Bab 20

2.8K 140 0
                                        

WAKTU sudahpun untuk waktu makan malam tapi Asyina sejak daripada pagi tadi tidak keluar dari bilik. Puas ibunya memanggil keluar namun Asyina berkeras tak mahu keluar.

"Mak, Ina mana?" soal Ahsyaf.

Ahsyaf sejak dia menghantar gadis gedik itu pulang, dia terus ke pekan kerana ada hal yang perlu dia selesaikan. Dia tidak tahu akan adik kesayangannya itu merajuk dengan dirinya.

Diana nak bagitahu pun serasa takut semacam.

"Ina? Dalam bilik hah. Haih, entahlah kenapa dengan Ina tu. Daripada pagi tadi tak nak keluar daripada bilik."

Ahsyaf mengerutkan dahinya. Dia kemudian memandang kearah Diana yang membisu. Dia sebenarnya tahu apa puncanya tapi tak berani nak bersuara.

"Ina merajuk eh?" soal Ahsyaf kearah Diana.

Diana pula dengan perlahan dia mengangguk.

Ahsyaf menggelengkan kepalanya. Aduhlah, mateylah dia kena pujuk bayitua ni. Hoi, susah!

"Ah, kejaplah Syaf makan. Mak dengan yang lain makanlah dulu. Syaf pergi pujuk babytua tu dulu,"

Ahsyaf segera naik semula ke atas. Kena dahulukan adik dia dulu ni. Iyalah, Asyina tu kalau bab merajuk dialah paling nombor satu.

"Emm, Diana pun nak pergi tengok kejaplah. Ibu, nenek dengan aunty makanlah dulu." Diana turut mengekori Ahsyaf ke bilik Asyina yang berkunci sejak tadi pagi itu.

Ahsyaf mengetuk pintu bilik Asyina.

"Asyina.... Adik, bukalah pintu ni, dik."

Asyina tidak menjawab. Didalam kamarnya dia sedang menangis tak henti.

"Ina.... bukalah dulu, Ina. Abang Syaf nak cakap sikit ni. Tolonglah buka pintu ni dulu...." pinta Ahsyaf.

"Ina tak nak!"

"Biar Diana yang buat," bisik Diana.

Ahsyaf mengangguk. Dia kemudian memberikan ruang pada Diana.

Diana mengetuk perlahan pintu bilik Asyina.

"Asyina, kau bukalah pintu. Abang Syaf datang nak pujuk kau ni ha. Kalau kau tak buka aku ambillah abang Syaf kau eh," ugut Diana.

Asyina terkejut mendengar ugutan gila si Diana itu. Biar betul itu Diana ?

Asyina segera membuka pintu. Lalu dia segera balik ke katilnya semula. Tangan disilang , dia langsung tidak memandang ke arah Ahsyaf.

Diana mengangguk kemudian dia beredar daripada sana.

"Asyina, adik marah pasal pagi tadi tu ke? Alahai, abang bukan buat apa lah. Abang Syaf hantar dia balik je."

"Yelah. Tapi adik tak sukalah gaya perempuan tu. Gedik semacam!" luah Asyina.

Ahsyaf menghembuskan nafasnya perlahan kemudian dia duduk disebelah Asyina.

"Tak baiklah cakap macamtu. Nama dia Nadia lah."

"Tak kisahlah nama dia Nadia ke belacan ke kicap ke tak kisah langsung! Yang Ina kisahkan perangai gedik dia tu! Tak sukalah bila dia gedik-gedik dengan abang!" Asyina menjeling.

Jujur dia katakan, dia benar-benar tidak suka jikalau ada orang yang datang mendekati abangnya.

Ahsyaf menggelengkan kepalanya.

"Yelah, dah lah itu. Abang Syaf tak kawan dengan dia. Abang Syaf kawan ngan adik sorang je. Meh sini peluk abang ye, dik." pujuk Ahsyaf.

Beberapa saat kemudian, Asyina kalah juga dengan pujukkan dari abangnya itu. Jadi dia terus memeluk Ahsyaf. Alolo, biarlah merajuk mana pun budak ini. Kalau dipujuk cara perlahan dan lembut konfem cair juga.

Asyina bukan mengada tapi sekadar manja saja. Maklumlah, kurang kasih sayang dari seorang bapa kan. Itu pasallah manja terlebih dekat si Ahsyaf. Jadi, kepada bakal suaminya mohonlah bertabah.

DIANA memandang kearah Asyina yang sudah tersenyum lebar itu.

"Amboi? Dah habis dah merajuk kau dekat Abang Syaf?" soal Diana.

Asyina mengangguk laju. "Dah. Abang Syaf tu kan pandai pujuk," kata Asyina sambil tersenyum lebar.

Sikit lagi senyum dia sampai ke telinga.

Diana pula hanya sekadar mengangguk. Setuju dengan apa yang dikatakan oleh Asyina. Yalah, memang betul pun.

Tengah Diana asyik melihat persekitaran, tiba-tiba matanya tertumpu pada seseorang yang sedang berjalan menuju ke arah rumah yang mereka duduki itu.

"Weh, weh, weh, Asyina! Cuba kau tengok tu!" Diana menolak-nolak tubuh Asyina yang ada di sebelahnya itu.

Asyina terus menoleh kearah Diana. Kening dijongketnya sebelah. Diana menunjuk signal untuk liat ke depan.

Asyina pula terus menoleh ke hadapan.

Terbuntang matanya melihat perempuan gedik itu berani datang ke rumah ini. Muka masam serta meluatnya ditunjuk.

"Apa yang dia buat dekat sini?" soal Asyina.

Diana menjongketkan bahunya. Manalah dia tahu apa tujuan perempuan gedik itu datang kesini. Dia juga baru nampak tadi kan?

"Eee, mesti nak ngorat Abang Syaf lah tu! Dah jom kita turun. Kita halang perempuan tu!" kata Asyina.

Diana menjongketkan bahunya. Haih, nak buat macam mana. Ikut sajalah kehendak tuan puteri tukang merajuk ini.

Segera mereka turun lalu berdiri tepat di hadapan Nadia.

"Woi, perempuan gedik! Kau buat apa datang sini hah!" soal Asyina dengan tangannya yang disilangkan itu.

Wajahnya pula sengaja dibuat menyampah memandang Nadia.

Nadia terkebil-kebil memandang Asyina. Dah kenapa pula budak ni macam terencat akal ni?

Buang tebiat ke nak mampus dah?

"Saya datang ni nak bagi kek untuk mak cik lah."

Makcik?

"Siapa makcik kau hah?!" soal Asyina lagi.

Nadia sudah mulai membuat riak wajah benci melihat Asyina. Banyak pula soalan budak ini lah.

"Aku punya mak cik lah. Makcik Da!"

"Makcik Da? Eh, itu nenek akulah!" Asyina membuat muka.

"Oh?" Nadia menjongketkan keningnya sebelah. 'Cucu rupanya. Heh, tak kena betul kau nak cari pasal dengan aku budak.J

"Oh? Apa oh? Dah kau bagi sini jelah kek tu, tak payah sibuk nak masuk rumah ni bagai!"

Diana cepat-cepat memegang bahu Asyina. Dia menenangkan Asyina yang sudah memuncak kemarahannya itu.

"Asyina, dah lah itu. Biarkan jelah. Janganlah buat hal. Karang habis kau kena marah ngan mak cik Dayah tu," bisik Diana.

"Hah, apa yang riuh semacam aje ni?" soal Nek Da mengejutkan Asyina, Diana serta Nadia di sana.

"Ah, makcik. Ni Nadia datang nak bagi kek ni hah," Nadia pantas menanggalkan seliparnya lalu dia naik ke atas.

"Oh, kek. Mak kau mana?" soal Nek Da.

"Dia ada dekat sawah. Ni mak cik jomlah kita makan kek ni sama-sama."

"Kau yang buat sendiri ke ni?" soal Nek Da.

"Haah, baru belajar buat" kata Nadia. Dia terus membawa Nek Da masuk kedalam.

"Alah, bangga sangat dengan kek dia. Mesti tak sedap punyalah!" gumam Asyina.

Diana menggelengkan kepalanya. Ada-ada saja si Asyina ini.

(√) edited*

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang