BAB 65 💛

15.2K 593 36
                                    

Merlyn menutup kedainya dan menuju ketempat parking kereta, dia mempunyai sebuah butik muslimah sendiri kerana dia tidak mahu menyusahkan ibubapanya walaupun dia berasal dari orang berada.

Keadaan jalan itu sangat gelap sehinggakan bulu romanya meremang, kaki dilajukan lagi menuju ke tempat parking kereta dan bila sudah sampai, laju sahaja dia masuk dan meninggalkan kawasan tersebut.

Semasa dalam perjalanan pulang, dia memilih jalan yang singkat agar cepat sampai kerumahnya walaupun jalan tersebut gelap dan sunyi.

Jalannya terhalang oleh sekumpulan lelaki yang menggunakan motorsikal. Hon ditekan berulang kali namun tetap tidak dihiraukan, kini keretanya sudah dikepung.

Merlyn sudah takut, laju sahaja dia mengunci kereta agar mereka tidak dapat membukanya. Cermin keretanya diketuk banyak kai namun tidak dihiraukan.

1 minit berlalu, tiada lagi ketukan pada cermin keretanya, Merlyn berasa lega dan dia berfikir yang lelaki itu mungkin sudah keletihan, namun sangkaannya salah sama sekali.

Pechh!

Cermin keretanya dipecakan oleh batu besar, Merlyn sudah menggigil ketakutkan, badannya ditarik keluar setelah lock sudah terbuka.

"Fuyoo! Aweklah! Aku fikir lelaki rupanya gadis cantik, tak sia-sialah." kata salah seorang dari mereka lalu tergelak melihat Merlyn yang sudah menangis.

"Korang nak apa? Kalau nak duit, ambil jelah dalam kereta tu, jangan ganggu sayalah!" tengking Merlyn namun mereka hanya tergelak jahat sahaja.

"Memang kami nak duit, tapi selepas kami enjoy dengan kau dulu, baru kami ambil duit kau pula." kata lelaki itu lagi.

Belum sempat mereka ingin menyentuh Merlyn, ada satu suara garau yang menjerit kearah mereka, mereka semua menoleh kearah suara tersebut.

"Bro buat apa tu?"

Mereka melihat Daniel dengan senyuman sinis, gadis itu sudah berlari dan bersembunyi dibelakang Daniel.

"Bro, awek kau ke bro? Cun habisah, kongsilah dengan kami. Kami tahu kau pun nak 'rasa' dia kan?" kata lelaki yang berkepala botak kepadanya sehingga rakannya yang lain tergelak, namun Daniel hanya tersenyum sinis sahaja.

"Memang awek aku dan bakal isteri aku. Cuma, aku taknak kongsi dengan setan macam korang semua, aku cuma nak 'rasakan' badan dia seorang je sebab dia cuma milik aku seorang," jawab Daniel sinis sehingga membuatkan kesemua lelaki itu marah, tetapi tidak bagi Merlyn, wajahnya sudah membahang dan malu, 'eh, atok ni kan. Boleh pula dia cakap macam tu, aku hempuk juga kepala dia ni.'

Belum sempat mereka mengeluarkan pistol, Daniel terlebih dahulu menembak mereka satu persatu.

Bang!

Bang!

Bang!

Bang!

Kesemua lelaki itu sudah rebah dijalan raya. Merlyn menjadi takut lalu dia menjauhkan dirinya dari Daniel, takut lelaki itu pula akan membunuhnya nanti. Daniel mengukirkan senyuman sinis bila melihat gadis itu menjauhkan dirinya. Elley, tadi siang berani sangat, lancang je mulut dia.

"Kenapa takut? Bukan tadi siang kau berani je ke lawan cakap aku." sinis Daniel berkata.

"Ma-na-ada-sa-ya-taku-t saya -ber-anilah," jawab Merlyn tergagap-gagap, Daniel tersenyum sinis dan menghalakan pistol kearahnya. Dia ingin lihat jika reaksi gadis itu, Merlyn pula sudah menggigil.

"Awak tolonglah jangan bunuh saya, saya masih banyak dosa, saya ada keluarga, ada seorang adik yang selalu buli saya, ada kedai. harus dijaga, saya belum khawin lagi tau, saya masih belum cukup pahala kalau awak nak bunuh saya, awak tak kasihan ke dekat saya? Saya janji, kalau semuanya sudah tercapai, awak boleh bunuh saya." katanya dengan airmata. Hampir sahaja Danie melepaskan tawanya namun dia tahan dan tetap mengekalkan wajah seriusnya.

"Kau ingat aku kisah sangat pasal hidup kau? Kalau bukan sebab mulut kau tu macam puaka, takde maknanya aku nak bunuh kau, tapi semua ni memang salah kau, so terimalah akibatnya." ujarnya lalu menarik picu menambahkan lagi ketakutan Merlyn. Akhirnya, gadis itu mengalah, kalau dia dibunuh pun dia tidak kisah lagi.

"Tak apalah, awak bunuhlah saya sekarang. Tapi, bila saya dah tiada nanti sampaikan salam saya pada mama dan ayah saya, kawan saya Rina, awak tolong beritahu mama saya supaya jaga butik saya dengan baik dan jangan ditutup, kalau saya hidup pun tiada seorang pun lelaki yang nak dekat saya mereka cakap yang saya ni sewel dan gila, jadi lebih baik saya mati jelah, boleh jumpa lelaki hensem di syurga nanti dan dosa saya awak yang tanggung tau, sebab awak yang bunuh saya." kata Merlyn dan membuatkan tawa Daniel terletus juga. Merlyn menjadi bingung, sewel ke apa lelaki ni? Tadi bukan main serius, sekarang pula dah ketawa.

"Aku gurau jelah, aku ni masih ada nilai kemanusiaan, bukannya jahat sangat sampai nak bunuh orang yang tidak bersalah." ujar Daniel dengan tawa tersisa, gadis itu berasa lega, aiyo aku fikir riwayat aku dah tamat tadi.

"Okeylah awak, kalau takde apa-apa lagi, saya minta diri dulu, budimu akan kukenang selalu, assalamuaikum." ujar Merlyn dan menuju keretanya.

"Nama kau siapa? Aku lupa:" jerit Daniel dan langkah gadis itu terhenti lalu memusingkan tubuhnya menghadap Daniel.

"Merlyn Citra, tapi awak boleh panggil saya Lyn ataupun your Cinta," jawabnya lalu melanjutkan semula langkahnya. Daniel menngganguk faham, dia hanya melihat kereta Merlyn yang sudah menjauh. Bibirnya mengukirkan senyuman lebar, adakah ini dimanakan jodoh, jika jodoh Raziq sudah sampai, mungkin kali ini jodohnya pula.

Sebenarnya, Daniel tidak tahu pun Merlyn adalah kawan kepada Putri dan Hande sewaktu di italy kerana waktu itu bukan dia yang menyelamatkan mereka tetapi Raziq. Tapi, sekarang dia sudah melihat wajah Hande sewaktu majlis perkhawinan Iskandar dan Atilia.

Dia masuk semula kedalam kereta dan berlalu pergi dari kawasan tersebut dengan senyuman bahagia, dia tidak sangka yang dia sudah jatuh cinta dengan gadis sewel dan bermulut manis.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now