Cuti semester telah pun tamat. Kini semester pertama bagi sesi baharu bermula. Aku pulang ke kampus dengan semangat dan azam yang baharu. Ceh, menipu sangat. Semangat sebab nak jumpa buah hati sebenarnya. Jap. Siapa buah hati Hairul ni?!
***
"Will you be mine? Reply me once you touchdown later", bisik Naim ke telingaku sebelum aku melangkah pergi.
"Kalau taknak pun takpe. I'm sorry if I make you feel uncomfortable", tambahnya tersipu dan berlalu pergi meninggalkan aku di hadapan pintu berlepas.
Fikiranku bercelaru sepanjang satu jam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Kerusi empuk Business Class ini pun tak dapat menghentikan resah gelisahku. Ingatanku melayang ke Naim. Nak terima ke tak? Nak terima ke tak? Jap, bukan dia dah ada girlfriend ke? Ah, tapi aku dah mula rindukan dia. Sial! Jampi apa yang kau dah baca dekat aku ni Naim?! Mungkin bukan jampi, tapi batang dia. Eh. Bitchnyah mulut. Haha.
Sehingga cuti semester tamat aku menghilangkan diri daripada Naim. Pada mulanya aku ingin menghilangkan diri seketika. Saja nak tengok perasaan aku ini macam mana sebenarnya. Betul ke aku sukakan dia? Seminggu pertama aku susah nak tidur kerana tiada Naim di sisi untuk memelukku tidur. Hekeleh, baru dua malam tidur berpelukkan, itupun dah rindu. Kutuk diriku sendiri. Ahh.. Tapi rasanya sangat tenang walaupun selepas tu benda lain yang berlaku. He he he. Ah, tapi kalau betul-betul dia nak kan kau, mesti dia akan cari kau! Bentakku semula. Mungkin dia malu? Sebab dia ingat aku tak nak kat dia?! Aku nekad, naik semester ni aku nak balas confessionnya. Aku tahu semester ini dia masih menjadi roommateku.
Aku mengangkat barangku naik ke bilik setelah mendapatkan kunci bilik di pejabat am. Tombol pintu dipulas. Barangan Naim sudah terletak kemas di tempatnya. Eh, awal mamat ni balik. Getus hatiku. Aku meletakkan barang dan mengemas sedikit bahagianku. Aku turun semula ke kereta untuk mengambil saki-baki barang yang tak dapat dibawa bersama tadi. Tiba-tiba aku ternampak sepasang kelibat manusia berhampiran dengan keretaku. Dup! Aku kenal sangat pasangan tu. Naim dan Qistina berjalan bergandingan menghala ke kafeteria. Naim tersengih-sengih macam orang mabuk bercinta. Qistina pula menyilangkan tangan memeluk lengan Naim. Macam pasangan bercinta. Tak guna punya jantan bisex yang hot. Laa tiber sempat memuji. Bitch!
Aku menghempaskan pintu kereta dan berlalu pergi dengan baranganku yang penuh di tangan. Panas beb. Panas. Hati aku membara ditambah lagi dengan cuaca terik pada waktu tengah hari itu. Sufian yang menegurku berselisihan ditangga pun tidak aku endahkan. Muka aku masam mencuka. Lebih masam dari cuka! Heh. Aku terus mengemas baranganku dan berlalu mandi setelah selesai.
Semasa membuka pintu, Naim sedang duduk di katilnya sambil memandang ke arahku. Aku buat tidak nampak akan kewujudannya dan sekadar hanya memandang dengan ekor mata sahaja. Aku menuju ke almari dan mencari boxer dan baju yang ingin dipakai. Tiba-tiba ada sepasang tangan memelukku dari belakang dengan kejap. Aku meronta.
"I miss you", bisik Naim di telingaku. Aku terus meronta.
"Lepaskan aku!" Jerkahku.
"Miss you kepala hotak hang", laa tiber keluar loghat utagha. Aku berpaling menghadapnya. Mukanya terkejut dengan reaksiku.
"Dah ada girlfriend tu buatlah cara dah ada girlfriend. Janganlah jijik sangat nak ajak aku bercinta lepas tu. Nasib baik aku tak reply apa-apa hari tu", aku terus membelakangkan Naim dan memakai pakaianku. Aku menuju ke meja belajar dan memasang laptopku. Aku perasan Naim terus keluar entah ke mana. Eh, kisah pula aku! Terus aku membuka laman sesawang Netflix. Lebih baik aku sambung tengok siri The Crown musim ke-4 yang tergendala. Musim ini adalah musim kegemaranku kerana adanya watak Princess Diana. Tapi aku makin menyampah pula dengan keluarga monarki tersebut terutamanya dengan Charles. Ah! Korang tengoklah sendiri baru faham.
Semasa hendak turun ke kafeteria, Naim masih lagi belum pulang ke bilik. Mana pula mamat ni pergi. Eh, pondan, tadi kau sendiri yang tak kisah dia nak pergi mana. Aku sekali lagi terserempak dengan Sufian yang juga ingin turun ke kafeteria untuk makan malam.
"Babe, are you okay?" Soalnya.
"I'm okay".
"Tapi kau tak layan pun aku masa aku tegur kau tengah hari tadi?"
"Emm.. Sebab panas kot tadi. Tu yang hati aku pun macam membara juga tu", balasku. Sufian memandangku pelik. Tanpa banyak soal, dia terus menyuapkan nasi goreng ikan masin ke dalam mulutnya. Aku pula hanya menguis-nguis kuetiau goreng di dalam pingganku.
"Lahh, tadi kata okay? Ni dah kenapa duk kuis kuetiau tu lagu tu? Duk termenung macam orang mati laki aih", tegur Sufian. Nasi goreng dalam pinggannya dah habis licin.
"Emm.. Entahlah. Aku tiba-tiba takde selera".
"Ish, bak mai aku habiskan kalau macam tu", Sufian sambung melahap kuetiau goreng ku pula. Dia ni makan macam naga. Tapi gemuknya tidak. Kurus je. Badan terletak helok pulak tu. Eh! Apa ni Hairul.
Pejalanan pulang ke bilik sunyi tanpa sepatah bicara antara aku dan Sufian. Sampai saja di bilik, aku lihat pakaian Naim tergolek di atas lantai. Tualanya pula tiada. Hmm. Mandi la tu. Aku mengambil keputusan untuk terus tidur. Mengantuk pula rasa. Baru pukul 1030 malam. Hmm. Tak lama kemudian, aku terasa ada badan menghimpit dan tangan memelukku dari belakang. Aku yang memang teramatlah mengantuk, malas nak amik kisah. Esok-esok je lah sambung gaduh. Haha
"I miss you, baby boo. I missed you so much", bisiknya sebelum kami sama-sama terlena. Pelukkannya semakin erat.
YOU ARE READING
Bayang (boyXboy)
RomanceNaim yang hadir sebagai roommate baru sedikit sebanyak mengganggu jiwa Hairul. Dalam diam Hairul mula menyukai roommate barunya itu. Amaran: akan ada beberapa chapters yang ada 18sx melampau. #First time menulis. Tak tahu la best ke tak.