Empat

828 21 0
                                    

Aku termangu-mangu melihat ke luar jendela sambil tangan menopang dagu di atas meja belajarku. Huargh! Bosan. Hujung-hujung minggu macam ni memang akan selalu bosan. Assignment memang sudah lama aku siapkan. Aku tak suka buat kerja terkejar-kejar di akhir-akhir waktu; stress.

Komputer riba di atas meja dijeling sekilas. Fail-fail berisi movie semuanya sudahku tonton. Talian internet yang disediakan pihak universiti tak beberapa baik. Nak stream movie online, alamatnya berjanggutlah kena tunggu. Skype pula tiada yang online. Dulu selalulah juga dia chatting dengan ex nya.

Kebiasaannya kalau waktu-waktu macam ni, Naim selalu mengajaknya keluar makan tengah hari dan menonton wayang. Tapi... Naim pula entah ke mana. Awal-awal pagi lagi sudah bersiap wangi-wangi. Moodnya sungguh ceria. Pergi dating agaknya. Untunglah. Aku masih begini, loner. Takde hit pun dekat Grindr. Sudahnya, aku delete terus aplikasi tersebut.

Aku teringatkan Sufian. Lantas jari-jemariku menekan2 skrin telefon pintarku, mencari nama Sufian dalam senarai kontak. Butang 'panggil' ditekan.

Tuttut tuttut tuttut. Sepuluh saat berlalu. Masih tidak berjawab. Aih, mana pula mamat ni pergi? Aku merebahkan tubuh di atas katil. Penat pula tiba-tiba.

Aplikasi Twitter ditekan. Susur masa ditatal. Tiada apa yang menarik perhatian. Bosan. Cliché. Penuh dengan drama dan attention seeker.

<Guys bagi cadangan nak lunch kat mana ni guys. Bosan takde teman. ☹️>

Aku menekan butang 'hantar'. Susur masa terus aku tatal. Membaca satu persatu tweet followingku.

<@hxsf: Kfry jom!>

Tiba-tiba aku mendapat balasan. Alamak, siapa dia ni? Dah la gambar tak nampak muka.

<Alaaa, mahal la @hxsf!>

<@hxsf: Jomlah, I belanja you. Boleh date sekali. DM number please 😉>

Ewah-ewah. Apa tiba-tiba dapat hit kat Twitter pulak ni? Alah, apa salahnya. Dah ada orang nak belanja kan?

> Hi qt(3.14).

Tiba-tiba masuk mesej di Whatsapp. Siapa pula ni?

< Hi, @hxsf ke ni?

> Yeah, call me Hasif.

< Kita nak makan kat mana ni?

> Kfry, iOi City Mall?

< Alaa, jauhnya.

> Give me your address, I'll pick you up now.

Eh, alamak. Dia nak amik pulak. Hmm.

< Eh, it's okay. See you there in 45 minutes!

Aku bergegas ke bilik air untuk menyiram badan. Dah mandi pun tadi, saja nak segarkan badan. Aku bersiap ala kadar. Malas mahu berlebih-lebih. Bukan dating dengan pakwe pun. Kunci kereta dan dompet dia atas meja kucapai. Segera aku ke kereta.

Aku terjengah-jengah mencari kelibat Hasif di dalam restoran. Katanya berbaju biru dan bertopi Adidas. Takde pun.

< Kat mana? Takde pun?

Baru saja menekan butang 'hantar' tiba-tiba ada orang menegurku.

"Hairul, right?" Soalnya.

"Ye, sa...", aku terpaku melihat mamat tersebut.

"Eh, kenapa pandang I macam tu? Anyways, I'm Hasif", mamat tadi memperkenalkan diri.

"Err. Hairul", aku membalas teragak-agak. Aih, handsomenya mamat ni. Tapi kenapa nampak macam familiar je.

"Jomlah masuk", aku mengikuti langkahnya. Selesai membuat pesanan, dia memulakan bicara.

"So... you are still studying?" Soalnya kepadaku. Aku hanya mengangguk. Tiba-tiba hadir rasa malu dalam diri. Asal ni? Selalu takde pulak aku malu macam ni.

"Kat mana?" Tambahnya lagi setelah melihat aku hanya menjawab tanpa mengeluarkan sepatah kata.

"Klang valley. Exact location dirahsiakan", aku tersengih. Dia hanya tersenyum mendengar jawapanku.

"You ni steward ke?" Soalku.

"Kenapa you rasa I ni steward pula?" Soalnya kembali. Pipi aku memerah. Masakan aku boleh lupa, dialah paramugara yang aku kerap kali pandang semasa dalam penerbangan pulang ke Malaysia tempoh hari. Takkan aku nak jujur pula, kan?

"I just remembered I saw you somewhere. And I baru teringat masa dalam flight balik Malaysia hari tu", ujarku. Dia hanya tersenyum.

"Ooh, stalk I eh?" Balasnya. Alamak, kena tepat kat batang hidung. Aku melarikan anak mata memandang ke luar. Mujur pesanan pun tiba. Kami berbual biasa sambil menikmati hidangan.

"Thanks Hasif for the treat", kataku sebelum kami berpecah mengikut haluan masing-masing.

"My pleasure. Kalau you jadi bae I, hari-hari pun I boleh belanja", dia mengenyitkan mata. Mukaku merah.

"See you again soon", cepat aku ingin menghabiskan perbualan.

"I'm looking forward to it", balasnya. Terus aku berjalan laju menuju ke tempat letak kenderaan. Hasif menghantarku dengan pandangan dan senyuman yang meleret.

Aku tersengih sendirian setelah masuk ke dalam kereta. Cair pulak tengok dia tadi. Hehe.

Kringgg! Anganku musnah. Ish! Siapa pulak yang panggil ni?

"Hello?"

Bayang (boyXboy)Where stories live. Discover now