HARI ini Asyina masih belum dibenarkan keluar kerana masih lagi dalam pantauan. Yalah, dia baru sahaja sedar dari koma yang panjang, memang tidaklah jikalau mahu keluar awal dari hospital. Masih perlu ada rawatan untuk memastikan Asyina benar-benar stabil untuk melakukan aktiviti diluar sana.
"Abang... abang ada bau sesuatu tak?" tanya Asyina pada Ayyad yang sibuk bermain dengan tangan Asyina itu. Ayyad yang mendengarnya mengerutkan dahi.
"Bau apa, sayang?"
"Bau busuk! Abang bau busuk tahu tak! Abang terakhir kali mandi bila ni?" soal Asyina. Dia menarik tangannya daripada genggaman Ayyad. Berpura-pura menutup hidung konon Ayyad berbau busuk.
"Eh? Abang bau busuk?" Ayyad mencium badannya. Tidak ada bau apa pun.
"Sayang tipu abang ea? Abang mana bau busuk! Jangan-jangan datang dari sayang kut!"
"Eh, dari abang lah! Abang pergilah mandi dulu!" arah Asyina. Sengaja dia mahu kenakan suaminya. Macamlah Asyina tidak tahu kalau Ayyad tidak mandi lagi!
"Yelah, abang mandi dulu. Sayang tunggu tau!" Ayyad mengenyitkan matanya kearah Asyina. Asyina berpura-pura menggeleng. Sengaja!
Setelah Ayyad masuk ke dalam bilik air di wad itu, doktor masuk ke wad Asyina. Dia mahu memeriksa tentang perkembangan Asyina, "Macam mana, cik Asyina?" soal si doktor.
"Okey saja, doktor. Oh, ya. Bila saya boleh keluar ni, doktor?"
"Hmm, kalau ikutkan awak dah boleh keluar tapi kami masih mahu pastikan keadaan awak benar-benar stabil. Jadi dijangkakan mungkin besok awak dah boleh keluar lah."
"Baiklah. Terima kasih, doktor." Asyina menayang senyum.
"Ya, sama-sama. And one more thing, please tell your husband untuk check kesihatan juga sebab menurut pemerhatian kami selama ini, suami awak tu pun sepertinya sedang sakit. Jadi, mohon bagitahu dia ya?"
"Baik doktor." angguk saja Asyina.
"Oh ya, satu lagi... cakap dengan dia kalau nak mandi jangan banyak sangat pakai air sebab wad lain pun masih perlu air. Maklumlah hospital ni agak sedikit kekurangan air. Harap maklum ya?" nasihat doktor itu lalu segera berlalu pergi daripada sana.
Asyina mengelipkan matanya. Tidak percaya dia hospital yang canggih begini pun ada masalah air ek? Asyina menggelengkan kepala. Haih, Asyina. Selagi hidup di muka bumi ni, mana-mana pun pasti bermasalah.
"Hah! Abang dah siap mandi dah! Dah wangi!" kata Ayyad sebaik saja keluar daripada bilik air. Ayyad berjalan ke arah Asyina lalu dia berbaring bersama Asyina di atas katil itu.
"Abang ni! Sempit tahu tak!" marah Asyina.
"Alah, abang dah lama tak peluk sayang waktu tidur. Asyik tengok sayang je. Biarlah kalini abang peluk sayang puas-puas, hm?"
Asyina hanya mengangguk. Mengiyakan saja permintaan si suami. Kalau diikutkan mahu saja dia tolak Ayyad dari katilnya, namun kerana takut berdosa dia segera batalkan hasratnya itu. Dosa ngan suami nanti tau!
"Abang, tadi doktor bagitau saya, dia cakap kalau nak pakai air jangan membazir. Hospital ni bankrup air dah," beritahu Asyina pada Ayyad.
"Alah, yelah-yelah. Nanti sayang dah keluar daripada sini abang dah tak habiskan dah air dekat hospital ni hah!"
"Lagi satu doktor cakap yang esok sayang dah boleh keluar..."
Teruja pula Ayyad mendengarnya. "Jadi lepasni bolehlah abang ajak sayang jalan-jalan kan?"
"Boleh-boleh tapi kenalah papah. Kaki ni masih sakit, hmm."
"Boleh je. Jangankan papah, angkat sampai ke katil pun abang boleh," ujar Ayyad nakal. Satu cubitan hinggap diperut Ayyad. Makan tu! Hish! Tidak pernah nak serius kalau bercakap tu.
"Abang ni kan! Dahlah, saya tak nak jalan-jalan dengan abang. Saya nak duduk rumah je."
Senyuman miring terukir dibibir Ayyad, "Bagus juga macamtu. Nanti duduk lama-lama dekat rumah, banyaklah anak kan?" kata Ayyad mengusik lagi. Asyina mencubit lagi perut Ayyad. Suka betul dengan usikan nakal begitu!
"Aw, sayang ni kan cubit-cubit je suami dia. Nanti suami dia terkam dia kat sini baru tahu..." ujar Ayyad lalu tertawa kecil.
"Abang..."
"Yelah, abang tak buat dah! Sukalah bila sayang macamni. Comel je, rasa nak terkam betul-betul pula sayang ni!" sekali lagi Ayyad bercanda. Kali ini Asyina tidak menyubitnya namun dia sekadar diam. Bukan diam kerana marah tapi kerana malu. Makin lama makin melingkar pula tangan Ayyad tu ke mana-mana ya!
"Abang, tangan tu kenapa gatal sangat!" marah Asyina bila Ayyad sengaja menyentuh bahagian punggungnya. Rasa nak menampar ajelah muka suaminya disana. Nasib suami, kalau bukan, dah lama makan tendangan.
"Alahai, tak boleh ke?" muncung bibir Ayyad.
"Ni hospital, abang!"
"Ops. Lupa pula. Takpelah, nanti dekat rumah dah takde alasan ea?" Ayyad tertawa. Kemudian dia bangun dan menoleh ke arah Asyina yang masih terbaring dengan wajah yang memerah itu.
"Malu ea?" soal Ayyad. Asyina menutup wajahnya dengan selimut. Memanglah malu, tempat bukan tempat mereka. Kalau dicop tak senonoh nanti macam mana? Tak ke naya! Ayyad terus menghempap tubuh Asyina, dia memerhati lama wajah Asyina.
"Abang rindu dengan sayang tau. Rindu sangat. Abang rasa macam dah tak boleh hidup kalau sayang tak ada," luah Ayyad.
"Abang... kalaulah takdir telah tertulis yang sayang ni meninggal dulu abang macam mana?"
"Shh... apa sayang cakap macamtu? Don't say that, sayang. Please? Okaylah, kalau itulah yang tertakdir, abang akan pastikan abang akan ikut sama dengan sayang. Abang tak sanggup kehilangan sayang," luah Ayyad lagi.
Berair mata Asyina mendengarnya, "Abang... saya cintakan abang. Sangat."
"Abang pun sayangkan sayang sangat-sangat," kata Ayyad lalu tersenyum. Baru saja mahu dicium bibir Asyina itu, mereka dikejutkan dengan pintu yang dibuka. Astagfirullah!
"Amboi?" ucap mak membuatkan Ayyad terus melompat turun dari katil. Dia berdehem kecil. Aduhai, Ayyad. Apa punya perangai engkau ni? Tahulah dah gatal. Tapi agak-agaklah, kantoi depan mak mertua pula tu!
Mak tersenyum lalu menggelengkan kepala. Dia berjalan ke arah katil Asyina lalu dia duduk dikerusi yang ada disebelah. Sempat matanya dilirihkan kearah Ayyad yang masih cuba untuk menutup malunya.
"Dah sihat sepenuhnya kah ni?" soal mak pada Asyina. Asyina mengangguk kecil. Dia pun sebenarnya malu. Perangai suami dialah ni! Kan dah kantoi! Nasib baik mak tau, kalaulah orang lain tadi macam mana? Takkah dicop buat maksiat tadi hm!
"Alhamdulillah... baguslah kalau dah sihat. Elok-elok sikit badan tu layankan suami kamu tu. Bukan main ye, Yad? Ni, mak nak nasihatkan ni.... bukan tak boleh nak bermanja atau bersweet dengan isteri sendiri tapi kenalah ingat sikit. Ini hospital. Tempat umum," nasihat mak membuatkan Ayyad tersengih. Alahai, malulah pula kalau dah ditegur begini. Nampak pula macam 'desperate' . HAHAHA!
Mak tersenyum. Dia sengaja bilang begitu, mahu bernasihat sekaligus mengusik sikit menantunya itu. Suka sangat duk usik anak dia kan? Biar mak pula usik menantu balik! Kan malu macam kambing kat sana! Baru padan muka dia.
*edited
YOU ARE READING
ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️
Romance[ 03 | COMPLETE romance - humor ] *edited* "RAWR!" Ris Ayyad, pengawas yang dikenali dengan sifat pembersih dan perfectionist. Diminati ramai pelajar perempuan. Dia bukan jenis yang tidak kenal erti cinta tetapi dia tergolong dalam golongan yang ti...