Tiga

858 26 2
                                    

"Hairul, dah makan ke?" Soal Naim kepadaku yang sedang mengeringkan rambut menggunakan tuala.

"Belum, kenapa?"

"Jom makan sekali", ajaknya. Intonasinya sedikit manja. Pelik. Aku memandangnya sekilas. Naim masih memerhatikanku.

"Nak makan mana?"

"Kat kafe je lah".

"Okay, sekejap. Nak siap", balasku.

Naim makan nasi goreng USAnya dengan penuh berselera sekali. Aku tersenyum melihat telatahnya.

"Lapar sangat ke?" Tanyaku.

"Ha'ah. Tadi tengah hari tak sempat makan. Kejar submission", ujarnya.

"Hah, itulah. Ini mesti kes buat kerja last minute ni".

"Eh, mana ada lah Hairul. Pensyarah yang tiba-tiba bagi kerja lepas tu terus suruh hantar. Mana sempat nak buat semua benda", balasnya sedikit geram.

"Alah, biasalah tu. Dah degreekan".

"Hmm".

Aku kembali menyuap kuetiau kungfu ke dalam mulutku. Aku kunyah perlahan. Nikmat. Kuetiau kungfu merupakan kegemaranku selain nasi goreng biasa dan telur dadar untuk hidangan makan malam.

"Naim anak bongsu ke?" Tiba-tiba aku bertanya. Naim hanya mengangguk mengiyakan.

"Patutlah...", sengaja aku tidak menghabiskan ayatku. Aku kembali menyuap makanan ke dalam mulut. Naim memandangku, keningnya terangkat.

"Patutlah apa?" Soalnya ingin tahu.

"Patutlah... Nampak manja sikit", balasku tersengih-sengih. Naim tersedak. Pantas aku menepuk-nepuk perlahan belakangnya dan menghulurkan air.

"Eh".

"Ketara sangat ke?" Soal Naim setelah kembali pulih daripada batuk-batuk akibat tersedak tadi.

"Boleh la, sikit".

"Hmm. Saya manja dengan orang yang saya selesa je. Abang dengan kakak atas saya semua dah bekerja dan mendirikan rumah tangga. Tak sempat nak merasa kasih sayang mereka", balasnya perlahan. Saki-baki makanan di dalam pinggannya dihabiskan.

"Ohh. Faham".

"Abang pulak?" Soalnya.

"Ada seorang kakak. Kami rapat sejak kecil. Tapi sekarang dia sambung ijazah kedoktoran di Australia", Naim terangguk-angguk mendengar ceritaku.

"Hey, Hairul", Hannah tiba-tiba menegurku.

"Ha, Nana. Baru nak makan ke?", balasku.

"Taklah, dah habis dah. Makan dengan roommate aku tadi. Ni siapa?" Eh, sibuk pula dia.

"Hmm. Ni Naim, roommate aku".

"Ohh, cute. Okaylah, aku gerak dulu", sempat Hannah mengenyitkan mata kat Naim. Gatal.

"Siapa tu?" Tanya Naim.

"Coursemate", jawabku sepatah. Aku menghabiskan air minuman.

"Jom", ujarku lantas bangun meninggalkan meja. Naim mengikuti langkahku. Naim tiba-tiba memaut lenganku. Langkahku terhenti. Terperanjat. Aku menoleh ke arahnya. Dia sedang menunduk sambil mengangkat sebelah kaki membetulkan strap sandalnya. Dadaku berdegup kencang. Mukaku merah. Terasa panas.

"Eh, Hairul marah ke?" Soal Naim pelik melihat mukaku memerah. Aku hanya menggelengkan kepala dan hanya memandang ke hadapan. Ada sesuatu yang aku sorokkan daripada Naim. Sebenarnya aku telah jatuh suka kepadanya. Tiada siapa mengetahui rahsia aku yang satu ni. Memang aku simpan ketat supaya tidak pecah. Sudah lama aku sedar perasaan songsangku ini; sejak di sekolah menengah apabila aku berfantasi akan cikgu biologiku, Cikgu Ahmad.

Aku terus mengorak langkah menuju ke bilik.

********
Naim POV

Aku memandang Hairul. Nampak mukanya memerah. Aku terkejut. Eh, dia marah aku ke? Aku sekadar nak imbangkan badan je tadi. Segera aku meminta maaf. Sebenarnya aku keliru dengan perasaan aku. Entah macam mana, aku boleh terminat dekat si Hairul ni sejak hari pertama jumpa dia. Padahal aku pernah ada teman wanita. Cumanya kami putus dengan alasan untuk fokus belajar apabila dapat menyambung ijazah.

Hairul ni boleh dikategorikan sebagai jambu. Comel. Not bad. Cuma aku pelik, kenapa dia ni masih takde teman wanita. Gay ke? Pernah aku cuba menggodanya masa hari pertama dia menjadi roommateku. Sengaja aku hampir berbogel di hadapannya, tapi reaksinya biasa-biasa sahaja. Tak nampak pula dia teruja atau mencuri-curi pandang ke arahku. Hmm.

Tapi aku senang dengan kehadirannya sebagai roommate aku. Aku menghormatinya dan menganggapnya seperti abangku sendiri. Dia pula rajin melayan karenahku. Ke sana ke sini dia mengikuti kehendakku. Hairul berkenderaan, memudahkan lagi pergerakanku. Tumpang saja keretanya. Tapi takdelah aku jadi pelesit. Tiap kali aku mengajaknya keluar, mesti aku akan belanja dia makan atau isikan minyak. Walaupun kadang-kadang dia menolak, aku tetap berkeras ingin membayarkan untuknya.

Bayang (boyXboy)Where stories live. Discover now