Bab 48

1.9K 112 5
                                    

RUMAH Asyina menjadi destinasi Amira untuk dituju. Entah kenapa sejak Asyina menelfonnya kemarin, jantungnya tidak berhenti berdegup. Seperti ada sesuatu saja. Jangkaannya hari ini bakal terjadi satu benda yang tidak dia ingini, dia pasti. Amira memandang penuh kearah rumah yang bertingkat dua itu. Semakin kakinya melangkah, semakin terasa lajunya degupan hati itu. Apa sebenarnya tujuan Asyina mengajaknya berjumpa sekarang?

"Eh, apa lagi kau tercegat dekat sana? Marilah masuk!" panggil Asyina. Amira menoleh kearah Asyina. Dia menelan air liurnya yang terasa pahit. Segera dia berjalan masuk ke rumah Asyina itu. Dia tertanya juga jikalau ada Ahsyaf disana. Yalah, rumah itu kan Ahsyaf yang hadiahkan pada maknya.

"Eh, kenapa kau ajak aku makan dekat rumah kau ni? Ada apa-apa ke yang aku tak tahu ni? Ke kau nak kenakan aku?" bertubi soalan yang dikeluarkan oleh Amira pada Asyina. Asyina sekadar tersenyum. Malaslah dia mahu bagitahu sekarang, karang tak jadi kejutan pula.

"Kau masuk dulu. Apa-apa hal kita bincang dekat dalam. Cepatlah, semua orang dah tunggu tau." Pelik saja didengar oleh Amira. Semua orang?

"Apa maksud kau semua orang? Ramai ke orang dekat dalam sana?" berkerut dahi Amira. Asyina pula tidak membalas. Dia sekadar tersenyum lalu menarik lembut tangan Amira masuk ke dalam rumah. Agak terkejut juga Amira bila ternampak akan mak Asyina sedang duduk didekat sofa sana. Tapi tak kelihatan lah pula si Ahsyaf di mana.

"Inikah tetamu istimewanya?" soal mak Asyina menjongketkan kening ke arah Asyina. Amira memandang ke arah Asyina, istimewa? Weh Asyina, apa pula yang engko buat ni!

"Haa, mehlah duduk kat sini, Amira. Uih, dah besar panjang dah kamu. Haih, bertuah betul orang yang dapat kamu ni. Elok aje rupanya..." puji mak membuatkan Amira tersipu malu.

"T-tak adalah makcik. Biasa je."

"Abang Syaf, cepatlah keluar! Orang tu dah tunggu dah!" arah Asyina. Sengaja dia buat plan ini dengan suaminya, Ayyad. Ahsyaf dengan keterpaksaan pun keluar dari bilik lalu berjalan menuju ruang tamu. Dapat dia lihat susuk perempuan yang rancak saja berbual dengan maknya.

"Haa, Syaf. Kamu tengok ni kawan baik adik kamu, Amira. Dah makin cantik sekarang kan?" puji mak lagi. Makin memerah pula pipi Amira dibuatnya. Makcik ni puji-puji, karang dia terbang pula! Ahsyaf mengerutkan dahi memandang ke arah Amira. Amira pula tidak berani nak memandang Ahsyaf. Malu, malu, malu! Ini semua kerja tak guna si Asyina lah ni! Dahlah sengaja nak buat macam begini ya!

"Amira?" panggil Ahsyaf membuatkan Amira terkedu.

"Ah, mak cik ni ada benda nak kena buat dekat dapur. Nanti Syaf ni akan layan Amira ya? Ada apa-apa nanti bagitau je. Okay?" kata mak.

"Eh, tak apalah, mak cik."

"Takpe.... Ahsyaf, temankan si Amira ni dulu. Hah, Asyina dengan Ayyad sekali ikut mak ke dapur," kata mak sengaja mahu memberi ruang pada Amira dan anak terunanya itu. Asyina dan Ayyad mengangguk. Mereka faham dengan apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh maknya. Mereka pun berlalu ke dapur meninggalkan saja Ahsyaf dan Amira yang sedang membuat signal pada Asyina agar tidak pergi.

SEPI. Tiada yang membuka mulut antara mereka berdua. Televisyen yang besar di hadapan dinyalakan oleh Ahsyaf. Tidak lama selepas itu dia berdehem membuatkan Amira yang tak senang duduk memandang ke arahnya.

"Erm, a... awak nak minum tak?" tanya Ahsyaf. Terasa jantung Amira terhenti buat seketika. Awak? Digelarnya awak?!

"Awak?" panggil Ahsyaf lagi benar-benar membuatkan jantung Amira berdegup laju seperti tidak pada kebiasaannya. Dia tidak menyangka jikalau panggilan sekadar 'awak' dari Ahsyaf mampu membuat dia bagai nak gila sebegini.

"Em, awak?" Ahsyaf memanggil lagi buat kali ketiga namun tiada sahutan. Hanya pandangan kosong yang Amira tatap pada lantai. Mana mahunya dia memandang mata ke mata wajah si Ahsyaf itu. Ahsyaf perlahan-lahan mendekati Amira. Dia memandang ke wajah Amira namun Amira masih tidak sedar lagi akan Ahsyaf yang sudah berada di dekatnya.

"Amira sayang?" panggil Ahsyaf serta-merta membuatkan mata Amira terbuntang luas dengan pipinya memerah. Pantas saja dipalingkan wajahnya ke arah Ahsyaf. Ahsyaf tersenyum manis ke arah Amira.

"Saya panggil tadi awak tak nak dengar. Sekarang ni saya panggil sayang dengar pula?" usik Ahsyaf. Kan Ahsyaf memang dengan perangainya yang suka mengusik? Sedar akan situasi yang memalukan itu, pantas saja tangan Amira mengambil bantal yang ada di sofa lalu dipukulnya pada Ahsyaf. Dipukul berkali-kali pada Ahsyaf dan Ahsyaf hanya melindungi dirinya dengan tangannya.

"Aduh, sakitlah, awak. Maaflah. Saya tak sengaja pun!"

"Yang awak tu cakap macamtu kenapa? Tahu tak saya ni suka dekat awak! Awak tahu tak saya rasa macam nak mati dengar awak panggil macamtu!" kata Amira marah namun berbaur dengan malu dan luahannya juga.

Ahsyaf segera menahan bantal yang dipegang oleh Amira untuk memukulnya itu. Dia memandang lama wajah Amira dihadapannya, "Awak sukakan saya? Seriuslah?"

Amira mengelipkan matanya beberapa kali. Apa? Apa yang dia cakap tadi? OH YA! Lupa yang dia dah TERluahkan pasal perasaan dia tadi...!

"NO!" kata Amira cuba menafikan benda yang sudah benar dan terang itu.

"Eleh, nak tipu konon! Eh, saya dengar tau!" kata Ahsyaf. Satu cubitan hinggap di perut Ahsyaf. Tergelak tawa lah mereka disana. Tidak sedar jikalau adegan itu disaksikan oleh mak, Asyina serta Ayyad.

"TUJUAN saya datang ni untuk merisik anak mak cik," ujar Ahsyaf pada mak Amira. Amira pula sudah tersengih beruk disana. Mahunya dia tidak setuju berkahwin dengan Ahsyaf? Memang itulah impian dia!

"Dah nampak dah senyuman dari anak mak cik ni. Maknanya dia setuju lah tu!" sampuk Asyina dari belakang. Tajam pula pandangan mata dari mak diberikan oleh Asyina. Cepat-cepat Asyina merangkul tangan Ayyad dan konon buat-buat sembunyi dari maknya.

"Baiklah. Nampaknya semua dah setuju. Hah, letakkan tarikh nikahnya bila," kata mak Amira membuatkan mereka tertawa. Ya, agak terkejut lah juga sebab tiba-tiba saja kan? Baiklah. TARIKH NIKAH bagi Ahsyaf dan Amira jatuh pada 12/6. Tinggal dua minggu untuk sampai ke arah itu.

Amira tersenyum, begitu jugalah dengan Ahsyaf serta yang lain, "TAHNIAH ABANG SYAF!" ucap Asyina. Amboi Asyina, sudah lupakah tentang kandungan yang kau bawa tu? Mereka tergelak. Apa pula si Asyina ni! Nasib saja tidak ada yang ada masalah penyakit jantung. Kalau tidak, tentu nahaslah dia disana!

*edited

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Where stories live. Discover now