Bab 16: Malam 5 (Angel's Trumpet)

505 23 5
                                    

Gudang di KL...

Jimi berlari2 tak tentu arah di dalam gudang itu. Peluh dingin mula membasahi kepala dan tengkuknya. Dia tercari2 jalan keluar yang sepatutnya hanya beberapa meter saja dari tempat berdirinya tadi.

Manakan tidak, gudang tadi sepatutnya kecil sahaja, dengan keluasan sebesar 3 gelanggang futsal, dinding dan zink kontena, serta pintu besi yang luas terbuka. Tapi apa di sekelilingnya kali ini, bukannya gudang, bahkan seakan2 kompleks kilang terbiar yang sangat besar. Kilang itu gelap dan usang, hanya cahaya bulan dan beberapa lampu bulat taman ala2 hiasan 90an sahaja yang menjadi sumber cahaya buatnya.

---------------------------------------------------------

Ranah Hyang Tua Nan Setia....

Abang Joe melihat tingkah laku Jimi yang dirasakan pelik dari alam ranah makhluk ini. Jimi, seperti pada penglihatannya, hanya berjalan2 bagai orang gila dalam jarak beberapa meter, sebelum berpusing ke arah asal. Begitu juga dengan yang lain.

Hyang Tua Nan Setia berkumat-kamit membaca mantera. Pokok Beringin itu bergerak sekali-sekala sambil akar yang berjuntai entah dari mana, meliang-liuk bagai sesungut kurita.

"Kenapa diorang nampak pelik? Apa kau buat sebenarnya?" tanya Bang Joe.

"Apa yang kami biasa buat kepada bangsa kau bilamana melampaui batas wilayah dan batas adat bangsa kami ~ menyesatkan mereka ~ hihihihihi.

Ini baru sedikit, Johari. Tiba masa untuk persembahan sebenar~"

"Persembahan sebenar?"

"Kau tak ingin membalas perbuatan mereka?~"

Bang Joe terdiam.

Pokok Beringin itu tidak senang bila Bang Joe seperti masih ragu2 untuk bertindak. Akar-akar yang melilit batang pokok mula menguntumkan bunga. Dalam masa kurang beberapa minit, bunga yang tadi menguncup sudah kembang dan meletuskan sporanya, berterbangan bagaikan dandelion ditiup angin.

Bang Joe bagai terpukau melihat debunga2 yang terbang. Baunya seakan memukaunya untuk patuh kepada Hyang Tua Nan Setia.

"Baik, aku akur," katanya.

"Bagus, hehehehe. Mari, datang padaku~"

Bang Joe mendekati pokok itu. Dia kemudian membelakangi pokok itu.

"Pernah kau terfikir kenapa aku menjelmakan diri aku menjadi pokok?~"

Bang Joe menggeleng.

"Kerana ada banyak yang orang tak tahu betapa berkuasanya tumbuhan mampu jadi. Termasuklah Angel's Trumpet...... Hehehe."

Dua pasang tangan muncul dari belakangnya, memeluknya seakan2 dakapan seorang wanita.

Sebenarnya..... Sudah lama dia tak merasakan perasaan ini..... Perasaan didakap seorang wanita dengan penuh kasih sayang...

Bang Joe tersentak, memandang ke belakang. Pelukan ini terasa terlalu benar, betul2 selembut dakapan 'orang itu'.

"..... Buk?..... Bu Aishah?..." Bang Joe terkedu. Air matanya mengalir. Figura bertudung tersenyum kepadanya.

"Tak usah berfikir panjang, Joe. Inilah masanya. Sikap kau yang teragak2 yang menyusahkan kau untuk memenuhi janji kita~" bisik Hyang Tua Nan Setia.

Pokok kacang-kacangan kuning menjalar di atas tanah bagaikan karpet semulajadi. Akar2 tongkat Ali mula memanjat tubuh Bang Joe. Dia mula merasakan tubuhnya panas kerana kesan tumbuhan tenaga itu, namun hatinya lebih berasa hangat dengan ketibaan orang yang tak disangka2 itu. Tubuhnya yang bogel langsung tak dihirau.

Punca:Tolong Aku Keluar (Amir #2) [BxB]Where stories live. Discover now