Sepuluh

604 12 0
                                    

Kini semester sudah menghampiri ke penghujungnya. Masing-masing sibuk dengan submission, presentation, report, dan kuiz. Aku juga tak terkecuali.

"Hairul, teman Naim dinner malam ni", tiba-tiba ada tangan melingkari dadaku. Nafas Naim yang hangat menyentuh tengkukku. Ahh, not now!

"Tengku Naim Shah! Saya ada banyak lagi kerja nak siapkan ni" Terus dia meleraikan pelukkannya lalu berdiri tegak. Aku memandangnya sekilas.

"Naim pergi la makan sorang. Macam takkan dinner je ni", balasku. Tangan terus laju menekan papan kekunci. Naim mengeluh hampa.

"Nak Naim bungkuskan apa-apa tak?" Aku mengangkat kening. Sounds good!

"Nasi goreng USA satu! Nanti kita bayar upah ek?" Aku mengenyitkan mata. Nakal. Naim menggulingkan anak matanya. Dompet di atas meja dicapai lalu dia melangkah keluar. Aku terus tenggelam dengan assignmentku.

"Arghhh!!" Skrin laptop tiba-tiba mati. Mati la weh. Mati la weh. Aku tak simpan lagi kerja tadi. Mati la. Rasa macam nak menangis. Tapi tak guna. Sebab kecuaian sendiri. Siapa suruh tak pasang pengecas tadi, huh?

***

"Itu alasan awak?" Suara Dr. Laila sedikit meninggi. Aku tersentak.

"I wasn't expecting this from you. Orang lain ada yang dah hantar awal. Inilah dia kalau buat kerja last minute", tambahnya lagi. Aku hanya memandang kakiku. Sepi. Sendu.

"Tapi Dr–"

"Takde tapi-tapi. You are going to fail and repeat this subject!" Jantungku seakan direntap. Masa seakan berhenti.

Malang. Dr. Laila taknak terima alasanku dan kerja caca-merba yang aku hantar tadi. Aku berjalan keluar daripada bilik pensyarah. Longlai. Aduhai. Apalah nasib malang yang menimpa aku ni.

"Eh, Hairul. Kau okay tak ni?" Kebetulan, aku terserempak dengan Sufian. Aku hanya menggelengkan kepala. Mata sudah berkaca.

"What's wrong?"

"I failed and going to repeat Dr. Laila's subject", ujarku. Tawar. Sufian memelukku.

"There. There. Takkan dia tak terima alasan kau?" Bahuku sudah terhincut-hincut. Aku menangis. Aku tewas akhirnya. Sudah puas aku cuba recover Microsoft Word selepas aku mencucuk elektrik. Namun tidak berjaya. Pelik. Selalu boleh pulak. Mungkin nasib tidak menyebelahi aku.

"Sudahlah. Takmau menangis lagi. Buruk orang tengok", Sufian mengelap air mataku. Aku tersenyum nipis.

"Makan jom?" Eh, gila budak ni. Aku dah la tengah patah hati ni. Ecewah.

"Takde selera".

"Alaaa jom la", Sufian menarik tanganku. Aku terdorong ke hadapan. Langkahnya ku buntuti.

"Dah, masuk kereta cepat"

"Kita nak pergi mana ni?"

"Makan", jawabnya pendek. Pintu kereta ditutup. Malas aku nak bertanya lebih lanjut, terus aku mengeluarkan telefon pintarku.

Susur masa Twitter dan Instagram aku tatal. Sufian yang menandu di sebelah tidak aku hiraukan.

"Hairul, bangun", perlahan-lahan aku mengangkat kelopak mata. Sejak bila aku tertidur aku tak pasti. Penat sebab menangis agaknya tadi. Muka Sufian hanya sejengkal daripada mukaku. Dia tersenyum. Handsome. Aku menjadi kaget.

"Kau... dah.. kenapa?" Suara Hairul tersekat-sekat.

"Takde apa. Kita dah sampai. Jom!" Aku memandang sekeliling. Eh?

"Apa ni? Aku mana ada duit nak makan kat tempat macam ni!" Bentakku perlahan. Sufian hanya tersengih.

"Ek? Aku tak cakap aku nak berlanja kau ek?" Aku buat muka.

"Dah jom. Aku dah lapar ni", Sufian terus mengatur langkah menuju ke pintu masuk.

"Apa mimpi kau tetiba nak makan kat sini ni?"

"Entah. Tetiba aku macam nak fine dining pulak", Sufian membalas. Untunglah jadi anak orang kaya ni. Asalkan ada duit, semua boleh.

Aku melihat menu dan harga. Telan air liur. Mak aih, ni makanan ke emas ke apa ni?

"Erm... Sufian.. Kau sure ke ni?" Dia memandangku. Tajam.

"Err.. okay, okay", aku kembali melihat menu.

"Thanks Sufian for the treat", kataku semasa kami beriringan menuju ke bilik masing-masing.

"Welcome, no problem. Kau kan kawan aku", balasnya. Tersungging senyuman di bibirnya. Tanpa aku sedari, ada makna yang tersirat.

Grilled salmon tadi masih menghantui aku. Sedap weh! Aku dah la penggemar setia ikan. Eh, tetiba. Aku masuk bilik tersengih-sengih tanpa memperdulikan Naim yang pelik melihat gelagatku.

Bayang (boyXboy)Where stories live. Discover now