Bab 6

3.1K 171 13
                                    

RIS AYYAD memerhati ibunya menyiram pokok bunga di halaman rumah. Dia merasa sebak bila teringat akan kejadian 5 tahun lalu. Ketika arwah ayahnya meninggal.

Ris Ayyad berlari mendapatkan sang ayah yang terbaring di katil hospital. Air mata mulai turun membasahi pipi.

Dia mengoyangkan tubuh si ayah namun tidak ada sebarang pun respon dari sang ayah.

"Ayah! Ayah!" panggil Ris Ayyad. Semakin kuat tangannya mengoyangkan tubuh sang ayah.

Ibunya, Datin Yana menarik tangan Ris Ayyad agar menjauh dari tubuh sang ayahnya itu.

Para nurse mula menutupi seluruh tubuh ayah Ris Ayyad dengan kain putih itu.

"Ibu.... Ayah kenapa? Kenapa kakak tutup ayah pakai kain tu?" soal Ris Ayyad.

Manalah dia tahu apa maksud itu kan? Ris Ayyad baru saja berumur 10 tahun. Dia tak faham!

"Yad. Ayah kamu dah tak ada, Yad." Datin Yana memberitahu pada Ris Ayyad.

Ris Ayyad menggelengkan kepalanya. Dia tidak percaya dengan kata-kata si ibu.

"Ibu penipu! Yad nak tengok ayah! Kakak bukalah kain tu! Ayah tak boleh nak bernafas nanti! Kakak! Ibu!"

Datin Yana terus memeluk tubuh kecil Ris Ayyad itu.

'Maafkan ibu, Yad. Tapi inilah kenyataannya. Ayah kamu dah pergi jauh dari dunia kita.'

Ris Ayyad kembali dari dunia 5 tahun lalunya. Dia menghelakan nafas. Air mata ditahannya daripada turun. Benda itu sudah berlalu. Dia kena lupakan segalanya. Itu adalah yang terbaik buat diri dia.

Dia membawa dirinya naik ke tingkat atas, dimana bilik dia berada. Dia mahu merehatkan mindanya itu sebentar. Dia tak boleh biarkan otak dia berterusan bekerja tanpa henti. Dia hanyalah manusia biasa.

Yad rindu dekat ayah....

"ASYINA! Bangun Asyina!" kejut Amira.

Dia menggelengkan kepala. Baru sekejap dia tinggalkan Asyina, sudah tertidur pula minah ini! Bertuah betul!

"Asyina!" satu tamparan lembut hinggap didahi Asyina.

Tidak juga Asyina bangun dari tidurnya.

'Eyy, kenapalah liat sangat nak bangun?' monolog Amira.

Amira menghembuskan nafas panjang. Dia naik gila kalau bab kejutkan si Asyina. Orang lain kalau jerit nama auto bangun. Budak Asyina ini pula naknya kau jerit namanya biar sampai pekak telinga!

'Haihlah, Asyina. Perangai tidur kau pun kena ubah ni weh! Susahlah kalau masa exam dia tertidur. Karang ada juga cikgu siram pakai air.'

"ASYINA!!!" keluar juga jeritan dari Amira.

Biarlah mak Asyina ni nak marah, dah anak dia liat sangat nak dikejut kenapa?

Perlahan-lahan mata Asyina terbuka. Dia bangun dari tidurnya, mata digosok perlahan dan terus memandang ke arah Amira.

"Kenapa ni?" soal Asyina.

Amira menggulingkan matanya. Geram betul dia dengan perangai Asyina ini.

'Kau dahlah liat betul nak bangun. Dah bangun tanya kenapa pula? ARGH!' mahu saja Amira menjerit. Namun dia tahankan saja niat gilanya itu.

"Eyy, aku ni baru pergi tandas 5 minit tadi tau. Kau boleh tidur pula? Latihan yang aku suruh kau buat dah siap ke belum?"

Asyina menggaru kepalanya. Tangannya meliar mencari kertas latihan yang dibagi oleh Amira tadi.

"Nah." Asyina memberikan kertas itu kepada Amira.

Amira mengambil kertas tersebut.. Habis terbuntang matanya memandang kertas itu masih kosong. Kosong dan bersih.

Asyina tersenyum beruk memandang Amira yang sudah mengetap bibir. Amira geram yang terlampau dengan Asyina.

Masih senyum pula Asyina bila Amira sudah naik marah. Ikutkan hati Amira, memang dilanyak habis muka Asyina. Untunglah dia masih waras. Kalau tidak, dah habis!

Betapa susahnya nak mengajar si Asyina ini. Jangankan Amira, maknya saja pun dah fedup nak mengajar si Asyina. Entah kenapalah Asyina malas begitu. Nak kata dari emaknya, tidak. Nak kata dari ayah? Memang tidaklah!

"Saya balik dulu ye, mak cik." Amira menyalam tangan Puan Dayah.

Kemudian matanya dilirikkan kearah Asyina. Masih lagi tersenyum beruk kau ye? Amira terus menyusun langkahnya keluar dari rumah Asyina. Dia patutnya balik ini bawa berita gembira tapi stres pula yang dibawanya pulang.

"Babai, Amira!" Asyina melambai-lambai ke arah Amira.

Namun Amira tidak membalas, stres menyelubungi dirinya.

Puan Dayah mencubit lengan Asyina.

"Auch! Sakitlah, mak. Kenapa mak ni?" soal Asyina sambil mengusap lengan.

"Kenapa kau tanya mak? Apa nak kena dengan kau, Ina? Amira tu beria nak ajar Ina. Yang Ina boleh tidur pula kenapa?"

"Alah, tidur je pun. Ina rasa mengantuk jelah, mak. Kenapa mak ni? Haih, daripada mak bising-bising.... baik mak pergi masuk sana. Ina nak sambung tidur okey? Bye mak!"

Segera Asyina berlari masuk ke dalam biliknya. Puan Dayah menggelengkan kepalanya. Apa nak jadilah dengan anak daranya ini!

Nak buang ke laut jerung pun tak berselera nak makan. Haih. Stres Puan Dayah memikirkan tentang anaknya itu.

Mungkin ada wayar yang terputus di otak Asyina barangkali. Sampaikan nak buat apa-apa benda pun asyik malas yang menjadi alasan!

(√) edited*

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Where stories live. Discover now