Sedang aku berjalan menuju ke fakulti seorang diri, tiba-tiba seseorang menepuk bahuku.
"Weh, sorang je ke?" Aku melihat ke arahnya. Sufian, rakan sekelasku. Kelihatan sedikit tercungap. Mungkin mengejar langkahku tadi.
"Hmm. Awal pula kau hari ni?" Dia hanya tersengih.
"Biasalah, awal-awal semester ni. Semangat masih menggunung", aku hanya mencebik.
"Seronok cuti sem? Pergi mana je?" Sambung Sufian.
"Nothing much. Kerja. Ada la juga aku pergi bercuti ikut family aku. Kau pulak?" Balasku.
"Aku pergi Euro tour dengan family aku. Hehe", ujarnya.
"Untunglah".
"Nah, ini untuk kau", Sufian menghulurkan beg kertas kepadaku.
"Apa ni?" Aku mengerutkan dahi.
"Buah tangan", balasnya singkat.
Keluarga Sufian senang. Bapanya seorang juruterbang. Tiap kali cuti panjang, panjang saja langkahnya pergi bercuti. Tapi, tiap kali itulah dia tak lupa membelikan sesuatu untukku. Sufian tak lokek dan tak sombong seperti sesetengah anak orang kaya yang lain. Habis tahun satu, dia ke US. Kali ni Eropah pula.
Aku melihat isi beg tersebut. Tongkat sakti Harry Potter. Keychain. Tumbler Starbucks. Not kertas wang Pound Sterling. Terbeliak mataku. Excited.
"Weh, tahu-tahu je aku suka benda-benda ni", ujarku.
"Well, Sufian kot!" Balasnya berlagak angkuh. Kemudian dia ketawa.
"Terima kasih".
"Sama-sama. Eh, kau dah print lecture notes?"
"Dah", aku menghulurkan satu salinan ke arahnya.
"Eh, untuk aku ke?" Aku hanya mengangguk.
"Ni yang buat aku sayang kau lebih ni", sambungnya lagi lalu memeluk bahuku. Aku hanya mencebik.
"Haa, borak apa tuuu?" Entah dari mana, tiba-tiba muncul Hannah di sebelah kiriku.
"Nothing much. Pasal cuti sem je", balasku. Jarak antara kolej kediaman dan fakulti tidak terlalu jauh, lebih kurang 15 minit berjalan kaki. Laluan susur gajah berbumbung untuk pejalan kaki disediakan melindungi kami daripada terik matahari dan basah hujan. Malas untuk memandu atau menunggu bas. Jalan kaki lagi cepat. Exercise.
"Korang buat apa je cuti sem?".
"Aku kerja, duduk rumah, bercuti dalam Malaysia je. Sufian pergi Euro tour. Kau pula?" Balasku.
"Wah, syoknya! Aku takde buat apa pun. Mereput kat rumah layan konsert Kpop kat Youtube. Hehe.."
"Kau ni, tak habis-habis dengan Kpop, takde benda lain ke?" Sufian mencelah.
"Eh, suka hati akulah! Ada aku ganggu hidup kau ke?"
"A.."
"Eh, korang ni kalau berjumpa tak gaduh tak sah ke?" Aku mencelah. Panas pula telinga asyik dengar dua manusia ni bertengkar tiap kali berjumpa. Ada saja yang tak kena.
"Sufian lah.."
"Korang berdua sama je! Dah baca belum nota Dr. Hamdan? Dia tu walaupun hari pertama kuliah kejap lagi ada je soalan dia. Macam tak biasa dengan dia", sambungku lagi. Dr. Hamdan merupakan pensyarah 'wajib' kami. Setiap sem akan ada subjek dengannya. Kadang-kadang naik bosan sebab penyarah yang sama. Tapi nasib baik Dr. Hamdan antara penyarah yang baik dengan pelajar dan pandai ambil hati walaupun assignment darinya sahaja dah menimbun melebihi pensyarah lain.
"Dah", balas Hannah pendek. Matanya ralit memandang skrin telefon pintarnya. Sufian pun sama. Aku mendiamkan diri meneruskan langkah ke fakulti.
Morning guys! Lecture for this morning has been cancelled. Please check your online learning website for today's task and submit by this afternoon. Thanks!
Aku mengeluh membaca pesanan Dr. Hamdan dalam group Whatsapp kuliah kami. Dah sampai kelas baru nak batalkan. Bilik kuliah masih belum penuh. Hmm.
Alright, Dr. Balasku. Aku membuka iPadku. Lantas aku ke laman sesawang pembelajaran atas talian kampus kami. Aku melihat tugasan yang diberikan.
[Do a mindmap regarding your first topic that I have been uploaded and submit it by 12.00PM today.]
Fuhh. Nasib baik aku dah baca nota, terus aku membuat tugasan tersebut menggunakan aplikasi Popplet sambil-sambil merujuk nota yang telah aku cetak.
"Weh, Hairul. Jom makan", Sufian berdiri di sebelah mejaku.
"Kejap kejap, sikit lagi nak siap ni. Kau dah siap ke?" Balasku tanpa mengangkat muka.
"Dah", balas Sufian. Dia kembali duduk. Aku menekan butang 'hantar'.
"Okay, jom", aku menyimpan iPad di dalam beg galasku seraya bangun menuju ke pintu bilik kuliah. Sufian segera membuntutiku.
"Nak makan kat mana ni?" Aku memandang ke arahnya sekilas.
"Hmm. Ni yang lemah bila nak buat pilihan ni".
"Kau nak sarapan berat-berat ke ringan-ringan?" Tanyaku lagi.
"Aku tak kisah".
"Macam tu kita makan angin je lah", balasku sinis.
"Okay okay, jom makan shawarma pak arab kat kiosk bangunan sana tu".
YOU ARE READING
Bayang (boyXboy)
RomanceNaim yang hadir sebagai roommate baru sedikit sebanyak mengganggu jiwa Hairul. Dalam diam Hairul mula menyukai roommate barunya itu. Amaran: akan ada beberapa chapters yang ada 18sx melampau. #First time menulis. Tak tahu la best ke tak.