Bab 5

3.8K 182 41
                                    

NUR ASYINA tidak dapat tidur akibat memikirkan tentang hal dua hari lalu. Aduh, dia malu. Malu yang teramat! Mana dia nak letak malunya ini weh? Dahlah kerush nampak dia menguap!

Asyina mengetuk kepalanya.

'Haihlah Asyina. Kenapa kau ni selalu sangat bermasalah eh? Memang terlahir untuk bermasalah je ke? Huhuh!' monolog Asyina.

"Asyina," panggil Amira membuatkan Asyina terus menoleh ke arahnya.

Dia mengangkat kening bertanda dia bertanya 'ada apa?'

"Kau okey tak?" tanya Amira.

Asyina mengedipkan matanya. Okey? Dia mengangguk kecil. Dia okeylah. Mana ada dia sakit. Muka dia elok saja pun.

Amira meletakkan tangannya di dahi Asyina. Asyina mengerutkan dahinya. Dah kenapa minah ini main check suhu bagai ni?

"Kau tak demam pun. Kenapa eh?" soal Amira.

Asyina menolak tangan Amira.

"Weh, aku okey jelah. Kenapa?" Asyina menyoal.

Amira menggelengkan kepalanya.

"Aku sebenarnya takut kalau-kalau kau ni demam. Yelah, dari tadi asyik cakap seorang-seorang."

Asyina mengelipkan matanya beberapa kali. Dia tak percaya yang dia fikir dia sedang bermonolog padahal sedang bercakap seorang diri.

WANDA memandang ke arah Diana yang duduk tak tenang. Macam orang yang hilang barang pun iya. Wanda nak bertanya pun serasa serba salah. Tapi dengan keadaan Diana, mana dia sanggup nak tengok saja kan? Kawan baik itu.

"Dia-" belum sempat Wanda memanggil Diana, Diana bangun dari duduknya dan terus melangkah keluar dari kelas.

Wanda diam tak terkata. Apa hal pula dengan Diana ni? Wanda menggelengkan kepalanya. Malaslah dia nak ikut Diana. Mungkin dia nak tenangkan fikiran kan? Jadi tak usahlah diganggu. Karang bertambah teruk lagi stresnya.

DIANA mengetuk pintu kelas 1. Matanya tertumpu pada Ris Ayyad. Dia mahu berjumpa dengan Ris Ayyad sebentar. Ada perkara yang hendak dia bicarakan. Penting sangat!

"Boleh saya panggil Ris Ayyad kejap?"

Cikgu AddMath itu mengangguk kemudian dia memandang ke arah Ris Ayyad. Melihat Diana si ketua pengawas itu datang tentulah cikgu berfikir ada tugasan yang mahu dia bincang dengan si penolong ketua pengawas.

"Hah, pergilah keluar, Ris," kata cikgu memberi kebenaran.

Ris Ayyad menghembus nafas kecil. Dia bangkit dan terus menyusun langkah keluar dari kelas. Dia menayang wajah datarnya. Pandangan dia dingin.

"Apa yang kau nak cakap ni?" tanya Ris Ayyad.

Diana terdiam. Lidahnya kelu. Dia tak tahu macam mana nak cakap tapi kerana rasa bersalah menyelubungi diri dia tika ini.

"Aku nak minta maaf pasal haritu. Aku tak sengaja nak kunci kau kat sana. Aku cuma geram je sebab kau tak makan coklat yang aku bagi," terang Diana.

Ris Ayyad menghembus nafas panjang. Dia tak marah pun cuma dia tidak suka dengan perbuatan Diana. Tak akanlah Diana tidak tahu kalau dia tidak makan makanan yang diberi orang? Dia tahu Diana kenal akan dirinya bagaimana.

"Kau tau kan aku tak makan makanan yang orang bagi? Kau kena faham benda tu."

Setelah mengucapkan itu, Ris Ayyad terus saja melangkah masuk semula ke kelas. Diana pula terkedu disana. Dia rasa macam nak menangis pun ada. Dia terasa dengan apa yang diucapkan oleh Ris Ayyad sebentar tadi. Tapi tak mengapalah. Merana memang salah dirinya juga.

*** PEPERIKSAAN BAKAL BERLANGSUNG MINGGU HADAPAN ***

Notis itu dilekatkan pada papan kenyataan di setiap kelas. Jadual juga sudah dibagi dari kelas ke kelas. Jadi terpulang kepada pelajar sama ada mahu serius dalam peperiksaan ataupun tidak.

Mereka yang akan menduduki peperiksaan bukan? Jadi kenalah bersedia. Walaupun hanya sekadar peperiksaan biasa tapi perlulah mereka bersedia juga.

Takkan nak main hentam saja jawab kertas nanti kan? Jadi apa gunanya kau belajar kalau tak ulangkaji semula? Sia-sia jugalah kau yang bergelar sebagai pelajar.

Pelajar tapi tak belajar, tak guna juga kan?

"Uwa, dah nak exam ke minggu depan? Kenapa cepat sangat? Aku tak prepare apa-apa lagi ni!" rungut Asyina.

Kalau bab peperiksaan dia seorang sajalah yang akan mengalami stres berlebihan. Mana tidak, antara banyak-banyak orang tak cerdik, dia seorang saja yang langsung tak reti apa-apa!

Lainlah seperti yang lain. Tak cerdik pun masih boleh mereka menjawab. Tapi kalau Asyina ini.... jangankan jawab, tengok saja pun dia tak faham!

Entah mungkin otaknya sudah lali dan tak boleh nak terima lagi pembelajaran baru kan? Entah. Barangkali lah.

Amira menggelengkan kepalanya.

'Budak Asyina ni kan, ada je aku kenapalah tak nak minta ajar kan?'

"Kau ni bukan tak bersedia tapi malas nak bersedia. Otak kau tu dah setkan untuk malaskan diri aje kerjanya."

Asyina menoleh ke arah Amira. Amira mengangkat keningnya dan mengukir satu senyuman. Hish, benci Asyina nampak senyuman tu. Nak mengejek dia lah itu.

"Nak buat macam mana dah, Amira. Aku memang pemalas pun," kata Asyina bernada sedih.

"Kau ubahlah sifat pemalas kau tu. Kau bukannya tak boleh berubah kan?"

"Ish, susah tahu tak? Kau tak ada dekat tempat aku bolehlah cakap. Ini aku yang rasa tau tak. Haih," keluh Asyina.

"Tak. Sekarang ni kau cuba lagi. Cuba sampai hilang sifat malas kau tu. Dulu masa sekolah rendah elok je kau dapat straight A semua kan?"

"Itu waktu zaman sekolah rendah. Senang aje. Tapi sekarang ni lain tau tak. Semuanya susah. Aku pula rasa dah macam fedup." Asyina menghela keluh lagi.

Amira menepuk belakang Asyina perlahan.

"Kau kena percayakan diri kau, Asyina. Kalau kau terus macam ini nanti exam PT3 macam mana? SPM lagi macam mana?"

Asyina terdiam. Dia tak menjawab. Memang ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Amira itu. Tapi apa yang dia nak buat? Berubah.... itu jawapannya. Tapi bukan semudah yang disangka untuk prosesnya!

"Besok kita akan mulakan sesi belajar sendiri. Nanti aku datang pergi rumah kau. Biar aku ajarkan kau."

Asyina mengangguk. Yalah. Nak buat macam mana lagi kan? Dah dia yang volunteer nak ajar, terima ajelah.

Lagipun dia memang nak lulus exam. Lagi-lagi bila tahun depan nak PT3. Kenalah dia rajinkan diri yang pemalas itu. Kalau tidak berubah daripada sekarang, sampai ke mati pun tidak akan jadi apa-apa. Nak berubah kena mula dari diri sendiri. Itu kuncinya.

(√) edited*

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Where stories live. Discover now