Bab 27

1.7K 100 2
                                    

NUR ASYINA sekarang sudahpun berumur 16 tahun.

Matanya merenung dalam akan sapu tangan milik Ris Ayyad. Sengaja dia tidak mahu kembalikan kepada si Ris Ayyad. Sesekali kalau dia merasa rindu, dia boleh tenung saja sapu tangan itu. Sekurang-kurangnya terubatlah sikit rasa rindunya.

"Wah, senyum-senyum ini ada sesuatu ke?" Amira menyoal.

Asyina berdehem kecil sebelum kepala ditoleh kepada Amira.

"Kau boleh baca fikiran kan?"

Amira berkerut, "Apa yang kau merepek ni? Kau ingat aku ini ada superpower ke hah?"

Asyina tertawa kecil. Dia bercanda saja. Tentulah dia tahu si Amira ini tak ada kuasa untuk baca fikiran orang. Dia mahu uji Amira. Manalah tahu tekaan Amira benar. Maka, benarlah dia boleh baca fikiran orang.

"Bagitahulah apa yang kau senyumkan, Ina. Aku ni tak boleh kalau tertanya-tanya."

"Ala, bukannya ada benda apa pun. Aku saja mengimbas kembali memori terindah di tahun lalu. Yang penuh makna" Asyina tersengih lagi bila terbayangkan wajah Ris Ayyad. Tak akan pernah lepas wajah lelaki itu dalam benaknya.

Amira terus mengangguk-angguk. Dia dah tahu pasal apa dan siapa.

"Aku tahu siapa. Ho, masih berangan nak jadi isteri kepada abang pengawas kau lah ni kan?"

Asyina hanya senyum.

"Eleh, senyum-senyum macamtu. Kau tak payah nak berangan dan bermimpi di siang hari ya. Umur pun tak cecah lapan belas tahun tau. Jangan nak mengada."

"Ala..... berangan tak salah pun. Kau berangan nak kahwin dengan abang aku boleh pula." Asyina membalas.

Amira membuat muka. Dia pun berhak tau untuk berangan-angan. Lainlah kalau ada orang itu yang sudi untuk benar-benar setuju untuk bagi angan-angannya menjadi sebuah kenyataan. Dialah orang yang paling bahagia sekali!

Asyina menunjal kepala Amira.

Budak ini kalau petik saja bab abangnya, bukan main lagi angau.

"Kau pun tak payah nak bermimpi di siang hari!"

Amira hanya buat muka tidak kisah, suka hati dia lah.

KANTIN menjadi persinggahan Amira dan Asyina sebaik sahaja selesai membetulkan awning tudung di dalam tandas. Dah alang-alang dah masuk rehat, terus sajalah ke kantin.

"Eh, kejap. Ina, kau tengok tu. Itu bukan ke Ris Ayyad?" Amira menggoyangkan lengan Asyina.

Mata Asyina yang tertumpu pada kaunter sana terus saja menoleh. Dia terpandang sosok tubuh seroang lelaki. Dia kenal sosok itu.

"Eh, kenapa abang pengawas kau tu duduk dengan Wanda? Diorang kawan ke? Tapi setahu aku Ris Ayyad tak kawan dengan perempuan" Amira merasa pelik.

Asyina juga sama.

Ris Ayyad sedang duduk berhadapan dengan Wanda di meja sana. Mereka tampak berbual agak mesra. Wajah Ris Ayyad pula sedikit terukir senyum. Itu membuatkan rasa sakit menusuk-nusuk ke dada Asyina.

Cemburu?

"Saya punyalah ingat yang awak ni sombong. Rupanya tak kan?" Wanda tertawa. Selama ini dia fikir bahawa Ris Ayyad orangnya memang sombong.

"Mana ada. Saya lebih selesa kalau seorang diri. Itu pasal orang cakap saya sombong kut. Saya bukannya tak nak berkawan. Cuma lebih selesa dengan bersendirian."

Wanda mengangguk, "Cakap pasal kawan. Awak ada girlfriend?"

Ris Ayyad diam.

Asyina yang melihat terus saja memusingkan badan. Dia tak sanggup lah nak pandang kalau macam begini gayanya. Dia terus mengorak langkah untuk beredar daripada situ. Tapi Amira malah menarik tangannya semula.

"Kau nak ke mana? Bukan kau cakap kau lapar ke tadi?"

Asyina menggeleng, "Dah tak rasa lapar dah sekarang. Jomlah kita balik kelas je."

"Eh-" Amira menghela nafas. Dia bertoleh ke arah Ris Ayyad dan Wanda sekali sebelum langkahnya diorak mengejar langkah Asyina.

Sesampainya di kelas, Asyina terus saja melabuh punggung di kerusi. Kepala dijatuhkan ke atas muka meja. Dia masih lagi teringat akan Wanda dan crushnya yang ada di kantin. Dia pun bodoh juga, kenapa dia tidak pergi tegur Ris Ayyad?

Cemburu.

"Weh, kau kenapa ni? Tadi kata lapar" Amira turut melabuh punggung ke kerusi.

"Malas," balas Asyina sepatah.

Amira geleng kepala, "Kau sebenarnya jeles pasal crush kau tu kan?"

Asyina mengangkat kepala. Dia pandang lama wajah Amira. Tentulah dia jeles. Tak jeles? Maknanya dia tak ada perasaan lah dengan Ris Ayyad!

"Eh, korang! Nak tahu tak Ris Ayyad dengan Wanda sebenarnya couple!" jerit seorang pelajar perempuan.

Berita itu cepat saja sampai ke pendengaran Amira dan Asyina.

"Eh, biar betul?" soal Amira.

Si perempuan itu mengangguk laju, "Betul! Kitorang baru je habis makan dekat kantin. Ris Ayyad dengan Wanda dating tau dekat kantin! Sweet sangat."

Asyina berubah wajah.

Amira pandang ke muka Asyina. Dia dapat lihat kawannya itu sangat sakit mendengar khabar yang entah benar atau tidak. Tapi apa yang pasti, Asyina sangatlah benci mendengar berita itu.

Sejak-sejak berita itu tersebar, habis hebohlah satu sekolah tentang Ris Ayyad dan Wanda. Cerita-cerita asyik berlegar. Bertambah sakit hati Asyina bila dia terpaksa menadah telinga mendengar gossips itu semua. Dia tak mahu dengar tapi terdengar juga.

Tetapi.

"Pindah?" Ris Ayyad terkejut bila ibunya berbuat keputusan untuk membawa Ris Ayyad berpindah ke England.

*edited

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Where stories live. Discover now