TELEVISYEN yang menayangkan rancangan 'Magika' itu dipandang oleh Ahsyaf. Kemudian dihelanya nafas panjang tatkala matanya jatuh ke arah Asyina yang tertidur di atas lantai, kepala ditekupnya ke atas kusyen. Keadaan tubuh Asyina tika itu pula sedang meniarap. Ini mesti kerana terlampau penat.
Ahsyaf menggoyangkan lengan Asyina perlahan.
"Adik, pergilah tidur dekat dalam bilik sana. Tak elok tau kalau tidur dengan keadaan bertiarap macamni."
Asyina tidak mendengarkan Ahsyaf. Dia penat sangat. Tak larat dia nak pindah ke bilik. Dah alang-alang tidur di hadapan televisyen ini biar sajalah. Lagipun lantai marmar di dekat ruang tamu ini agak sejuk. Nyaman sungguh tempat nak berbaring.
"Adik selesa ke tidur macamni? Tak sakit ke dada tu, hm?" risau pula Ahsyaf lihat kalau adiknya tidur dalam keadaan bertiarap. Tentulah sakit di bahagian dada. Dia sendiri pun tak akan selesa untuk tidur dalam keadaan begitu.
"Alaa. kalau Ina dah boleh terlelap macamni memang selesa lah. Dahlah, abang pergilah sana." Asyina menyambung semula tidurnya.
Ahsyaf menggeleng. Suka hatilah adiknya itu. Asyina sekarang sudah berumur tujuh belas tahun, Ahsyaf nak angkat pun dah tak larat.
HANIF ukirkan senyum ketika matanya bertentang dengan mata Asyina. Asyina pula sedikit terkejut dengan kehadiran Hanif. Buat apa pula lelaki itu ke sekolah ini lagi jikalau dia sudah pun tamat persekolahan?
"Hai," sapa Hanif.
"Apa awak buat dekat sini, Hanif? Bukan awak dah habis belajar ke?"
Hanif tertawa. Suka benar dia lihat wajah Asyina yang kehairanan begitu. Nampak comel saja.
"Awak ikut saya dulu," bawa Hanif. Lengan bajus sekolah Asyina itu dia tarik dan dibawanya Asyina menuju ke belakang makmal computer. Disana ada meja untuk tempat lepak para pelajar asrama selalunya.
"Ada apa ni, Hanif?"
"Saya sebenarnya nak bagitahu yang saya akan ke luar negara. Saya nak sambung belajar dekat sana. Saya datang ke sekolah harini pun sebab saya nak ambil kad report sukan saya." Hanif menerangkan.
Asyina angguk. Ingatkan Hanif ingin menyambung persekolahannya di kelas tingkatan enam di sekolah menengah ini lagi. Tak sangka lelaki itu mahu belajar sampai ke luar negara.
Luar negara.... Asyina terus teringatkan Ris Ayyad.
"In Sha Allah, kalau saya dah tamat belajar nanti, saya akan balik semula ke Malaysia. Saya akan bawa Ris Ayyad sekali supaya kita dapat duduk satu pelamin."
Asyina sedikit tersentak. Dia berkerut dahi. Apa maksud Hanif berkata sedemikian?
"Saya tak bergurau tau dengan awak. Saya dah tanam janji dah supaya kita kahwin."
Asyina hanya mampu mendiamkan diri.
"SPM tinggal 4 bulan lagi kan? Goodluck tau. Saya akan sentiasa doakan untuk awak. Awak pun doakan lah untuk saya ya? Agar Allah permudahkan urusan saya di kemudian hari." Hanif tersenyum.
Asyina hanya balas dengan senyuman kecil. Dia tak faham akan apa yang cuba untuk Hanif sampaikan. Soal kahwin itu lagi mencurigakan!
NUR ASYINA membuka sampul surat yang dikirim oleh Hanif. Lelaki itu pernah bilang kalau dia lebih suka dengan menggunakan penulisan surat secara tangan, nampak lebih bermakna dan ikhlas. Lagipun, Hanif memang jenisnya yang suka akan cara konvensional. Tidak bermakna dia tak gunakan cara moden. Hanya saja, cara yang ini lebih menarik.
Ke hadapan, Nur Asyina.
Saya tulis surat ini khas untuk awak. Saya harap awak sihat selalu. Saya di England sekarang. Dan saya sihat saja. Saya tulis surat ini sebab saya nak cakap tentang perkahwinan yang saya pernah janjikan pada awak dulu. Saya ikhlas dengan apa yang saya cakap. Saya harap awak sentiasalah jaga hati awak. Doakan saya agar dipermudahkan urusan dan cepat-cepat menamatkan pelajaran agar saya dapat kotakan janji saya. Saya juga berjanji akan bawa Ris Ayyad semula. Tentu meriah majlis perkahwinan kita nanti.
Salam sayang, daripada Hanif.
Asyina menutup surat tersebut. Dia tidak tahu bagaimana hendak mengekspresikan perasaan dia. Pada pandangan dia, Hanif memang seorang lelaki yang baik. Dia juga tak dinafikan memiliki wajah yang agak tampan. Tapi hati Asyina tetap saja utuh mencintai lelaki bernama Ris Ayyad.
Asyina menghela keluh.
Adakah kehadiran insan bernama Hanif ini membawa cinta yang baharu untuk diri Asyina? Adakah mampu untuk dirinya menerima Hanif sedangkan dia tidak bisa melupakan Ris Ayyad? Terlalu banyak persoalan yang bermain di fikiran seorang Asyina. Dia masih tercari apa jawapan untuk tiap persoalan tersebut. Sesungguhnya dia penat asyik mengingati serta menaruh harapan pada suatu hal yang tidak pasti.
Atau adakah ini seharusnya langkah pertama agar Nur Asyina move on?
*edited
YOU ARE READING
ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️
Romance[ 03 | COMPLETE romance - humor ] *edited* "RAWR!" Ris Ayyad, pengawas yang dikenali dengan sifat pembersih dan perfectionist. Diminati ramai pelajar perempuan. Dia bukan jenis yang tidak kenal erti cinta tetapi dia tergolong dalam golongan yang ti...