhraya berlainan ini juga boleh membuka macam2 kemungkinan.

"Afiyaa!" Johari tersenyum. Afiyaa nak memeluknya, tetapi Johari menghalang.

"Aipp, your boyfriend's here," tegah Johari.

"Actually, aku bukan boyfriend Afiyaa. Cuma teman dia jumpa kau, sebab nak setelkan masalah dia," jelas Ryan.

Johari tersenyum, hulurkan tangan. "Nama aku Johari, panggil Joe je."
"Ryan." Ryan membalas salam.
"Joe, lama betul kita tak jumpa. I rasa last jumpa dalam 4,5 tahun dulu. Itu first and last lepas kita habis sekolah kat Wustho," kata Afiyaa, tersenyum.
"Hmm itulah. I agak busy sikit. I kosongkan jadual I malam ni pun sebab terkejut dengan masalah U." kata Johari.

Ryan sedikit cemburu, lalu berdehem.
"So alang2 dah berkumpul, jom kita bincang macamana nak setelkan masalah Afiyaa" kata Ryan.

"Oh, sori. Terleka pulak. Ok, first of all, dah report polis?" tanya Johari.
Ryan dan Afiyaa mengangguk.

"Dah kena tangkap 2 mangkuk tu?" tanya Joe lagi.

"Belum lagi," jawab Ryan, memandang Afiyaa yang hampa.

"Ada apa2 feedback dari channel tak guna tu?"

"Takde, siasatan polis rasakan channel tu takde kaitan dengan motif Roy dan Abang Mat. Dalam video tu pun waktu Roy dan Abang Mat nak pukul kami, geng2 channel tu tahan diorang dari tumbuk dan ada sembang2 tenangkan sikit. Cuma polis warning diorang untuk berhenti kejap upload apa2 content selama isu ni panas" Afiyaa menjawab perlahan.

"Dah agak. Ceritakan sikit pasal Roy dan Bang Mat. Diorang ada apa2 hobi atau kecenderungan?" Johari meminta maklumat.

"Roy dengan Bang Mat, suka race kalau hujung minggu," Afiyaa bercerita.

"Oh mat rempit? Iloike..... Hihihi," kata Johari sengih menampakkan gigi. Ryan merasa hairan. Orang jenis apa yang Afiyaa bawak jumpa ni?

"Wait, Afiyaa, you tak pernah bagitau I sebelum ni." Ryan memandang Afiyaa.

"Sebab I takut you akan serang diorang, Ryan. Diorang banyak kawan. Sama jugak dengan geng channel Youtube tu," Afiyaa membela diri.

"No wonder, spesis perosak hubungan orang ada geng, spesis perosak anak dara orang pun ada geng. Kau serius nak ajak geng2 kau taboh diorang, Ryan?" Johari memandang Ryan.

"Habis, nak buat macamana lagi?" Ryan keliru.

"Hehe, Afiyaa tak bagitau kau?" Joe cuba menduga.

"Afiyaa, what does he means? Ada benda you tak bagitau I ke?" Ryan meminta penjelasan Afiyaa.

Afiyaa memandang ke lantai. Bunyi kereta yang laju membelah lebuhraya sesekali menjadi latar.

"I.... I nak maruah diorang pun diragut!" kata Afiyaa marah.

Punca:Tolong Aku Keluar (Amir #2) [BxB]Where stories live. Discover now