Bab 44

1.6K 101 8
                                    

ASYINA dan ibu sekadar diam saja di meja makan itu. Ayyad merasa kekok sedikit dengan suasana di meja makan kali ini. Entah kenapa rasa seram sejuk saja. Ayyad berdehem namun tiada respon yang diberikan. Mereka berdua masih meneruskan mengunyah makanan mereka tanpa memperdulikan Ayyad.

"Emm, Yad ada buat salah apa eh harini, bu?" soal Ayyad pada ibunya. Ibu menoleh ke arah Ayyad kemudian menoleh ke arah Asyina. Mereka saling berpandangan kemudian tawa terletus jua.

"Isteri kamu mengandung, Yad!" ucap ibu membuatkan Ayyad sedikit terpinga-pinga. Ha? Mengandung? Isteri?

Ayyad membulatkan matanya memandang ke arah Asyina yang sedang tersenyum lebar, "Sayang mengandung?!"

Asyina menganggukkan kepalanya.

"Jadi maknanya abang dah nak jadi ayah lah ni?"

Asyina mengangguk lagi.

"Alhamdulillah, syukur!" ucap Ayyad membuatkan ibu serta Asyina tertawa. Wajah Ayyad jelas terpapar akan kegembiraan serta syukur yang tidak ada batasnya. Ini adalah hadiah yang sesungguhnya berharga buat seorang suami!

Asyina tersenyum-senyum bila Ayyad segera mengusap perutnya. Belum lagi terlihat perubahan pada perut Asyina tapi Ayyad tetap saja usapnya lembut. Dia rasa tidak sabar pula untuk lihat anaknya lahir. Dia tidak sabar ingin menunggu!

"ABANG, dah lama kita tak balik rumah mak. Jomlah kita balik sana, bang..." pinta Asyina. Sebenarnya Asyina sudah bercadang mahu ke rumah maknya untuk menginap di sana sehari dua malam.

"Boleh, sayang." Ayyad senyum. Dia pun menyambung membuat pekerjaannya. Nanti tidaklah dia terlalu sibuk besok. Boleh dia bermain dengan isteri serta anaknya yang berada dikandungan Asyina itu.

Asyina sekadar memerhati saja wajah Ayyad yang tekun menyiapkan kerjanya dalam sehari. Asyina merasa bersyukur sangat kerana Allah jodohkan mereka berdua. Kalau dulunya crush, sekarang dah jadi suami. Bagaimana itu? Asyina tersenyum sendiri.

Dia tidak menyangka pun jikalau dia akan berakhir dengan dikahwini crush sendiri. Yang kononnya dulu dia tidak mahu mengingatkannya lagi tapi dia tidak bisa mengubur perasaan cintanya. Semakin dia cuba untuk kubur perasaan itu, semakin bertumbuh pula cinta itu. Dia sendiri tidak tahu apa lagi yang harus dia buat untuk memusnahkan rasa cinta itu.

Tetapi Allah telah membuka hatinya itu semula untuk tetap menyintai lelaki yang bernama Ris Ayyad. Cintanya sekarang benar-benar membuahkan satu hasil yang menggembirakan Asyina.

Saya tak pernah menyesal cintakan awak, Ris Ayyad.

"Hati-hati tau jalan tu, Yad. Jangan bawa kereta laju sangat. Ingat sikit bini kamu tu mengandung." pesan ibu pada Ayyad.

"Iya, ibu."

"Ingat ya, Yad. Jaga menantu ibu itu elok-elok. Jangan ada cedera mana-mana tau! Kalau ibu tahu Ina tu luka kah apa siaplah Yad ibu kerjakan tau!"

"Ya Allah.... Iya, ibu. Yad tahu." Ayyad geleng kepala. Isteri dia, tentulah dia akan jaga elok-elok. Asyina hanya mampu tersenyum melihat kedua anak beranak itu.

"ASSALAMUALAIKUM, mak!" ucap Asyina dari luar rumah. Asyina hendak lari masuk ke rumah tapi pantas saja tangan Ayyad menangkap lengan Asyina kemudian didakapnya tubuh Asyina dari belakang.

"Sayang... sayang tu mengandung. Jangan nak mengada-ngada nak lari eh?"

Asyina tersenyum kambing. Alahai, encik suami ni! Bukannya ada apa-apa pun kalau lari kan?

"Sayang dengar tak cakap abang ni, hm? Kalau sayang tak dengar abang ikat sayang dekat dengan badan abang biar sayang tak boleh lari. Hm?" Ayyad menjongketkan keningnya.

"Haih, abang ini kan. Nanti saya bagitau mak baru tau!"

"Bagitahu lah. Nanti abang cakap sayang ni degil taknak dengar cakap abang." Ayyad tidak mahu kalah.

"Abang!" marah Asyina manja.

"Oi, buat apa lagi tu duk berpeluk depan rumah hah?" jerit Ahsyaf mengejutkan kedua pasangan suami isteri tersebut.

"Eh, kejap Bang Syaf!" jerit Asyina. "Ish, abang punya pasal lah ni! Tengok tu Abang Syaf dah tegur dah tau tak!"

"Eh, salahkan abang pula? Sayang tu yang nakal sangat tau tak. Dah, pergilah masuk dulu. Nanti barang-barang ni abang bawa masuk."

"Hmm, yalah, suamiku...." ucap Asyina lalu berjalan masuk ke rumah. Sebelum itu sempat dia menghadiahkan ciuman pada pipi Ayyad membuatkan Ayyad tersenyum sampai ke telinga. Comel betul bini dia ini.

"Assalamualaikum, Bang Syaf." ucap Asyina lalu menyalam tangan abangnya itu.

"Iya, waalaikumsalam. Haa, apa khabar adikku sayang?" tanya Ahsyaf.

"Baik saja, Bang Syaf. Hah, bolehkah jikalau kanda membantu suami tercinta adinda mengangkat barang?" Asyina menayang senyum. Ahsyaf menggelengkan kepalanya.

"Iyalah..."

"Mak!" laung Asyina. Dia terus masuk ke dalam rumah. Senyumannya mati tatkala matanya bertembung dengan mata milik Diana. Hatinya bagai terhenti seketika.

"Eh, Asyina. Sinilah," panggil Diana ramah benar dengan Asyina. Asyina tidak menjawab. Dia bagaikan kaku di sana. Kenapa?

*edited

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Where stories live. Discover now