Bab 3

5.8K 286 86
                                    

DIANA mengetap bibirnya kuat. Biarlah sampai luka pun dia tak kisah! Yang dia kisahkan sekarang, kenapa Ris Ayyad tak makan coklat yang dia bagi? Itu memang buat dia sakit hati yang teramat!

'Aku siap letak dalam kotak. Buat cantik-cantik. Tapi kau tak makan? Melampau betul!'

Penumbuk dikepal erat oleh Diana. Benci? Mana mungkin. Dia cuma tak puas hati!

"Diana, lepasni kau teman aku pergi library kejap. Ada benda aku nak buat-" Wanda mengerutkan dahi memandang ke arah Diana.

Bahu Diana disentuhnya perlahan.

"Kau apasal ni?" tanya Wanda.

Diana sedikit terkejut namun dia segera mengukir senyuman.

"A...apa dia? Apa kau cakap tadi?" tanya Diana semula.

"Aku cakap tadi temankan aku pergi library."

Diana sekadar mengangguk. Fikirannya sedikit terganggu akibat memikirkan cara untuk mengenakan Ris Ayyad itu. Dia mahu balas rasa sakit hatinya pada Ris Ayyad.

'Kau tunggu nasib kau. Aku pastikan kau dapat balasan sebab tak makan coklat yang aku bagi!'

AFIEY memegang kepalanya yang berdenyut tak sudah. Sakit kepalanya memikirkan jawapan untuk soalan matematik yang tengah dia laksanakan. Dari tadi difikir jawapan, langsung tidak dapat!

"Kenapalah kau susah sangat hah? Tak boleh ke kalau kau senang sikit?" rungut Afiey sendiri.

"Kau cakap macamtu pun tak ada gunanya. Matematik tetap susah. Kau kena berinteraksi dengan matematik secara hati ke hati."

Afiey menoleh ke arah Ris Ayyad.

"Berinteraksi hati ke hati kau cakap? Eh, ini kertas matematik tau. Mana ada hati." makin pening Afiey dibuatnya.

"Kalau kau pandai ambil hati perempuan, takkan kau tak boleh nak ambil hati matematik?"

"Eh, kau cakap macam senang je! Ingat ambil hati perempuan ni senang ke? Aku kena rancang strategi dulu tahu tak!" wajah Afiey sudah masam mencuka.

"Tahu pun ada strategi. Macam begitulah matematik. Kena rancang strategi dia, baru buat. Kalau perempuan kau try hard nak ambil hati dia, kenapa tak try hard juga buat matematik kan?"

ZUP.

Tersentak lagi membe. Haritu dah sekali dia bagi sentap, sekarang bagi lagi? Good joblah Ris Ayyad. Such a savage!

NUR ASYINA memandang kosong ke arah kertas sains itu. Sungguh, dia tak faham. Sejak mula dia masuk sekolah menengah satu apa pun dia belajar dia tak faham!

"Hei!" kejut Amira.

Asyina langsung tak terkejut. Dia melepaskan satu keluhan.

"Kenapalah aku tak pandai macam kau?" ucap Asyina kemudian menghempas lembut kepalanya ke meja.

"Sister. Tak ada orang yang dilahirkan dalam dunia ni terus pandai. Benda kena usaha dulu baru boleh!"

"Tapi aku malaslah nak usaha. Aku usaha ke tak usaha ke keputusan dia tetap juga sama. Aku ni tak pandai." Asyina melepas keluh.

"Eh, dahlah tu. Jangan cakap macamtu. Itupun satu doa tahu tak? Dah, kau sekarang bangun dan belajar. Biar aku ajarkan kau, okey?"

Asyina tidak menjawab. Dia malas. Malas yang dah tahap maksima. Jadi kalau begitu, satu saja caranya. Tidur. Ya, itulah Nur Asyina. Si babun paling pemalas! Macam authornya juga. tibe.

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Where stories live. Discover now