Dua Belas

542 11 0
                                    

Mak dengan ayah melambai aku dari pintu masuk ke balai berlepas hingga aku hilang dari pandangan. Aku singgah ke tandas dahulu sebelum ke pintu berlepas. Jam di tangan dikerling sekilas. Ada lagi 30 minit. Sempat je ni.

Aku mendapat priority boarding kerana tiket yang Naim belikan untukku merupakan Business Class seat. Sedikit canggung. Selalunya naik tiket kelas Ekonomi je. Hehe.

Macam biasa, tepi tingkap adalah seat kegemaranku. Nasib baik la Naim bookkan seat tepi tingkap ni. Aku suka melihat keadaan sekeliling yang semakin mengecil dan lama-kelamaan lenyap dari pandangan. Kepulan-kepulan awan putih macam gula-gula kapas. Geram!

Perjalanan yang kurang dari sejam terasa sungguh lama. Haih. Tak sabar nak jumpa kesayangan. Eh. Tak sabar nak jumpa Naim. Eh, tak. Tak sabar nak bercuti. Haha.

Pengumuman daripada juruterbang menghentikan lamunanku. Kapal akan mendarat kurang dari 10 minit. Aku mengenakan seatbelt semula sambil menjengah ke luar tingkap. Kelihatan bangunan dan jalan raya. Yes. Kota Bharu, here I come!

Anak-anak kapal mengucapkan terima kasih kepada penumpang yang sedang berangkat keluar dari pesawat. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum. Perlahan aku berjalan menghala ke tempat untuk mengambil bagasi. Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki di bumi Kelantan ini. Dah lama berhasrat untuk datang bercuti ke sini, tapi belum berkesempatan.

Sambil menunggu bag, Hairul melihat-lihat notifications di skrin telefon pintarnya. Antaranya terdapat nama Naim. Terus dia membalas mesejnya.

> Dah sampai ke tuuuu?

< Dah! Tengah tunggu bag jap.

> Okay, Naim tunggu kat depan ni.

< Baik, boss!

Hah! Tu pun dia. Segera aku mengangkat begku. Pemegang ditarik, terus aku berjalan menarik beg keluar dari kawasan itu. Dari jauh kelihatan Naim melambai-lambai ke arahku. Aku membalas lambaiannya. Gembira betul rupa dia dengan senyuman yang lebar macam tu. Tak pernah aku tengok. Rindu aku kettew? Eh! Merepek.

"Hairuuuullllll!" Tegurnya sambil berlari anak ke arahku. Aku hanya tersenyum melihat telatahnya.

"Iyeee", bag yang aku tarik tadi bertukar tangan. Naim insist nak tarikkan bag untukku. Takut aku penat katanya. Awww.. Padahal perjalanan sejam je pun. Takdelah penat mana pun. Haha. Aku hanya membuntuti langkah Naim. Dia menuju ke arah sebuah kereta Estima yang sedang menunggu di hadapan pintu keluar airport.

"Parents dia ikut amik ke?" Gumamku dalam hati. Kelihatan seorang lelaki berkemeja putih berusia lingkungan lewat 30-an keluar dari tempat pemandu. Eh. Driver ke? Dia menghampiri Naim dan mengambil begku daripada tangannya lalu menyimpan di bahagian belakang kenderaan. Aku mengikut Naim memasuki ke dalam kereta.

"Abang Azmi, kita singgah Nasi Ulam Cikgu dulu ya sebelum ke rumah?" Ujar Naim.

"Baik, Tengku", lelaki yang bernama Azmi itu menukar gear dan meneruskan perjalanan ke destinasi yang dipinta Naim tadi. Aku memandang ke luar tingkap. Oh, aku hampir terlupa nak update mak dengan ayah. Terus aku menekan butang panggil.

"Hello, mak! Orang dah sampai tadi. Ni dalam kereta dengan Naim".

"Okay, baiklah. Jaga diri. Kirim salam Naim. Mak dengan ayah singgah Ikea jap. Dating. Hehehe".

"Amboi seronok ek".

"Saja. Mak ingat nak tukar sikit perabot kat rumah tu. Sejak pindah tak bertukar".

"Ooo.. Okay okay. Kirim salam kat ayah. Assalamualaikum, bye!"

"Waalaikumussalam", talian diputuskan.

"Mak kirim salam", aku memalingkan muka ke arah Naim yang sedang ralit melihat skrin telefonnya.

"Waalaikumussalam", balasnya tanpa sedikit pun mengangkat muka. Huh! Dasar. Apa yang menarik sangat perhatiannya ntah sampai langsung tak angkat muka. Aku kembali melihat pemandangan di luar. Sesekali aku menatal susur masa Twitter dan Instagram. Kereta terus meluncur laju ke destinasi yang Hairul sendiri tak pasti entah berapa jauh lagi.

"Abang Amri, jom la makan sekali", ajak Naim.

"Takpe, nanti abang makan di rumah saja. Ada lagi baki sarapan yang Mak Mah masak pagi tadi. Saya tunggu Tengku dalam kereta saja, ya", ujarnya.

Amri memang begitu. Dia akan menolak tiap kali Naim mengajaknya makan di luar. Bukannya Naim nak suruh Amri belanja pun, dia yang akan tolong bayarkan untuk Amri. Walaupun Amri sekadar pemandu yang diupah bapanya untuk keluarga, tapi Naim tidak pernah menganggap Amri sebagai pekerja. Dia menghormati Amri seperti abangnya sendiri. Amri sendiri yang create a line antara majikan dan pekerja. Naim tak boleh nak mendesak selalu. Pernah dulu Naim acah-acah merajuk, baru Amri nak teman dia makan. Haha. Perangai betul Naim ni.

Aku melihat lauk-pauk yang terhidang di hadapanku. Mak datuk, banyak gila pilihan dia oi! Betul lah macam yang Naim bagi tahu tadi. Tempat ni memang popular dengan lauk nasi campur yang banyak. Kadang sampai tak tahu nak pilih apa. Aku berjalan dari hujung ke hujung. Masih berfikir-fikir nak pilih lauk apa untuk makan tengah hari. Naim sudah penuh pinggan dengan lauk pilihannya. Amboi. Sudahnya hairul mengambil ikan keli goreng, sambal bilis, kuah masak kurma, dan sedikit budu. Fav! Nyums. Ikan keli dia pun besar mak datuk. Rasa takut pula nak makan. Haha.

Sambil menikmati makanan tengah hari mata Hairul memerhatikan sekeliling. Dia memberhentikan pandangannya setelah terlihat pintu gerbang besar yang cantik berdekatan dengan tempat makan mereka.

"Naim, sebelah sana tu apa?" Tanyaku sambil menjuihkan bibir menunjukkan arah. Naim toleh sekilas.

"Oh. Sebelah sana ada Istana Jahar, Muzium Diraja Istana Batu, dan Istana Balai Besar".

"Lepas makan ni kita singgah kejap boleh?" Naim hanya mengangguk.

Istana Jahar dan Istana Batu merupakan dua buah muzium diraja yang terletak saling berhampiran di tengah-tengah bandaraya Kota Bharu. Istana Jahar merupakan istana kayu yang dibina oleh Sultan Muhammad II untuk cucundanya. Istana tersebut kini menjadi muzium yang memaparkan sejaranh tentang kesultanan Kelantan dari dahulu hingga kini. Istana Batu pulah dibina oleh Sultan Ismail sekitar tahun 1939 untuk dikurniakan sebagai hadiah perkahwinan kepada Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Zainab II. Istana ini telah dijadikan tempat perkahwinan kerabat-kerabat diraja, tempat kediaman bagi raja-raja serta tetamu-tetamu Sultan Kelantan sebelum dipinjamkan untuk dijadikan muzium.

Istana Balai Besar juga telah dibina semasa zaman pemeritahan Sultan Muhammad II untuk dijadikan tempat baginda bersemayam. Istana ini merupakan Istana Keramat kerana ia merupakan tempat berlangsungnya segala upacara rasmi dan adat istiadat diraja dari tahun 1845 sehingga kini. Istana Balai Besar tidak lagi dijadikan tempat bersemayam sultan-sultan tetapi dijadikan tempat rasmi untuk semua upacara diraja sehingga kini. Agittew korang belajar sejarah sikit dalam bab ni. Haha.

Selesai melawat muzium dan mengambil gambar di kawasan sekitar, mereka terus menuju ke kereta untuk pulang ke rumah Naim. Amri masih setia menunggu.

Bayang (boyXboy)Where stories live. Discover now