SPECIAL CHPTER 5 ❤️ ( PUASA )

11.5K 432 39
                                    

Irfan tidak masuk ke dalam office kerana penat. Dia seperti mahu mati kerana haus. Dia tidak berasa lapar tapi dia berasa haus.

"Ya Allah, adakah ini tanda-tanda aku nak mati?" ujarnya perlahan. Jam di dinding diperhatikan sahaja. Dia memang jarang berpuasa sebelum berkhawin dengan Putri Qhaisara.

Ikmal melangkah menuju ke tempat ayahnya. Waktu itu, dia baru pulang dari sekolah. Punggung terus dihempaskan pada sofa yang bersebelahan dengan ayahnya.

"Ayah, mana ibu?" soal Ikmal kepadanya. Dia mengatur nafas. Cuaca sangat panas membuatkan dia berasa dahaga.

"Ibu kau ada jaga adik," balas Irfan kepada anak sulungnya. Kedua anak beranak itu termenung merenung kearah jam.

"Ayah?"

"Hmm,"

"Ikmal haus." adu Ikmal tidak tahan. Irfan memandangnya lalu tersenyum senget. Nampaknya, dia ada geng.

"Ayah pun haus. Nak minum tak?" soal Irfan lalu dibalas anggukan dari Ikmal.

"Ikmal pergi tengok bibik kalau ada dekat dapur. Kalau takde, kita serbu." ujar Irfan lalu dibalas anggukan dari anaknya sekali lagi.

Irfan tersenyum lebar. Ikmal pula sudah menuju ke dapur untuk memeriksa jika ada bibik dan memastikan tiada orang yang berada di dapur.

"Ya Tuhanku, maafkan hambamu ini kerana tidak berpuasa. Sesungguhnya, aku sangatlah haus dan anak aku juga haus. Kesimpulannya, kami berdua sama-sama haus. Kali ini sahaja kami tak puasa, esok kami akan puasa." kata Irfan lalu tersengih.

Nasib sahaja anak buahnya tidak mengawal di bahagian tersebut. Senang sikit dia nak makan atau minum.

"Ayah, takde orang." kata Ikmal.

"Jom!"

"Jom!"

Mereka berdua menuju ke dapur secara perlahan-lahan. Peti ais dibuka lalu minuman sejuk diambil dan diletakkan di atas meja.

"Ikmal nak apa?" soalnya.

"Ikmal nak minum je. Tapi, Ikmal nak aiskrim juga." kata Ikmal. Ayahnya menggangukkan kepala dan mengambil sebekas aiskrim dan diberikan kepada anaknya.

Mereka berdua minum dengan rakus. Terasa macam di syurga mereka waktu itu. Akhirnya, rasa haus mereka dapat juga hilang.

"Segarnya."

"Nikmat."

Kata kedua mereka. Peti ais dibuka dan mengisi kesemua minuman kembali. Mulut dibersihkan supaya isterinya tidak mengesyaki apa-apa.

"Dah habis ke?"

"Dah,"

"Jom!"

Mereka terus menuju ke ruangan rehat kembali dengan senyuman lebar dibibir masing-masing. Bahagia kerana dapat minum.

"Kalau ibu tanya macam mana?"

"Alah, cakap je kita puasa. Biasalah tu first day. Banyak dugaan untuk lelaki macam kita ni. Jadi, tipu sunat takpe." ujar Irfan kepada anaknya. Ikmal hanya mengganguk sahaja.

10 minit kemudian, Putri turun ke bawah. Dia lihat suami dan anaknya sedang baring di atas sofa. Bibirnya mengukirkan senyuman.

"Abang, Ikmal. Okey ke?" soal Putri kepada mereka berdua. Kedua anak beranak itu berlakon pura-pura lemah dan tak berdaya.

"Sayang, lama lagi ke buka? Abang dah tahan. Tapi, demi sayang, abang sanggup tunggu sampai berbuka puasa." ujar Irfan. Ikmal hampir sahaja meletuskan tawanya.

"Alah, abang. Tahanlah lapar dan minum tu. Sabar eh? Sayang yakin yang abang boleh bertahan sehingga buka puasa. Suami sayang kan kuat." ujar Putri dengan yakin. Walhal, suaminya sudah berbuka lebih awal.

"Ikmal pula macam mana?"

"Ikmal macam ni je, bu. Masih boleh bertahan," tipu Ikmal mengikuti jejak ayahnya. Putri hanya mengganguk sahaja.

"Baguslah macam tu. Kita kena tahan lapar dan minum. Tak baik puasa pura-pura, berdosa. Apalagi menipu. Aku harap korang berdua tak tipu. Aku harap yang abang dan Ikmal berpuasa dengan hati yang ikhlas." ujar Putri dengan senyuman manis.

Ikmal dan Irfan berpandangan sesama sendiri. Terasa seperti berdosa kerana menipu gadis itu. Namun, nasi sudah menjadi bubur.

"Sayang, sebenarnya abang dan Ikmal tak puasa." sengih Irfan diikuti Ikmal. Putri sudah merenung mereka berdua dengan tajam.

"What! Tak puasa? Korang berdua sanggup menipu eh? Jangan harap ada makan malam untuk korang berdua!" marah Putri kepada mereka.

"Alah, ibu. Mana boleh macam tu. Ikmal dan ayah tadi hampir berjumpa tuhan tau. Ibu tak kesian ke kalau kami berdua mati?" ujar Ikmal ingin memujuknya.

"Betul tu sayang. Sayang tak rindukan kami ke kalau kami mati? Kami berdua je yang menjad penyuluh hidup sayang." sampuk Irfan pula. Putri mengerutkan keningnya.

"Apa korang merepek ni? Tak pernah lagi orang puasa mati,"  balas Putri membuatkan kedua lelaki itu tersengih.

"Alah, sayang. Kali ni je kami tak puasa. Esok kami puasa juga."

"Betul tu. Esok kami janji akan puasa,"

Putri memandang wajah kedua orang yang dia sayang. Kedua lelaki itu membuat wajah kasihan agar gadis itu jatuh kasihan terhadap mereka.

"Haih, yelah. Tapi, hari ni je. Esok korang berdua kena puasa." tegas Putri. Kedua lelaki itu tidak menunggu lama. Mereka terus menggangukkan kepala mereka serentak.

"Yelah, sayang naik atas dulu. Kalau lapar, korang masak je." kata Putri dan sekali lagi dibalas anggukan dari mereka berdua.

"Yahoo!!"

Jerit Ikmal. Akhirnya, mereka boleh makan tanpa bersembunyi. Hati gembira tidak terkata apabila mendapat izin dari gadis itu.

"Ibu dah bagi izin. Kita dah boleh makan dan minum tanpa bersembunyi." kata Ikmal kepada ayahnya.

"Betul. Tapi, esok kita kena puasa, faham?"  tegas Irfan dan dibalas anggukan dari Ikmal.

"Baik, boss!"

"Jom, makan."

Mereka berdua menuju ke dapur kembali untuk mengisi perut dengan perasaan gembira. Putri yang berada di tangga mengintip mereka berdua dengan kepala yang digelengkan.

'Nasib baik aku sayang. Kalau tak dah lama aku terajang.' desis hati Putri.




Update lagi semua❤️🌸🌸❤️
Jumpa lagi🌸❤️

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now