Bab 46

1.6K 96 5
                                    

AYYAD meraup kasar wajahnya. Sudah dua kali Asyina masuk ke dalam hospital. Risau dalam hati Ayyad membuak-buak. Rasa nak tahu siapa yang sanggup memperlakukan hal kejam terhadap isterinya.

"Ris?" panggil Diana membuatkan Ayyad kembali ke dunia realita. Dia menoleh ke arah Diana. Diana duduk di sebelah Ayyad. Ayyad sedikit menjarakkan dirinya daripada Diana.

"Macam mana Asyina boleh jadi macamni?" soal Ayyad memintas Diana yang baru saja mahu bicara dengannya. Diana menjeling kecil, tidak habis-habis mau soal pasal bininya itu.

Diana memulakan dramanya, "Diana tak tahu, Ris. Masa itu Diana ada dekat tingkat atas. Tiba-tiba Asyina menjerit minta tolong. Bila Diana dengan mak sampai, Asyina dah terbaring dekat lantai," tipu Diana.

Ayyad yang mendengarnya agak sedikit ragu tetapi cepat saja ditepisnya perasaan itu. Tak akanlah dia mahu menuduh Diana. Dia tidak ada bukti! Ayyad melepaskan keluhan panjang. Banyak sangat Asyina menderita dan sakit. Saat itulah Ayyad pula tidak berada disampingnya.

Ayyad masuk ke dalam bilik wad yang Asyina ditempatkan itu. Sedih sekali hatinya melihat sang isteri tertidur dengan air mata tak henti keluar daripada mata. Hati Ayyad sungguh terasa sakitnya tatkala melihat itu.

"Ya Allah... kuatkanlah kami, Ya Allah." ucapnya perlahan. Dia mendekatkan diri pada sang isteri. Punggung dilabuhkan di atas kerusi yang berada disebelah katil. Tangannya pantas saja mengusap air mata yang mengalir itu.

Andai saja aku diberikan pengulang masa, akan aku ulang dimana setiap sakit engkau rasa. Biarkan aku bersamamu ketika itu. Aku mahu menyaksikan akan siapa yang berlaku kejam padamu, sayang.

Ayyad mengusap lembut pipi Asyina. Maafkan abang sebab gagal dalam mempertahankan sayang. Abang selalu tiada tika sayang terluka, abang tidak bertanggungjawab pada sayang. Maafkan abang. Dikucupnya dahi Asyina penuh kasih. Air mata jantannya setitik demi setitik keluar. Dia seorang lelaki, namun dia hanyalah manusia biasa. Menangis itu lumrah pada setiap manusia.

Asyina terjaga dari tidurnya. Lena betul dia tidur semalam. Terlihat sang suami sedang nyenyak tidur disampingnya. Patutlah lena saja dia tidur, rupanya ada peneman di sisi. Asyina tersenyum kecil melihat wajah Ayyad. Sudah beratus kali dia merenung wajah Ayyad. Ia tetap sama, tetap hensem, tetap membuat jantungnya berdebar.

Asyina kembali melihat ke arah perutnya. Untung sajalah doktor kata bayi yang ada di perut ini selamat. Tetapi Asyina perlu lebih berhati-hati kerana bayi itu masih lagi muda, dia tak mahu keguguran! Asyina kembali teringat akan peristiwa kemarin. Kejam sungguh Diana! Sanggup menolak dia sampai jatuh. Sungguh nekad sekali Diana mahu merampas Ayyad darinya. Tetapi kenapa?Bukankah Diana sudah berkahwin? Mengapa mahu diambil suami orang? Habis suami sendiri hendak dicampak ke mana? Longkang? Perigi? Gaung?

Dia menggelengkan kepala. Kenapa susah sangat orang hendak menerima takdir? Ini semua adalah perancangan Allah. Manusia hanya menjalani hidup mereka. Mengapa perlu dirampas kebahagiaan orang sedangkan diri sendiri boleh mencipta kebahagiaan? Mungkinkah juga kerana merasa tidak berkemustahilan untuk mendapatkan semula haknya, jadi mereka bersusah payah dalam merebutnya? Tetapi sampai bilakah manusia nak terus hidup begitu? Kenapa merampas? Kenapa buatkan orang lain derita atas kemahuan diri? Untuk apa? Untuk apa diciptanya otak jikalau dibuat untuk berfikir ke arah yang salah?

Asyina melepaskan keluhan panjang. Bagaimana kehidupan dia selepas ini? Dia tidak mahu bersemuka lagi dengan Diana, perempuan itulah yang buatkan dia hampir keguguran! Jikalau diikut amarah dalam hati, sudah lama mati dia kerjakan. Tapi dia sabar, kerana itu semua ujian. Dia percaya, Allah bakal balas semua kesabaran kita dengan bahagia yang menggunung dihadapan nanti. Dia percaya, Allah itu memang adil. Setiap perancangan yang Allah telah aturkan adalah yang terbaik untuk hamba-Nya. Hanya saja hamba-Nya yang perlu redha dan sabar.

"Sayang dah bangun?" soal Ayyad yang baru celik itu. Asyina menoleh ke arah Ayyad lalu tersenyum kecil. Sudah lama juga dia bangun tetapi saja tidak mahu diusik suaminya itu. Dia tahu pasti Ayyad penat.

"Sayang dah okey?" soal Ayyad lagi. Asyina sekadar membalas dengan anggukan. Ayyad tersenyum. Lega sikit hatinya melihat senyuman terukir kembali dibibir sang isteri. Tidak sanggup dia melihat Asyina yang asyik menangis.

"Abang... maafkan saya sebab banyak susahkan abang?" Ayyad sedikit terkejut dengan apa yang Asyina ucapkan itu.

"Apa yang sayang cakapkan ni? Kan abang dah cakap dengan sayang... sayang ni tak pernah pun susahkan abang. Dah, jangan lagi sayang cakap pasal ni? Jangan tertekan lagi. Sayang kan mengandung. Baby dalam perut sayang tu kenalah dijaga dengan baik barulah baby boleh jadi baik nanti. Kan?"

Asyina tersenyum kemudian mengangguk. Setuju sangat dengan apa yang dikatakan suaminya. Tetapi jauh si sudut hati dia benar-benar merasa dirinya banyak menyusahkan sang suami.

"BAIKLAH, puan dah boleh keluar hari ini. Tapi sebelum itu saya nak nasihatkan untuk banyak berehat agar kandungan puan tu sentiasa dalam keadaan stabil. Jangan buat banyak kerja terutamanya kerja berat, takut mengundang hal yang tidak diingini terjadi. Puan ingat tau kena selalu rehat. Kalau boleh dalam sehari puan kena juga banyakkan makan buah-buahan dan minum air putih secukupnya. Kandungan puan ni perlu penjagaan serius ya, puan?"

Asyina mengangguk faham. Memang banyak betul pesanan doktor itu. Yalah, dia risau dengan pesakitnya. Dia tidak mahulah dia yang dipertanggungjawabkan nanti jikalau ada benda tidak baik jadi kan?

"Haa, sayang dengar tak apa doktor cakap? Jangan buat kerja. Jadi lepasni abang yang akan buat semua. Sayang jangan buat apa-apa pun, faham?"

"Iya, faham, abang..." ucap Asyina lalu tersenyum, begitu juga dengan Ayyad.

"Kita singgah ke kedai dulu ya? Nak kena beli buah-buahan untuk sayang. Lepastu kena beli susu, jus, makanan yang berkhasiat..."

"Ya, saya tahulah, abang. Jomlah kita gerak sekarang." Asyina memperingatkan Ayyad. Banyak pula Ayyad bercakap ya? Karang tidak sempat pula nak membeli barang itu semua.

SATU susuk tubuh membuatkan Asyina kenal benar dengan perempuan itu. Adakah itu dia? "Amira?" tegur Asyina mengejutkan perempuan yang ada dihadapan.

Betul tekaannya, itu AMIRA!

"Asyina?"

Asyina tersenyum. Jumpa juga kawan baiknya itu. Yalah, lepas saja dia berkahwin dengan Ayyad, Amira bagai menghilangkan diri. Alhamdulillah, sekarang Allah temukan mereka semula.

*edited

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Where stories live. Discover now