Bab 2

6.1K 313 112
                                    

"SE la mat pa gi cik gu." sengaja ucapan pagi itu dipanjangkan oleh murid tingkatan 2, kelas 2.

Cikgu menggelengkan kepala mendengar ucapan berlagu tersebut. Macam beginikah lagak tingkatan dua? Ada yang meminta diceramah benar pagi begini.

"Kau orang ni budak darjah dua kah yang nak panjang-panjangkan ucap selamat pagi? Cuba pendekkan, baru sedap nak didengar. Ini tidak, awal pagi lagi sudah berlagu." panjang cikgu itu mengomen.

Apa dahek lah cikgu ni? Orang saja ja nak berlagu kan? Hadeh, cikgu ni tak sporting ah! Tapi author dia sporting baek kay! HAHAHHA perasan tahap babun. (makin tibe)

"Baiklah, kita mulakan pembelajaran kita harini. Sila buka muka surat 25. Baca dan faham. Lepasni cikgu akan buka kuiz. Jadi persiapkan diri untuk disoal."

Murid tingkatan 2, kelas 2 itu hanya mengangguk faham. Cikgu Sains memang macamni kan selalu? Asyik-asyik dengan kuiz, kuiz, kuiz, soalan. Naik jemu otak ni kalau asyik kuiz je memanjang. Tak gitu?

JARUM PENDEK jam di dinding itu menunjukkan tepat pukul 8 pagi. Kelam-kabut gadis itu menyarungkan tudungnya. Kiraannya dia memang sengaja mahu berlambat tapi tak disangka terlebih lambat pula.

"Matilah aku kali ni!" ucapnya takut.

Siapalah yang tak takut kalau pukul 8 baru sibuk nak bersiap ke sekolah. Pelajar yang lain pukul 4 pagi lagi dah gerak ke sekolah. Semangat nak belajar tahu!

"Asyina! Kamu belum siap lagi? Cepat!" kedengaran suara milik Puan Dayah mengejutkan Nur Asyina yang memang dalam keadaan kelam-kabut.

"Kejaplah mak! Tudung ni buat hal!" balas Asyina.

"Hei, dapat anak dara pun suka buat hal! Suka sangat melambat!" marah Puan Dayah.

Kesal dirinya dengan sikap Asyina yang suka melambat-lambat. Buat sakit kepala!

NUR ASYINA berlari lintang-pukang menuju ke kelas 2.

"Maafkan saya lambat datang, cikgu!" ucap Asyina sebaik saja dia sampai tepat dihadapan pintu kelas.

Tercungap-cungap dia. Mana tidak, naik tangga lagi sambil berlari. Memang habis oksigen jawabnya.

"Hem, lambat? Teruk kamu lambat ni, Syina. Kenapa? Kamu ada masalah apa dekat rumah sampai lewat macamni? Kelas saya dah habis awak baru muncul?" cikgu menjongket kening ke atas.

"Maaflah cikgu...." ucap Asyina.

"Dah. Kamu pergi masuk. Ingat ya, Nur Asyina. Ini kali terakhir saya bagi amaran. Sekali lagi kamu lambat jangan masuk ke kelas saya sampai habis tahun!" Cikgu Sains itu terus keluar.

Asyina mengetap bibirnya. Malu habis dia kena marah. Sudahlah di hadapan kawan sekelasnya. Haihlah nasib!

Tanpa berlengah, Asyina duduk di kerusinya. Dia terus meletakkan muka ke meja. Sungguh dia malu dan penat. Pagi lagi dah exercise. Berlari bagai nak rak, alih-alih kena marah juga.

Salah kau juga. Siapa suruh lambat? Haihlah Asyina!

Nur Asyina. Budak tingkatan 2, kelas 2. Boleh dikategorikan dia ni memang tak cerdik. Nak kata bodoh, jahat pula bahasanya kan? Tak cerdik. Ya, tak cerdik.

Perwatakannya? Jangan kau soal. Gaya dia memang selekeh. Ada saja kesilapan dia bakal buat. Dalam kata lain, dia ni clumsy. Clumsy but cute. Macam author! Seh perasan lagi. Macam hanurt.

"Macam mana kau boleh lambat sampai pukul 8?" tanya Amira; merangkap teman sejatinya itu sejak sekolah rendah.

Asyina mengangkat mukanya memandang ke arah Amira. Dengan tak berdayanya dia cuba menyusun ayat buat menjawab pertanyaan Amira.

"Aku dah siap dah pukul 7 tu tapi aku tidur balik. Maklumlah, rumah aku tak jauh dari sekolah. Sebab itu aku sengaja lambat. Tak sangka terlajak pula sampai pukul 7:50. Itu yang kelam-kabut ni." Asyina menerangkan dengan terperinci kepada Amira.

Amira hanya sekadar mengangguk faham.

"Hah, padanlah muka kau! Lain kali bersiap awal lepastu awal gerak ke sekolah," pesan Amira.

"Hmm, yelah. Lepasni aku dah tak nak lambat lagi!"

"Eloklah kalau kau cakap macamtu. Jangan sekarang je beria esok-lusa dah hilang-" macam selalu itu lah. Cakap je kemain nak berubah bagai. Tapi masih juga buat benda yang sama.

Haih, itulah Nur Asyina!

"MAAFLAH ganggu. Tapi ini siapa punya ya?" Ris Ayyad mengangkat sebuah kotak yang ada di lacinya itu.

Tak lupa untuk dia sarungkan sarung tangan terlebih dahulu sebelum memegang kotak itu. Tidak mahu dia kotorkan tangannya hanya kerana memegang sebuah kotak yang tah apa-apa isinya.

"Eh, kau dapat hadiah!" kata Afiey.

Dia merampas kotak itu dari genggaman Ris Ayyad. Ris Ayyad pula hanya membiarkan saja. Peduli apa dia? Tak peduli langsung walaupun hadiah tadi untuknya.

Afiey membuka kotak itu dengan kasar. Habis semua balutan dirobeknya begitu saja. Apa dia kisahkan semua tu? Balut cantik-cantik tak guna juga kalau akhirnya dibuka jua kan? Seh!

"Wah, Coklat!"

Ris Ayyad membersihkan semula mejanya. Dia tak mahu melekat virus-virus seperti virus korona, seh! Tibew!

"Kau nak tak?" tanya Afiey yang sudah membuka plastik coklat itu.

Ris Ayyad hanya menggeleng. Dia ni kan pembersih pun iya juga. Nak makan makanan orang lagilah dia rasa jijik. Mungkin sebab sudah terbiasa dengan hidupnya begitu.

"Pergh, rugi! Dah jom kita makan sama-sama!" Afiey mula membahagikan coklat-coklat itu kepada rakan sekelasnya.

Boleh tahan sedap coklat tu! Mahal pun iya!

Ris Ayyad memerhati saja rakan sekelasnya itu. Kalau bab makan asyik nak gelojoh saja. Kalau tercekik susahkan orang lagi. Kalau mati tercekik lagilah masalah!

Sungguh tak berselera dia nak berkongsi makanan dengan orang. Memang tidak. Sampai bila-bila pun tidak akan! Mustahil!

(√) edited*

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Where stories live. Discover now