ASYINA langsung tidak membuka mulut ketika makan malam kemarin. Matanya asyik melihat ke arah Diana yang dengan biasa saja tersenyum ke arah Ayyad. Benci betul Asyina ingat akan senyuman yang terukir di wajah Diana kemarin. Nak saja dia lumat-lumat biar tidak terlihat lagi senyuman gatal Diana itu!
"Sayang?" panggilan daripada Ayyad seketika menyedarkan Asyina. Asyina menoleh kearah Ayyad lalu dia melepaskan keluhan panjang. "Kenapa ni, sayang? Sayang pening kepala eh?" soal Ayyad.
"Abang... saya risau tahu tak."
Ayyad mengerutkan dahi, "Risau pasal apa?"
"Saya tak sedap hati dengan Kak Diana tu. Saya tengok dia tu semacam je bila pandang abang. Saya risau tahu tak!"
Ayyad tersenyum, "Oh, sayang risau abang kena pikat dengan dia lah ni?"
"Mestilah! Eh, macam saya tak tahu pasal perasaan abang dekat Kak Diana tu macam mana!" terlepas pula di mulut. Asyina mengemam bibirnya kemudian menunduk. Dapat dia lihat air muka Ayyad berubah tadi.
"Maafkan saya, abang. Saya tak berniat pun nak sakitkan hati abang. Saya cuma risau kalaau nanti perasaan lama abang-"
"Sayang, sekarang ni abang cuma sayangkan sayang seorang saja. Tak kisahlah pasal Diana. Itu hal dulu. Sekarang ini dah lain. Sayang dengan abang. Sayang dah mengandung pun kan? Jadi abang tak mahulah sayang fikir bukan-bukan. Abang cuma nak sayang ingat yang cinta abang ni akan abang taburkan semuanya pada sayang," pintas Ayyad.
"Maafkan saya, abang..."
"Tak apa, sayang. Abang faham. Kalau abang pun mesti abang risau dan takut. Dah. Jomlah kita tidur ya, sayang? Sayang kena cukup rehat untuk baby kita ni." Ayyad menarik lengan Asyina, tubuh Asyina dibawa ke dalam pelukan. Asyina tersenyum. Kemudian dikucupnya pipi Ayyad sekilas. Ayyad kembali mengucup lama dahi Asyina.
Diana tersenyum. Kau mengandung ya, Asyina? Anak bersama dengan Ayyad? Takpe, kau tunggu apa jadi besok. Aku pastikan kau tak akan dapat mengandung lagi!
"AWAL bangun, Ina? Kenapa tak rehat lama lagi?" soal Diana menayangkan senyumannya itu. Asyina membalas senyuman Diana itu dengan senyuman paksanya.
"Ina dah terbiasa bangun awal, kak. Akak pula kenapa bangun awal?"
"Oh, akak memang sentiasa bangun awal. Maklumlah, akak kan ada ciri-ciri isteri mithali." Diana tayang senyum. Berbangga dia memuji diri sendiri. Dasar! Isi bakul angkat sendiri.
Asyina berdehem kecil, "Suami akak mana? Kenapa akak tak bawa balik dekat Malaysia? Bolehlah kenal-kenal."
Kini giliran Diana pula terdiam. Kemudian dia mengukir senyuman kecil, "Suami akak tu sibuk."
Asyina mengangguk perlahan, "Eh, kak. Nak Ina tolong apa-apa tak?"
"Ah, Ina tolong letakkan pinggan ni dekat atas meja." arah Diana memberikan pinggan pada Asyina. Sempat mata Diana dilirihkan pada perut Asyina. Mengandung?
AWAL pagi selesai sarapan saja Ahsyaf sudah membawa Ayyad keluar sebentar. Katanya nak mengajak memancing di kolam yang ada di hujung sana. Tidaklah jauh mana kalau setakat 5 kilometer saja jaraknya.
"Mak, harini mak nak buat apa?" tanya Asyina bila melihat maknya sibuk menggoreng kacang.
"Harini mak terasa nak buat kuah kacang. Boleh masak dengan sayur nanti. Lagipun kuah kacang ni kan kesukaan abang kamu tu ha. Katanya dia nak mak buat sebab nak cicah buat makan dengan ikan dia nanti."
"Haih, Abang Syaf tu ada-ada jelah nak dicicahnya. Bukannya sedap pun, mak. Elok lagi makan kuah kacang macamtu je. Kan?" Asyina geleng kepala.
"Alah, apa bezanya kamu dengan abang kamu tu ha? Sama juga. Dua-duanya pelik selera makannya," balas emak membuatkan Asyina tertawa.
"Eh, Kak Diana pergi mana?" Asyina teringat pula dengan Diana.
"Hmm, Diana tu katanya ada kerja. Ada dekat bilik lah kut. Kenapa tanya?"
Asyina senyum dan menggeleng kecil. Dia beredar daripada dapur. Dia tak mahu menganggu si emak. Tapi langkah dia terhenti bila Diana memanggilnya.
"Ina, tolong akak kejap."
Asyina memandang ke atas. Terlihat Diana sedang memanggilnya. "Tolong apa, kak?"
"Sinilah kejap!"
Asyina terus menaiki tangga itu. Belum sempat kakinya mendarat ke anak tangga terakhir, badannya ditolak kasar oleh Diana. Adakah ini maksud disebalik tidak kesedapan hatinya itu? Badan Asyina jatuh ke belakang. Ya Allah.
PAKKK!!
"Mak terbang toyol hijau putih putih!" latah mak Asyina.
"Ya Allah... Apa benda tu, Asyina? Apa yang jatuh tu?"
Asyina menangis, "Kenapa akak buat macamni...?" soal Asyina pada Diana yang perlahan-lahan turun. Diana tersenyum memandang Asyina yang dalam kesakitan.
"Sebab kau perampas!" jerkah Diana. Dia sudah tunjukkan belangnya.
"MAK!!!" jerit Asyina sebaik saja terasa celah kelangkangnya berdarah.
"Apa dia, Asyina? Apa yang--- Ya Allah, Asyina! Diana! Kenapa dengan Asyina?! Ya Allah!" Mak segera mengangkat tubuh Asyina lalu diletakkan kepala Asyina pada pehanya. Air mata si mak berjujuran jatuh. Diana pula dengan berpura-pura menangis kasihan dengan Asyina.
"Kenapa boleh jadi macam begini, Diana?"
"Diana tak tau, aunty. Diana dekat bilik tadi. Bila Diana keluar je Asyina dah terbaring atas lantai ini, aunty." Diana memulakan lakonan. Di bibir, dia mengukirkan senyum yang cukup sinis!
"Mak... sakit. Tolong Ina, mak! Anak Ina! Mak!" raung Asyina kesakitan.
*edited
YOU ARE READING
ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️
Lãng mạn[ 03 | COMPLETE romance - humor ] *edited* "RAWR!" Ris Ayyad, pengawas yang dikenali dengan sifat pembersih dan perfectionist. Diminati ramai pelajar perempuan. Dia bukan jenis yang tidak kenal erti cinta tetapi dia tergolong dalam golongan yang ti...