Sejak hukuman diberi, 5 pahlawan itu menguasai puak itu, diketuai Badik sebagai Tok Batin dan 4 lagi sebagai penasihatnya. Dalam tempoh seminggu mereka berkuasa, seakan wujud 3 kasta, dengan mereka 5 orang di atas bagaikan kerabat, mereka yang dihukum dengan pilihan pertama di tengah bagaikan askar dan mereka yang dihukum dengan pilihan kedua di kasta terbawah bagaikan gundik.
Lopeng keluar dari dalam khemah, berkain dengan sabut kelapa disangkut di pinggang supaya tidak tersentuh dengan kejantanannya. Dia antara lelaki2 yang memilih pilihan pertama,yang walaupun menakutkan, tapi dia tak rela ditebuk. Beberapa lelaki2 lain tertidur dalam khemah dalam keadaan sebegitu. Tak banyak yang boleh dibuat dalam keadaan begitu, nak mandi pun dilap oleh 'lelaki beta'.
"Lopeng, kau dah sembuh? Mari aku mandikan kau," tanya Aping, kawannya yang memilih hukuman ditebuk dan menjadi 'lelaki beta'. Lopeng menggeleng, menanggalkan kain cawatnya dan duduk di atas pangkin yang dibina dari buluh. Aping mengambil kain basah dan mengelap setiap inci badan Lopeng. Kejantanan Lopeng ditutup menggunakan tempurung kelapa supaya tidak mengganggu kawasan luka.
"Kau bagaimana pula, Aping? Tidak sakitkah 'menjadi perempuan'?" Lopeng bertanya.
"Sakit, Lopeng. Aku sakit pinggang dan sukar berak untuk 3 hari, tapi tidaklah seperti kamu semua yang pilih pilihan pertama dan terlantar seminggu. Namun, bagiku sakit ini agak dahsyat sampai meruntuhkan maruahku. Tapi siapalah aku nak persalahkan. Aku sendiri yang pilih pilihan pertama, kerana fikirku, aku juga mampu lalui jika perempuan mampu lalui, "kata Aping.
"Aping, kau sukakah hidup begini? Menjadi gundik aku dan yang lain hanya kerana dosa yang kau sendiri tidak pasti? Setahu aku, kau juga lelaki gagah seperti aku, tiada bezanya dengan mereka berlima itu." aku menduga.
Aping terdiam sebentar. "Apa mau dibuat, Lopeng? Salah kita. Kita sendiri yang merog*l kaum wanita malam itu kan, dan mereka berlima pula memang ikut berjuang dengan Bonda Retu."
"Jadi kau pasti, mereka berlima itu tak akan buat perkara sama jika disuruh berkawal di khemah? Hehh, kebarangkalian mereka juga akan dipotong hujung kulit atau ditebuk jika mereka di tempat kita. Kita sendiri pun tak mampu mengawal tindakan kita malam itu, kan? Ini tidak adil, Aping! "hasut Lopeng.
" Jadi, apa perancanganmu, Lopeng? " sampuk Dipang. Dia juga tidak senang dengan kepimpinan Badik dan 4 penasihatnya. Tanpa isterinya, dia sendiri terpaksa menyapu herba di luka khatannya kerana tak ramai 'lelaki beta' yang tau cara gunakan herba yang betul.
Perbualan Lopeng dan Aping bukan sahaja menarik perhatian Dipang, malah 'lelaki beta' yang menjaganya dan beberapa lelaki lain yang turun mandi di kolam itu.
"Begini caranya," kata Lopeng membuka perancangannya.
---------------------------------------------------------
"Aping,panggilkan lagi yang lain turun. Aku tak mampu menahan mereka lagi!" jerit Badik sambil menahan libasan parang dari puak asli lain dengan perisai kayunya. Aping berlari pulang ke kampung menyampaikan amat Badik.
Badik dan 4 pahlawan berlawan bermati2an menentang puak yang diketuai Alam. Dakwa Alam, puak2 Badik telah mencuri anak2 pokok dan haiwan2 ternakan untuk dibawa ke kampung mereka. Alam juga menuduh mereka memasuki kawasan perburuan puaknya. Tapi bagi Badik, mereka terpaksa melakukannya kerana lembah yang didiami mereka agak kosong dari sebarang hidupan liar yang menyusahkan mereka untuk kekal mandiri. Buat masa ini, hanya ada beberapa pohon dan haiwan ternakan di lembah untuk kelangsungan hidup mereka.
Lopeng, Dipang dan beberapa 'lelaki alfa' yang lain tiba. Badik menghelakan nafasnya. Dia sudah lelah, begitu juga 4 sahabatnya. Kehadiran Lopeng dan Dipang sudah tentu bakal memberi kemenangan mudah menentang Alam.
YOU ARE READING
Punca:Tolong Aku Keluar (Amir #2) [BxB]
Teen FictionHey guys.... So how, korang enjoy novel Amir? Novel Punca basically adalah sequel kepada novel Amir. (Warning:Novel ni mengandungi beberapa adegan 🔞 samada melibatkan hubungan hetero mahupun homo. Proceed kalau korang tak kisah dengan genre ni) -A...