JONA. Kenal tak kau siapa Jona? Halah, aku tahu kau kenal siapa Jona. Jona yang budak tomboy itulah. Kau tak tahu maknanya kau tak baca kan? Heheh, gurau :).
"Eh, Jona. Aku tengok kau ni jarang betul masuk kelas. Apasal hah? Ada masalah keluarga ke?" soal Afiey.
Jona menghentakkan tapak tangannya di meja. Geram dengan pertanyaan Afiey barusan. Sensitif tahu tak sensitif?! Sungguh kurang ajar pertanyaan yang diajunya.
"Pantang betullah kalau orang babitkan hal keluarga ni. Kau apahal main keluarga? Aku tak sentuh pun bab keluarga kau kan?!" Jona naik marah.
Jona menjeling tajam ke arah Afiey kemudian dia menyusun langkah keluar daripada kelas. Tak semena dia terlanggar Ris Ayyad di luar sana. Mata mereka saling berlaga buat sedetik sebelum Jona memarahinya.
"Ish, semaklah!" marah Jona.
Dijelingnya Ris Ayyad kemudian dia mempercepat langkahnya beredar daripada sana. Panas hati dia. Semua sebab Afiey. Hanya kerana pertanyaan yang satu sahaja membuatkan dia begitu panas!
Ris Ayyad masuk ke dalam kelas 1. Dia terus saja ke tempat duduknya. Dia pandang ke arah Afiey. Wajah Afiey berkerut-kerut, mungkin turut marah dengan Jona tadi.
"Kau kenapa?" soal Ris Ayyad.
Ris Ayyad mengeluarkan pen serta kertas putih bergaris. Bersiap-siap untuk menyambung notanya lagi. Ini kebiasaan untuk seorang Ris Ayyad.
"Aku serabut betul tau tak dengan budak tomboy tu. Dahlah jarang hadir! Aku elok tanya dia tadi dia boleh marah aku? Ey, panas aku."
"Betul ke kau tanya dia elok-elok tadi?" soal Ris Ayyad.
Afiey menggeleng kemudian melepaskan keluhan. "Tak," jawabnya perlahan.
"Apa yang kau tanya dia?" Ris Ayyad mahu tahu.
"Aku tanya dia kenapa tak datang sekolah. Aku tak sengaja tertanya kalau-kalau dia ada masalah keluarga. Itu pasallah angin satu badan terus tomboy tu."
Afiey menerangkan kepada Ris Ayyad. Ris Ayyad menganggukkan kepalanya, dia faham. Patutlah dia marah. Manusia mana tak marah bila masuk bab keluarga bukan?
"Nanti dia masuk karang kau minta maaf terus. Jangan tangguh." Ris Ayyad menasihatkan Afiey. Dia faham dengan perasaan Jona. Pasti perempuan itu benar-benar bermasalah dengan 'keluarga'.
"Eh, tak. Sekarang ni apasal aku kena minta maaf pula? Dah pergi lantaklah dia. Malaslah nak melayan tomboy gila macam dia tu."
"Kau tak boleh macamtu. Kau dah buat salah kan? Minta maaf jelah. Bukannya susah. Aku tengok elok aje kau minta maaf dengan girlfriend kau. Yang itu tak susah pula? Setiap kali lambat datang dating, mesti minta maaf. Kan?" Ris Ayyad sengaja mengkritik.
"Eh, itu dengan girlfriend. Diorang perempuan kan? Aku kenalah mengalah. Tak akanlah aku dengan perempuan nak berkasar? Lainlah macam Jona tu hah."
"Jona itu pun perempuan juga, Afiey." Ris Ayyad menjongket kening ke atas.
"Alah, dia tu tomboy." Afiey masih dengan pandangan yang sama terhadap Jona.
"Walaupun macamtu itu hanya sekadar gaya sahaja. Hakikatnya dia cuma seorang gadis yang senang terluka. Dan kau kena ingat, Afiey. Dia itu perempuan. Sama seperti perempuan yang kau jadikan sebagai girlfriend kau."
ZUP. Sentap membe. Afiey terdiam. Tak mampu dia nak membalas lagi. Iyalah, kalau berdebat dengan Ris Ayyad memang mustahil nak menang. Lelaki itu sama sifatnya seperti perempuan. Selalu nak menang!
JONA mendengus.
"Takde benda lain nak cakap. Keluarga, keluarga, keluarga. Rimaslah tahu tak?!" Jona menghentakkan tangannya pada pintu tandas itu. Rimas pabila dirinya asyik ditanya tentang keluarganya.
Tapi kenapa....?
Jona yang ketika itu berumur 12 tahun meloncat kegembiraan pabila melihat keputusan upsrnya itu. Dia merasa tak sabar nak tunjukkan silp keputusannya itu pada ibu serta bapanya. Mesti diorang bangga dengan Jona.
"Assalamualaikum ibu! Jona dah balik!"
Tiada sahutan.
Jona mengerutkan dahinya. Kemana agaknya ibunya pergi? Selalunya tengah hari begini mesti ada dirumah.
"Awak sanggup buat saya macamni? Habistu sekarang ni saya nak hidup macam mana? Anak kita pula macam mana?!" terdengar suara ibunya yang berada didapur itu. Jona yang penasaran terus ke dapur.
"Apa maksud awak saya yang jaga dia? Awaklah yang jaga!" wajah bengis ibu Jona ketika bertelfon itu menengangkan suasana. Sebaik saja ibunya meletakkan talian, Jona memanggil ibunya.
Ibu Jona terus menoleh ke arah Jona. Wajah bengisnya itu sungguh menakutkan. "Oh kau? Dah balik ye?" soal ibu Jona.
"Ibu kenapa ni?" soal Jona gagap.
"Kenapa kau tanya aku? Hei, budak bodoh! Pasal engkaulah laki aku ceraikan aku! Pasal engkau jugalah aku banyak masalah tahu tak Menyesal aku lahirkan budak yang pembawa sial macam kau ni!" setiap ucapan ibunya itu menikam diri Jona. Mimpinya untuk mendapat pujian dari sang ibu menjadi sebuah mimpi buruk.
Sejak dari hari itu, ibu Jona sering marah-marah. Jona pula kerana takut, dia sering bersembunyi di dalam almari. Dia takut pada ibunya itu. Kerana setiap kali ibunya menjumpai Jona, Jona pasti menjadi sasarannya untuk melepaskan kemarahan. Dipukul sehingga lebam tanpa ada rasa belas kasihan.
Suatu hari, ibunya telah dibawa ke rumah sakit jiwa kerana didapati mengalami stres dan menyebabkan dirinya sakit mental. Ayah Jona pula tidak mahu menjaga Jona. Lalu Jona dihantar ke tempat neneknya. Dimana rumah neneknya itu adalah tempat tinggalnya hingga sekarang.
Neneknya lah yang mengambil alih membesarkan Jona dengan hasil duit kedai runcit neneknya itu sehingga sekarang. Lalu persoalaannya, kenapa dia benci ketika ditanya tentang keluarga?
Itu kerana dirinya telah banyak sekali menderita akibat keluarga. Dia serik dan pedih bila mengingat kembali kejadian lalu.
Sakit tapi tidak berdarah. Itulah dia.Perlahan-lahan air mata mula membasahi pipi Jona. Sudah lama dia tidak mengeluarkan air mata selepas kejadian itu. Ini kerna dia telah bersumpah untuk tidak mengeluarkan setitik air mata. Dia tidak mahu terlihat lemah. Kerana turunnya air mata itu membuatkan dirinya sakit serta lemah. Dia tidak mahu itu semua! Namun sekarang dia tak bisa menepati sumpahnya itu.
Air mata yang kian ditahannya dari jatuh akhirnya jatuh jua. Buruk mana juga perangai serta sifatnya dia tetap manusia. Manusia yang lemah dan perlukan sokongan baru buat dirinya.
(√) edited*
![](https://img.wattpad.com/cover/251437673-288-k144835.jpg)
YOU ARE READING
ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️
Romance[ 03 | COMPLETE romance - humor ] *edited* "RAWR!" Ris Ayyad, pengawas yang dikenali dengan sifat pembersih dan perfectionist. Diminati ramai pelajar perempuan. Dia bukan jenis yang tidak kenal erti cinta tetapi dia tergolong dalam golongan yang ti...