"Okay, our lecture ends here. Please pass up your assignment on the desk before you leave", ayat terakhir daripada Dr. Hamdan mematikan lamunanku. Segera aku mengeluarkan assignmentnya dari beg dan aku letak di atas meja.
"Weh, jalan laju-laju nak ke mana?" Sufian menegurku. Langkah kakinya dipercepatkan untuk menyaingi langkahku. Pantas.
"Aku kena balik bilik cepat ni, nak tengok Naim".
"Laa.. aku baru nak ajak kau lunch".
"Sorry, beb. Not today", aku menjelingnya sekilas. Langkah aku dipercepatkan. Ditambah lagi dengan bahang mentari membuatkan peluhku galak meleleh.
Aku membuka pintu bilik. Keadaan Naim masih seperti aku tinggalkan dia pagi tadi. Perlahan-lahan aku mengusap wajahnya. Comel. Air mukanya tampak tenang.
"Naim", aku menggoyangkan sedikit badannya.
"Naim. Naim!" Aku mencuba sekali lagi. Aku menyentuh dahinya. Makin panas! Badannya kugoncang sekali lagi. Masih tiada respon. Aku kaget. Andaian buruk menerpa ke dalam kepalaku.
Takkanlah! Getus hati kecilku. Aku mencari nadi di lehernya. Lemah. Dadanya juga seakan tidak berombak. Dengan seluruh kudrat yang ada, aku mengangkatnya menuju ke keretaku. Fuh! Berat jugak mamat ni.
Aku berhentikan kereta betul-betul di hadapan pintu kecemasan.
"Tolong saya! Kawan saya pengsan!" Beberapa orang pembantu perubatan dan jururawat berkejar ke arahku. Naim diletakkan di atas pengusung dan ditolak masuk.
"Dah masuk tiga hari dia demam teruk. Tapi semalam takdelah teruk mana", aku menerangkan kepada doktor. Pembantu perubatan dan jururawat sedang sibuk mengambil bacaan nadinya dan memasukkan jarum untuk IV di tangan kirinya.
"Takpe, awak jangan risau. Kita akan ambil sampel darahnya untuk ujian lanjut. Sementara tu kita akan observe dia di sini", doktor tersebut cuba menenangkan aku.
"Berapa lama nak tahu keputusan darah tu doktor?"
"InsyaAllah, kurang daripada sejam", doktor tersebut meninggalkan aku dan Naim. Tanpa sedar, tanganku menggapai tangannya lalu digenggam erat.
< Weh, Pian. Nanti tolong inform lecturer kelas petang, aku tak dapat hadir sebab aku di hospital.
> Huh? Apa dah jadi?
< Naim pengsan masa aku balik tadi.
> Okay. Take care.
Aku menyimpan telefon pintarku. Muka Naim ditenung. Tanpa sedar, kepalaku terlentok di atas katil.
"Dik. Dik", ada suara memanggilku. Aku terpisat-pisat. Doktor tadi berdiri di hadapanku. Sehelai kertas berada di tangannya.
"Naim positif jangkitan denggi. Kami akan pindahkan dia ke wad biasa untuk dipantau", ujarnya. Aku hanya mengangguk.
Aku membelek-belek dompet milik Naim. Mencari kad pengenalannya dan kot-kot ada kad insurans. Hah, ada pun! Segera aku hulurkan di kaunter. Pakej insuransnya melayakkan Naim untuk berada di wad kelas satu. Kelas kau Maria! Eh.
Untuk beberapa hari mendatang, banyak masa dihabiskan di hospital selepas kuliah menemani Naim. Malam pun aku tidur di wad. Ibu bapa Naim aku cuba contact, katanya berada di luar negara atas urusan kerja. Mereka berterima kasih kerana aku menjaganya.
Mesej Hasif juga banyak yang aku abaikan. Fokusku banyak tertumpu kepada Naim. Aku perasan Hasif seakan merajuk denganku, tapi aku biarkan saja. Dia ingat dia siapa? Bae aku?
Aku berbual-bual dengan Naim. Hari keempat dia ditahan di wad. Selera makannya sudah kembali.
"Tadi doktor bagitahu, petang ni Naim dah boleh balik", ujarku kepadanya. Naim berada dalam dakapanku. Mengada punya budak, dah sihat pun nak peluk.
"Yeay! Terima kasih Hairul sebab sudi jagakan saya sepanjang saya sakit", aku hanya tersenyum. Aku berpaling ke arahnya. Naim merenung tepat ke dalam mataku. Ada satu perasaan asing yang mendatang. Seperti ada tarikan magnet, tanpa disedari muka kami makin mendekat.
Toktoktok! Ketukan di pintu membantutkan segalanya. Aku berdehem lantas menarik tanganku. Seorang jururawat masuk menghantar makanan.
"Hari ni En. Naim dah boleh keluar. Ini makanan tengah hari yang terakhir di sini", katanya sambil tersenyum.
"Terima kasih".
Mukaku masih merah. Malu. Aku menjeling ke arah Naim, dia kelihatan bersahaja seperti tiada apa yang berlaku. Nasib baik tak kantoi dengan jururawat tadi, naya je kena kecam.
Aku membuka pintu kereta. Enjin dihidupkan dan dibiarkan beberapa minit untuk dipanaskan. Sepanjang perjalanan pulang, kami hanya diam beribu bahasa. Hanya dj di radio sahaja yang berceloteh diselangi dengan lagu.
"Terima kasih", ucap Naim memecah kesunyian. Aku menoleh sekilas, dia memandang ke arahku.
"Sama-sama", balasku.
"Saya sebenarnya sukakan Hairul", hampir tersedak aku mendengarnya. Berani. Tangan di stereng dikejapkan. Nasib baiklah aku tersedak je, kalau akau terpulas stereng tadi, nahas je.
"Apa dia?" Soalku inginkan kepastian.
"Saya suka awak, Hairul", dia mengulanginya sekali lagi. Memang berani.
"Tapi kalau awak takde perasaan kat saya takpelah. Saya faham. Mungkin Hairul tak seperti saya. Maaf kalau buat Hairul tak selesa", sambungnya lagi. Alololo, budak ni. Bunyi macam merajuk. Sengaja aku mendiamkan diri.
YOU ARE READING
Bayang (boyXboy)
RomanceNaim yang hadir sebagai roommate baru sedikit sebanyak mengganggu jiwa Hairul. Dalam diam Hairul mula menyukai roommate barunya itu. Amaran: akan ada beberapa chapters yang ada 18sx melampau. #First time menulis. Tak tahu la best ke tak.