Bab 22

1.8K 105 1
                                    

DIANA, Asyina dan Ahsyaf menyalam lembut tangan sang nenek. Sudah sampai masa untuk mereka pulang. Cuti sekolah Diana dan Asyina pun sekejap saja. Esok mereka sudah kena pergi ke sekolah. Mereka kenalah utamakan dahulu pembelajaran mereka.

"Haih, nenek rasa tak puas lagi nak luangkan masa dengan cucu nenek ni..." kata sang nenek sambil memandang sayu ke arah mereka bertiga. Berat hati hendak melepaskan cucu-cucunya pulang,

"Ala, nenek jangan sedih-sedih. Kalau nenek sedih nanti kitorang pun sedih tau. Nanti ada masa lagi kitorang balik sini. Nenek janganlah sedih, okay?" pujuk Asyina. Dia pun tidak puas lagi duduk di kampung. Rasa nak terus menetap saja di kampung.

Nek Da tersenyum. Makin berat pula hatinya hendak melepaskan mereka pergi. Tentu dia akan kesunyian lagi jika mereka pulang. Dia rindu nak mendengar suara dari cucu dan anak-anaknya itu. Tak sangka masa singkat saja berlalu pergi.

"Haah, mak. Tak payah nak sedih sangat. Insya-Allah kalau budak-budak ni cuti, kami balik lagi sini," celah ibu Asyina. Dirinya sendiri pun berat hati mahu tinggalkan emaknya sendirian. Tapi bila dibawa ke bandar sana, tentu emak dia akan menolak. Katanya dia tak boleh nak berjauhan dengan rumah di kampung ini.

"Iyalah. Kamu itu elok-elok bawa kereta. Jangan bawa laju sangat. Biar lambat asal selamat," pesan si nenek.

"Nenek!! Jumpa nanti lagi! Bye, nenek!!" jerit Asyina dari kereta sambil melambai-lambai tangan ke arah si nenek.

Nenek pun tersenyum kemudian melambai semula ke arah Asyina. 'Haih lah, cu. Makin rindulah nenek ni dekat cucu semua.'

Tentulah dia akan merasa sangat kesunyian di rumah yang sudah bertahun lama dibangun. Datuk pun sudah lama meninggalkannya. Hanya nenek saja yang masih ada untuk menjaga rumah yang sudah tua usianya.

"MAK.... nanti cuti je kita terus balik kampung boleh tak?" pinta Asyina.

"Boleh. Tapi kamu tu kena ingat sikit. Keputusan PT3 kamu kena cemerlang. Ina dah janji dengan mak tau," ibu Asyina memperingat tentang janji Asyina.

Asyina tersengih. 'Alahai, masih ingat rupanya. Kan bagus kalau tak ingat, bolehlah mengelak kan?' ergh, ghisau.

"Yalah, Ina ingatlah," jawab Asyina. Padahal dalam hati sudah siap berdoa supaya maknya tak ingat. 'Eh, Asyina. Kau dah janji kenalah tunaikan. Jangan jadi munafik sangat, Asyina!'

SAMPAI saja di perkarangan rumah. Asyina terus turun dari perut kereta dan mengangkat begnya turun sekali.

"Hah, Ina. Jangan nak lari lagi. Ambil semua beg ni bawa masuk ke dalam rumah. Jangan harap abang kau aje," pesan emaknya.

Asyina melepaskan keluhan panjang. Baru kaki nak melangkah ke dalam rumah dah kena tahan. Tak mengambil masa panjang, Asyina pantas membantu abangnya mengangkat beg-beg yang besar itu. Beg besar macamtu macam nak pindah rumah padahal duduk sehari dua saja kat rumah nenek. hok aloh.

Asyina melabuhkan punggung di sofa. Lenguh kaki dia sebab mengangkat beg yang besar itu. Tah apa saja yang ada di dalam beg. Nak kata pakaian pun agak melampu juga bawa sampai sepuluh kan. Dahlah mandi pun dua kali sehari saja. hoo.

"Nah, air ni. Alahai, baru angkat beg pun dah penat macamni? Muda-muda lagi pun dah lemah ke tulang tu?" sindir maknya.

Asyina terus mengambil air putih yang diberi maknya itu. Dia meneguk sikit air itu kemudian meletakkanya semula ke meja. "Bukan lemah lah, mak. Ina cuma berat tulang heheh," lawak Asyina. menghambar.

"Berat tulang konon. Kamu itu saja yang malas. Apa-apa pun malas nak buat kan? Itulah jadinya," sekali lagi dihentam emaknya.

Asyina terus berubah wajah. 'Aku faham aku malas.'

NUR ASYINA menggaru kepalanya berkali-kali lalu dia menoleh ke arah sang abang yang sibuk dengan komputer ribanya. Asyina sebenarnya dah naik fedup nak menjawab latihan extra yang diberi oleh cikgu matematiknya itu. Dia belum lagi siapkan kerja yang diberi. Karang habislah dia kena ceramah pagi besok. Dengan kerja rumah tak siap, diri pun tak siap lagi nak kena bebel.

Asyina perlahan mendekati abangnya yang tengah sibuk itu. Dia nak tahu juga abangnya tengah sibuk buat apa. Manalah tahu kan tengah chat bakal bini dari Korea. Bolehlah dia berkenal-kenal. aik, tiber di situ.

Asyina mengecilkan matanya melihat apa yang abangnya tenung di skrin computer. "Abang buat apa ni? Abang penulis ke?" soal Asyina.

"Oh, bukanlah. Abang tengah tulis untuk pembentangan," jawab Ahsyaf. Kopinya yang ada di dalam cawan berwarna putih itu dia teguk sedikit. Penulis apanya. Jauh sekali.

"Pembentangan?" berkerut dahi Asyina. "Abang Syaf dah abes belajar pun masih ada pembentangan ke?"

"Ini untuk kerjalah, adik sayangku. Abang Syaf kan dah mula kerja dua bulan lepas. Tak aanlah tak ingat?"

Asyina berfikir sejenak. Dia baru teringat pasal kerja abangnya yang hanya kerja daripada rumah saja. Untung sungguh. Tapi banyak lah kerja yang harus dibuat dan paling tak menarik, kena siapkan kerja yang diberi itu tepat watktu!

"Ni, kenapa tak pergi belajar?" soal Ahsyaf.

"Emm, Ina nak Bang Syaf tolong Ina kejap boleh tak? Dah cuba proses dalam kepala tapi otak error lah pula. Heheh." Asyina tayang sengih.

Ahsyaf tersenyum lalu menggeleng. Ada-ada saja adik kesayangannya ini. Ini mesti sebab dia terlupa nak update otak sampai boleh jadi error begitu. Fuh.

"Hah, yalah. Marilah Abang Syaf ajarkan. Kasihan adik abang ni." kata Ahsyaf lalu mencubit lembut hidung Asyina. Sweet sungguh hubungan mereka dua beradik.

*edited

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Where stories live. Discover now