Mereka berempat masuk ke dalam cafe untuk meluangkan masa mereka dengan bertanya khabar dan bermacam-macam lagi lah. Tiba waktu senja mereka berempat balik ke rumah masing-masing termasuk lah Ayna dan abangnya. Aaden dan Aazen menghantar Ayna pulang ke apartmen milik abangnya Ayna dahulu. Sesampai sahaja Aazen dan Aaden berada di hadapan apartmen milik abangnya Ayna, Ayna mula membuka pintu kereta milik Aazen dan melangkah menjauhi kereta milik si Aazen dan Ayna ada mendengar ada orang berkata di belakangnya Ayna terus menoleh ke belakang hanya ingin mengetahui siapa gerangan yang berkata itu dan terlihat Aaden dan Aazen berkata kepada seorang lelaki yang dari gayanya agak manja dan segak berpakaian seperti lelaki-lelaki idaman wanita. Ayna melihat lagi ada 2 orang lelaki datang dan Ayna mula syak yang lelaki 2 orang tu kembar seiras dan datang lagi 3 orang lelaki yang masih berpakaian serba hitam dan tidak tinggal cermin mata nya juga hitam. Ayna menyorok di sebelah kereta Aazen selang dalam 2 ke 3 kereta dan mendengar apa yang mereka bincang kan.
"Yo... Lama kau tak ajak jumpa kitaorang... Asal nak jumpa kat depan apartmen ni? Kau ada sembunyikan apa-apa ke ni?" kata Johnny kepada Aaden.
"Memang aku ada benda nak bagi tau kat kau orang berlima yang aku nak korang jaga apartmen ni gilir-gilir sebab aku ngan Aazen dah bincang kat abangnya perempuan tu dan abangnya setuju sebab kau orang berlima akan jaga depan lif perempuan tu dan pastikan tak ada yang mencurigakan sesiapa yang masuk ke dalam lif yang selalu perempuan tu naik ok" kata Aaden datar dan serius sahaja muka nya. Ayna yang mendengar itu tak tau apa-apa dan melihat ke arah tempat bincang Aaden dan Aazen sudah mula mencurigakan.
"Siapa perempuan tu? Tak kan aku kot" kata Ayna perlahan cukup dia seorang sahaja yang dengar. Aazen perasan yang dia ada dengar suara seseorang lalu dia suruh mereka bereda tanpa ada bunyi.
"Weyh... Aku ada dengar suara seseorang tapi bukan suara kita semua jom gerak. Nanti bincang lagi kat office... Cau" kata Aazen kepada mereka berlima dan juga abangnya.
"Ok... Malam ni pukul berapa? Kot-kot aku tertidur tanpa sedar ke... Hehe" kata Azmin kepada Aaden dan Aazen.
"Haah kan malam ni pukul berapa? Kot-kot aku lupa kan mana lah tau" kata John si adik kembar Johnny kepada Aaden dan Aazen juga.
"Pukul 10 lah pastu kita dinner sama-sama" kata Aaden kepada mereka berlima dan juga Aazen.
"Ok boss... Hahaha" kata Azmin kepada Aaden sambil ketawa dan tangan di tabik di dahinya.
"Ada-ada je lah kau ni budak manja" kata Alex kepada Azmin.
"Biar kan lah dia nak manja ke apa kau jelous ke?" kata kevin pula di tujukan kepada Alex.
"Tak ada masa nak jelous ngan budak manja tu" kata Alex kepada Kevin.
"Dah lah korang ni aku cau dulu jangan lupa malam nanti... Siao tak datang malam ni tau lah aku nak buat apa kat korang semua " kata Aaden datar sambil membuka pintu nak masuk ke dalam kereta dan dia juga mula tekan butang start dan tidak lupa Aazen juga masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi meninggalkan kawasan apartmen itu.
"Dia orang dah balik fuh~ nasib baik tak kantoi" kata Ayna yang sedang bersembunyi itu.
Ayna mula berdiri dan mula jalan menuju ke arah lif dan menekan butang 6 dan pintu lif terbuka dan Ayna mula masuk ke dalam lif itu dan pintu lif tertutup dan mula bergerak ke tingkat demi tingkat. Setelah lif sudah sampai di tingkat 6 pintu lif itu terbuka dan Ayna berjalan keluar dari lif itu dan menuju ke arah bilik nya dan memasukkan kata laluan yang ada di password pintu bilik itu dan pintu terbuka dengan sendiri selepas memasukkan password nya. Ayna sudah letih lalu dia mula menanggalkan kasut nya di almari kasut sebelah pintu dan meletakkan handbeg nya di atas almari sebelah katil nya dan Ayna mencapai tuala lalu menuju ke arah bilik air untuk bersihkan diri yang kerana badannya melekit selepas pulang dari NYC Mall dan juga dia mengintip Aazen dan Aaden di parking kereta di bawah tadi petang. Selesai sahaja Ayna dalam bilik air dia keluar dari bilik air dengan berkemban sahaja dan dia menuju ke arah almari baju-baju nya dan dia mula mencapai pakaian tidur nya yang berwarna biru cair dan bercorak awan-awan dan gambar pooh pegang bekas madu. Ayna mula membaringkan badannya di tilam empuk itu dan mula membelek-belek handphone nya dan terdapat 55 missed call dari Aazen dan 1050 chat dari group family dan juga Aazen.
YOU ARE READING
Ketua Mafia Itu Suami Aku
Humor"siapa yang buat tahi kat tempat aku orang tu akan di seksa sampai mati!!! "-Aaden Darwin Shahrin "siapa sebenarnya awak ni shahrin?"-Ayna Nadia "bro!!! Ayna kena colek!!!"-Azmin Lou "cuba lah buang perangai rebina kau sikit nak jadi mafia tapi manj...