Irfan berusaha menidurkan anak bongsunya. Dah bermacam-macam cara dia buat supaya anaknya tidur namun tetap sama sahaja.
"Anak ayah, tidurlah eh, ayah dah penat dah ni sayang." rayu Irfan pasrah. Anaknya masih menangis, malah semakin kuat.
"Baby sayang diamlah, diam eh. Nak cendol?" soal Irfan lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Okey, ayah nyanyikan untuk sayang eh. Ehem, cicak-cicak di dinding, diam-diam merayau, nampak seekor nyamuk, ngap, dia dimakan. Tidurlah oh sayang, tidurlah oh kasihku. Biar ayah nyanyikan lagu kesukaan kamu, semoga kau terhibur bila kau mendengarnya, lagu-lagu yang lucu membuatmu tertidur." nyanyi Irfan dengan semangat.
Tetapi, anaknya masih juga menangis. Dia seperti dah nak naik gila. Anaknya memang kuat menangis. Dahlah isteri dia belum habis pantang lagi. Nak kejut, rasa kasihan pula.
Ikmal yang melihat ayahnya seperti hendak gila itu menggelengkan kepalanya. Kaki ditujukan kearah mereka.
"Kenapa dengan ayah ni?" soalnya dengan senyuman mengejek. Naik menyampah pula Irfan tengok.
"Takde apalah. Ikmal kalau sakitkan hati ayah, baik tak payah tegur." cebik Irfan. Ikmal tergelak kecil sebelum dia mengambil tempat disebelah adiknya.
"Sini tengok, biar anak ayah yang macho ni dodoikan adik." bangga Ikmal sambil tersenyum senget. Irfan menjulingkan matanya keatas.
"Eh, adik abang. Sayang-sayang. Come to me sayang-sayang, say with me sayang-sayang. I'm me, i'm diva, i'am queen." nyanyi Ikmal sambil menjogetkan tubuhnya seperti sotong.
Tuk!
"Ayam mee takde dekat sini eh. Apa benda Ikmal merepek ni huh?" geram Irfan. Ikmal mencebikkan bibirnya.
"Iyalah, Ikmal buat betul-betul."
"Okey, sambung,"
"Ehem, semalam bobo dimana, bobo sama siapa, ngapain aja."
Tuk!
"What!"
"What tak what. Asal tak serius eh. Ayah nak rehat dah ni mal. Boleh tak jangan main-main." ujar Irfan dengan geram. Ikmal menjulingkan matanya.
"Iri bilang boss, palle palle palle." ujar Ikmal lalu menepuk tangannya depan mata Irfan. Dan sekali lagi kepalanya diketuk.
"Palle palle kepala otak kau!" balas Irfan. Nak je dia cekik anak teruna dia tu. Perangai sengal ikut siapalah.
"Auch!"
"Sedap? Rasanya macam mana?"
"Rasanya......MANTAP!..Tarik...sis......"
"SEMONGKO!" jawab Irfan lalu kedua beranak tersebut tergelak terkekeh-kekeh diruang tamu. Putri Amelia dibiarkan sahaja tanpa menghiraukannya.
"ABANG! IKMAL! APA KORANG BUAT HAH?"
Irfan dan Ikmal berpandangan antara satu sama lain. Mereka lihat Putri memandang mereka dengan tajam.
"Aduh mamae, ada gadis baju merah bikin saya terpanah." nyanyi Irfan lalu Ikmal mengikut rentak ayahnya. Pandangan maut dari sang ibu tidak dihiraukan.
"Mamae kepala otak kamu berdua!" marah Putri lalu meluku kedua kepala lelaki itu. Geram sangat. Tubuh anak gadisnya diambil.
"Apa korang berdua buat ni? Kalau macam inilah bagus tak payah jadi lelaki. Tak membantu langsung." marah Putri sambil menepuk-nepuk belakang tubuh anaknya.
"Jadi, sayang nak suruh abang jadi perempuan ke?" soal Irfan. Putri yang berasa geram yang teramat mencubit tangan suaminya dengan kuat.
"Aduh...aduh sakit sayang."
"Hah tahu pun sakit. Tapi, otak abang tu dah sempit." geram Putri.
"Hah Ikmal pun satu. Dah jadi abang pun masih tak pandai jaga adik." marah Putri pula kepada anak terunanya.
"Eh, asal?"
"Kau asal dari perut ibu kau!"
"Ikmal tahulah!"
"Dah tu kenapa tanya lagi?"
"Ikmal bukan tanya pasal asal dari perut."
"Lepastu?"
Putri yang menjadi rimas, mengetap giginya. Ada juga yang makan kaki tak lama lagi. Nafas ditarik lalu dihembuskan untuk menghilangkan kemarahannya.
"Kacak kau kan, macam ayah."
"Mestilah anak ayah kan?"
"Itu pasti,"
"HAHAHAHHA."
Dah Putri sudah tidak tahan lagi dengan kedua perangai sengal mereka. Lantas dia menjerit dengan sekuat hati.
"KORANG SAITAN NIRROJIM, BAIK KORANG DIAM!"
Jeritnya dengan lantang. Lantas kedua lelaki itu terdiam lalu memandangnya tanpa berkelip.
"Kenapa ibu panggil Ikmal dan ayah saitan. Tak baiklah. Apa salah saitan dalam hal ini ibu. Saitan tak salah apa-apa bu." ujar Ikmal dengan serius.
"Betul tu sayang. Nanti kecil hati saitan-saitan diluar sana." sampuk Irfan pula dengan serius.
'Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu ini.'
"Dahlah korang. Ikmal pergi naik sayang. Ibu tahu Ikmal penat kan?" ujar Putri lalu dibalas anggukan dari anaknya.
"Ikmal naik dulu ye. Bye." kata Ikmal lalu tersenyum kearah ayahnya yang memandang kearahnya dengan riak tidak puashati.
Setelah anaknya sudah tiada, Putri memandang suaminya dengan tajam. Irfan hanya beriak biasa sahaja.
"Sayang suruh abang buat apa tadi?"
"Suruh tidurkan Putri,"
"Tapi, apa yang abang buat?"
"Abang dodoikanlah, takkan tak nampak kot,"
"Tak nampak mambalang kau sengal! Tu bukan dodoikan anak. Tu dah dondong!" marah Putri. Irfan menjulingkan matanya.
"Look, sayang tak boleh marah-marah eh. Sayang masih berpantang lagi tau. Tak baik untuk kesihatan. Kalau sayang marah-marah macam ni, alamatnya sayang akan berjumpa tuhan nanti." selamba sahaja Irfan menuturkan kata-katanya.
"Abang nak sangat sayang mati ke apa ni?"
"Kalau itu ketentuan Allah, abang redha sayang. Pastikan sayang bila dah mati jangan lupakan abang eh:" kata Irfan lagi lalu kepalanya diketuk sebanyak 3 kali.
Tuk!
Tuk!
Tuk!
"Abang bertaubatlah abang, abang dah banyak dosa dah ni."
"Lah...yeke?"
"Iya abang. Inilah dinamakan KARMA. Tulah selalu kutuk sayang dulu sengal. Sekarang abang yang sengal tau." ujar Putri dengan geram. Irfan tersengih menampakkan giginya yang tersusun cantik.
"Hehehe, janganlah marah sayang. Abang sayang dengan sayang tau. Jom kita tidurkan Putri sama-sama eh." ujar Irfan lembut. Putri tersenyum lebar mendengarnya.
"Baik, abang,"
Mereka berdua berjalan beriringan sehingga sampai kedalam bilik tidur mereka berdua. Seperti yang dikatakan oleh Irfan, mereka berdua bersama-sama mendodoikan anak kedua mereka sehingga Putri Amelia terlelap.
Selepas sahaja Putri terlelap, Irfan mendodoikan isterinya pula sehingga gadis itu ikut terlelap juga. Setelah kedua orang yang dia sayang dah tidur, bibirnya mengukirkan senyuman bahagia.
"Selamat malam putri abang." ucap Irfan lalu mengucup dahi anaknya dan dahi isterinya dengan kasih sayang sebelum dia turut melelapkan matanya juga.
So, selamat membaca sayang ii❤. Putri dah tunaikan janji Putri. So ni lah chpter yang seterusnya untuk readers THAT LITTLE MAFIA GIRL IS MINE. Enjoy it. Jangan lupa vote dan komen. Kalau nak lagi komen banyak ii tau. Kalau taknak pun takpe.
Kita jumpa lagi okey sayang ii. Putri pun agak sibuk, tambah lagi story baru Putri belum update lagi. Btw happy reading guys❤.
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄
Action( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 1 ) 🏅RANKING NO 1 MAFIA ( 20/8/2020 ) 🏅RANKING NO 2 MAFIA ( 28/02/2021) 🏅RANKING NO 2 SAD ( 20/12/2020 ) 🏅RANKING NO 2 COMEDY ( 07/01/2021 ) 🏅RANKING NO 2 ACTION ( 08/01/2021 ) 🏅RANKING NO 1 KILL ( 22...