Aku pulang ke rumah hujung minggu itu. Dah lama rasanya tak balik walaupun rumah dengan kampus tidak la sejauh mana. Bila tak sibuk, aku akan pulang dua minggu sekali. Seronok balik rumah ni. Mak mesti akan masak sedap-sedap.
Ayam gulai kurma. Memang kegemaranku. Ditambah pula dengan sambil bilis sebagai pelengkap. Pergh, terangkat wa kata sama lu!
"Yeay, yeay Hairul balik!" Kedengaran suara mak dari tingkap bilik utama di atas. Mak memang macam tu. Kalau aku balik je mesti dia keseronokkan. Almaklumlah, anak yang lagi sorang tu beribu batu jauhnya.
"Ye mak, orang balik ni!" Ish. Malu kalau-kalau jiran sebelah dengar. Pintu rumah dibuka. Bau semerbak seharum menerpa deria bauku.
"Mak masak apa?" Soalku terliur. Mak sedang menuruni anak tangga.
"Apa lagi, kegemaran kesayangan mak ni lah", tangan mak kusambut.
"Mak sihat? Ayah mana?" Pipinya kukucup.
"Sihat. Dia pergi hantar servis kereta. Kejap lagi baliklah tu. Hairul nak makan?"
"Kejap lagi lah mak. Hairul nak mandi jap. Berlengas".
"Okay, mak hidangkan dulu atas meja", tiba-tiba ada yang bergesel di kakiku.
"Tompok!" Mukaku cerita. Lantas Tompok diangkat. Aku menggomolinya.
"Meow!" Tompok menggeliat minta dilepaskan. Aku mengendongnya hingga ke bilik.
"Tak boleh! Hari ni Tompok kena kurung dengan kita dalam bilik!"
"Meow", seakan faham, Tompok hanya pasrah.
"Meow", balas Hairul. Ewah, macam faham je ek.
***
"How's your study?" Soal mak sambil melabuhkan punggung di sebelahku. Satu cawan Chamomile tea diletakkan di atas meja di hadapanku. Mata masih fokus di televisyen.
"Hmm.. macam gitulah mak. Surviving" balasku. Tompok dipangkuan kubelai. Lena. Seronok kau eh kucing. Tadi jual mahal sangat!
"Belajar elok-elok. Jangan hampakan harapan mak dengan ayah", nasihat cliché.
"Baiklah mak", cawan tadi kugapai lalu teh tanpa gula itu dicicip pelahan. Nikmat. Tangan kiri masih membelai Tompok.
Tompok adalah kucing jantan kesayanganku. Manja. Sangat manja. Dan gemuk! Aku yang terjumpa Tompok dalam longkang masa perjalanan pulang dari sekolah. Masa tu Tompok masih kecil dan comot.
"Girlfriend apa khabar?" Hampir tersedak aku dibuatnya. Sekilas aku memandang mak di sebelahku.
"Apa yang mak merepek ni?" Aku kurang selesa. Ye lah, aku ni bukannya lurus sangat pun. Okay, pernah la sekali bercinta dengan budak perempuan sekolah aku dulu. Tapi tu dulu la. Masa tu pun bodoh-bodoh lagi. Tengok kawan lain berpasang-pasangan, diri ini pun turut sama nak merasa. Apa lagi.
"Merepek apanya? Ye la, kamukan di universiti sekarang. Manalah tahu dah cari-cari calon untuk dibawa pulang ke".
"Eh. Eh. Ke situ pula mak ni".
"Betul apa mak cakap. Mak dengan ayah kamu dulu pun berjumpa masa tengah belajar".
"Alaaah, tu mak dengan ayah. Saya lain"
"Apa yang lainnya?"
Lain mak! Lain. Saya tak minat perempuan. Suara itu hanya mampu bergema dalam mindaku. Tak terluah dibibir. Takut meletus pula perang dunia ke-tiga.
Soalan mak aku abaikan. Lalu aku rebahkan kepala di riba mak. Manja. Ya. Aku memang manja. Mak dengan ayah memang memanjakan anak-anaknya. Tapi dalam masa yang sama, mereka juga tegas. Silap je. Zup! Rotan singgah di badan.
"Alaaa mak. Apa salahnya saya membujang lama sikit. Biarlah saya berbakti kepada mak dengan ayah dulu", mak hanya mencebik.
Rancangan di televisyen diabaikan. Lama-kelamaan aku terlena. Sedar-sedar je mak kejut bangun naik ke bilik. Tompok masih dalam dakapan. Aku melangkah mamai menuju ke bilik.
***
Kebiasaannya aku pulang ke kolej hari Ahad petang.
"Drive elok-elok, Hairul" aku menyalami tangan mak dan ayah. Mak mencium pipi dan dahiku.
"Baik mak, ayah", mata mak dah mula berkaca. Ahh, mak memang macam tu. Every single time. Macam drama dah. Ye lah. Mana taknya. Rindukan anak-anak orang kata. Padahal universiti 'belakang rumah' je.
Dulu aku pernah ditawarkan melanjutkan pelajaran ke luar negara pun mak dah membantah. Baru nak buat A-level tu. Kakak je yang bertuah. Entah macam mana mak boleh lepaskan dia pergi.
"Kalau takde apa-apa, lagi dua minggu orang balik".
"Okay, belajar elok-elok. Solat jangan lupa. Dah sampai mesej kami", skrip yang sudah aku hafal. Perlahan-lahan keretaku meninggalkan halaman rumah menuju ke destinasi – kolej kediaman.
YOU ARE READING
Bayang (boyXboy)
RomanceNaim yang hadir sebagai roommate baru sedikit sebanyak mengganggu jiwa Hairul. Dalam diam Hairul mula menyukai roommate barunya itu. Amaran: akan ada beberapa chapters yang ada 18sx melampau. #First time menulis. Tak tahu la best ke tak.